Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti Apollo atau sabiki yang terdapat di pasaran, anda boleh menghasilkannya sendiri.

Untuk menghasilkan Apollo tidaklah sukar sekiranya anda memiliki peralatan yang perlu dan cara penyediaannya.

 

Perlatan keperluan:

 

Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih

Gunting

Playar

Perambut ibu 30lb

Perambut anak 5lb

Snap swivel

Swivel

Mata kail no 12-16

 

Langkah 1

 

Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.

IKLAN

 

Langkah 2

 

Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail.

Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.

 

Langkah 3

 

 

Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.

 

IKLAN

Langkah 4

 

Kemaskan ikatan yang telah dibuat.

Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.

 

Langkah 5

 

Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.

 

Langkah 6

 

IKLAN

Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala kea rah swivel.

Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.

 

Langkah 7

 

Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.

 

Langkah 8

 

Masukkan bahagian anak perambut bermata kail dan ibu perambut ke dalam lingkaran sebanyak tiga kali.

 

Langkah 11

 

Tarik simpulan itu sehingga menjadi satu ikatan anak perambut pada ibu perambut yang ketat dan kuat.

Ulangi langkah yang sama bagi bagi anak perambut dengan pastikan jarak agar setiap mata kail itu tidak bertemu antara satu sama lain.

Akhir sekali sambungkan snap swivel pada bahagian hujung ibu perambut bagi menyambungkan batu ladung.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI