Sebenarnya boleh sahaja anda mengikat terus gewang sama ada dengan menggunakan leader (perambut) atau ikat terus pada tali utama tanpa menggunakan swivel atau kili. Malah ikatan ini ada istilahnya tersendiri dan ada yang menamakannya sebagai Rapala knot.
Hakikatnya, menggunakan gewang dengan ikatan langsung tanpa sambungan swivel ada kelebihan tersendiri. Ini kerana, persembahan gewang ketika beraksi sebenarnya lebih realistik. Namun teknik ini hanya sesuai sekiranya anda menggunakan sebutir atau seketul sahaja gewang dan tidak akan tukar-tukar gewang.
Ads
Sebabnya? Jika ingin menukar gewang yang baru maka ikatan rapala knot ini perlu diputuskan dan kemudian perlu melakukan ikatan yang baharu pula pada gewang yang lain.
Ads
Majoriti hari ini, pemancing terutamanya kaki-kaki casting akan menggunakannya swivel kerana boleh menukar pelbagai gewang dengan pantas sekiranya gewang yang digunakan tidak berjaya memikat ikan.
Ads
Selain itu penggunaan swivel ini juga dapat mengelakkan tali utama (terutamanya tali sulam) akan berpintal sekiranya menggunakan gewang yang beraksi secara berpusing. Untuk menghasilkan renangan gewang yang realistik, sila gunakan swivel yang bersesuaian dengan tali perambut, berat dan saiz gewang. Pastikan juga swivel yang anda beli itu kecil, ringan tetapi cukup berkualiti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tak kisah apa brand pun semua boleh digunakan. Murah ke mahal sama saja. Malah salah seorang rakan kami menggunakan set casting untuk pancing jenggo. Elok saja dapat bawa naik jenggo walaupun saiz kecil tapi dapat rasa tarikannya. Rod yang kami gunakan sepanjang 6 kaki dan 5 kaki kebanyakannya jenis rod pancing jenggo.
Saiz mata udang juga penting sebab jika saiz terlalu halus maka mudahlah terlepas dan patah. Kami biasa guna mata kail brand Exori saiz 3 dan 5. Setakat ini saiz dan jenis mata kail ini tidak mengecewakan. Jarang-jarang udang terlepas dan tidak pernah patah. Perambut pun tidak kisah. Jangan terlalu besar dan terlalu halus. Kami biasa guna perambut 1 mata kail.
Kami biasa guna batu ladung hidup saiz no 4 saja. Arus sungai Kanowit tidaklah terlalu kuat kecuali selepas hujan lebat mungkin perlu pakai saiz no 6.
Umpon-umpon (perumpun) dan cacing tanah adalah umpan wajib yang perlu ada. Lebih baik bawa kedua-dua umpan ini tak perlu umpan lain lagi. Mungkin jenggo di sini sudah biasa memakan dua jenis umpan ini.
Jangan lupa bawa sauh! Ini sangat penting kerana lubuk banyak di tengah sungai. Antara sauh yang kami guna agar tidak hanyut dan tidak sangkut kayu ialah besi seberat 4kg ini sesuai untuk dijadikan sauh. Ia tidak terlalu berat untuk ditarik naik apabila perlu tukar spot.
Suatu ketika dulu, kebanyakan jig besi (metal jig) yang terdapat di pasaran sudah tersedia dipasang mata tiga atau treble hook.
Namun terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kebanyakan kaki jigging menukarnya kepada assist hook (mata tunggal).
Sebab utama adalah kerana mata tiga sering mengakibatkan jig dibuang dengan mudah oleh ikan semasa mereka meronta, lalu mangsa selamat melepaskan diri.
Jadi, bagi menghindarkan risiko ini, timbullah idea untuk memasang jig dengan assist hook. Ia terbukti berkesan berbanding mata tiga. Antaranya…
Walaupun peluang untuk strike lebih rendah namun tahap penembusan pada mulut ikat yang lebih baik berbanding mata tiga.
Kuasa pengendalian yang lebih bagus. Tahap rabut selepas tercangkuk adalah lebih tinggi berbanding mata tiga (tidak mudah buang).
Ia berperanan juga melindungi bahagian bebola mata jig kerana kajian menunjukkan ikan suka menyerang pada sudut mata jig tersebut.
Risiko sangkut pada struktur atau karang 200% lebih rendah berbanding mata tiga.
Kini, mata tunggal khas untuk jigging (assist hook) sudah banyak dijual di kedai-kedai pancing dalam bentuk paket.
Assist hook tersebut lazimnya sangat kuat, tajam dan tidak akan lurus bila diasak tekanan tinggi.
Ia tersedia diikat pada kevlar yang pendek tetapi kuat, biasanya mempunyai sebilah mata kail dengan panjang kevlar yang berlainan mengikut saiz jiga.
Cara pemasangannya cukup mudah. Kevlar yang mengikat mata tunggal itu hanya perlu disimpulkan pada lubang cincin jig.
Setelah dipasang, mata tunggal kelihatan bebas bergerak dan berayun. Jadi, ikan yang menyambar sipi pun sukar terlepas.
Assist hook boleh dipasang di kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah jig supaya ikan mudah tercangkuk walaupun menyambar dari arah kepala jig.
Cuma satu sahaja kelemahan assist hook ini, kevlar assist hook ini boleh putus jika disebat ikan bergigi tajam seperti alu-alu tenggiri.
Penyelesaiannya, jika memancing di kawasan yang banyak dihadiri ikan pemutus kevlar ini, bolehlah gunakan assist hook yang menggunakan dawai sebagai pengikatnya.
Perangai buntal lebih kurang sesirat juga. Malah ia lebih ditakuti berbanding benci kepada sesirat.
Buntal bukan saja kerap menggigit tali utama dan perambut, ia juga suspek pembunuh kepada umpan hidup terutamanya udang hidup.
Dengan harga udang hidup yang semakin mahal, ia tentu menyakitkan hati pemancing jika lubuk dipenuhi si buntal.
Sama ada ketam nipah, ketam batu atau lain-lain, ia merupakan spesies mengutis umpan yang cekap dan menyakitkan hati.
Sebagaimana ikan buntal, ia juga pakar mengerjakan umpan udang hidup. Jika dibiarkan lama, ia bukan saja memakan kaki udang malah sehingga mata kail menjadi kosong.
Kecuali ia tercangkuk pada mata kail, ia tidak lagi dianggap pengacau umpan sebaliknya satu tangkapan bonus.
Ikan yang bergerak secara berkumpulan ini dianggap sebagai spesies pengacau umpan, khusus bagi pemancing yang tidak menjadikannya sebagai ikan sasaran.
Ia sememangnya gemar mengetis umpan dengan mulutnya yang kecil. Jika menggunakan mata kail yang besar maka ia selamat dari tercangkuk.
Oleh yang demikian jika anda teringin untuk memancingnya juga maka gunalah mata kail yang lebih kecil.
Sama ada di muara, pesisir pantai atau perairan cetek, anda akan berhadapan dengan spesies bernama ulat bulut.
Selain bijak menghabiskan umpan, ia kadangkala tercangkuk juga pada mata kail. Apabila didaratkan, pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana
spesies ini mempunyai bulu-bulu beracun dan sekiranya terkena pada anggota badan boleh menyebabkan kegatalan.
Belangkas biasanya boleh ditemui di muara anak sungai kecil yang menghala ke kawasan muara.
Sebagaimana ketam, ia boleh dibawa pulang dan dimakan jika tercangkuk pada mata kail.
Namun jika tidak tercangkuk pada mata kail, ia samalah seperti spesies pengacau umpan lain yang menghabiskan umpan secara senyap.
Apa saja jenis ikan termasuklah ikan-ikan kecil seperti seriding merupakan pengacau umpan yang paling banyak menghabiskan umpan.
Terutamanya umpan dari jenis hirisan ikan. Bagi mengelak serangan anak atau ikan-ikan kecil, sebaiknya gunalah umpan yang agak liat seperti jejari sotong kurita.
Walau dikutis ia masih mampu bertahan sehingga disambar spesies sasaran.
Selain dijadikan umpan yang mujarab, sebenarnya perumpun sarang juga tergolong dalam spesies pengacau umpan.
Biasanya berada di kawasan anak sungai dan tebing yang bereba. Cuma kerjanya lebih halus berbanding ketam. Atau lebih kurang sama macam anak ketam.
Biasanya dia akan meratah udang hidup secara perlahan-lahan. Kalau anda mendapati kaki udang hidup anda kudung semua, jangan tak percaya ia adalah kerja perumpun sarang.
Merupakan ikan yang banyak berkeliaran di kawasan muara yang berselut dan berlumpur. Secara fizikalnya mempunyai mulut yang besar dan badan yang bebelang.
Tabiat makan yang tidak memilih, semua umpan ikan ni sebat. Kadang-kadang telan umpan sehingga ke insang.
Jika bersaiz kasar mungkin ada yang ingin membawa pulang dan memberikan sedikit hiburan ketika tercangkuk umpan.
Tetapi jika asyik yang bersaiz dua jari yang membaham umpan, memang menjengkelkan!
Seperti belukang, species ini tidak mempedulikan umpan apa yang digunakan. Semua yang melekat kat mata kail akan disapu.
Kalau dah ambil umpan ia biasanya akan menelan mata kail hingga ke dalam perut. Kalau dah telan, amat susah untuk mengeluarkan mata dan kadang kala pemancing terpaksa mengeluarkan perambut dan digantikan dengan mata dan perambut yang baru.
Jangan tertipu dengan rupa parasnya yang seakan kerapu itu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...