Ia bukan sesuatu perkara yang pelik jika berhadapan dengan masalah enjin tersengguk-sengguk atau semput. Masalah enjin semput sering terjadi pada enjin sangkut yang telah berusia. Namun enjin baru juga tidak terkecuali kerana jika sistem penyalur minyak tidak berfungsi dengan sempurna atau ada kebocoran.
Buka carburetor dengan cermat bagi mengelakkan hos dan skru rosak.
Sekiranya enjin tidak memberi prestasi yang cemerlang semasa di pulas, semestinya ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik yang menggagalkan pembakaran yang sempurna kepada piston.
Kali ini kita akan membincangkan lebih spesifik kepada penyaluran bahan bakar sehingga kepada carburetor.
carburetor yang telah dikeluarkan dari enjin
Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada carburetor seterusnya menghantar kepada piston. Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangkiminyak hingga ke filter.
Ads
Periksa semua skru yang boleh dibuka.
Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.
Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun. Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.
Ads
Skru ini berada di bahagian bawah. Ia perlu dibuka bagi membuang minyak yang kotor atau air yang masuk ke carburetor.
Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.
Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya. Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.
(kiri) Skru di sebelah tepi yang boleh dibuka secara mudah ketika enjin terpasang. (kanan) Pengilang carburetor.
Ads
Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pum yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pam tersebut perlu ditukar.
Periksa sambungan ini sebelum memulakan perjalanan.
Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke carburetor dalam keadaan ketat.
Akhir sekali servis carburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak carburetor dapat dibuang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya kita akan bermusafir, adakah wajib ke atas kita berpuasa?
JAWAPAN:
“Dan sesiapa yang SAKIT atau dalam MUSAFIR maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
(Surah al-Baqarah, ayat 2:185)
➡ Disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah, bukan maksiat, atau pun menolong suatu perbuatan maksiat.
➡ Disyaratkan juga hendalah musafir itu bermula sebelum terbitnya fajar sadiq.
➡ Jika dia berpuasa dalam keadaan bermukim, lalu dia musafir pada siang harinya, maka haram baginya untuk berbuka telah disyariatkan ke atasnya untuk berpuasa, melainkan jika berlaku darurat seperti sakit.
(Tau ke korang? Nabi Muhammad SAW pernah tidak berpuasa ketika bermusafir)
“Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada Allah, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.”
Salam admin… boleh tak teknik micro jigging dilakukan di pot memancing seperti di kelong atau rumah rakit?
JAWAPAN:
Teknik jigging kini semakin tempat di kalangan kaki pancing Malaysia. Ada pelbagai teknik yang sering digunakan seperti jig cast, slow pitch jigging dan micro jigging. Meskipun teknik ini biasanya diaplikasikan di atas bot, tetapi tahukah anda teknik seperti micro jigging boleh juga diaplikasikan di rumah rakit atau kelong.
Micro jig merupakan teknik yang menggunakan kepingan besi yang mempunyai renangan seperti ikan di dalam air. Kepingan besi itu biasanya bersaiz 3-30gram sebab itulah ia digelar micro jig.
Untuk mengaplikasikan teknik micro jig ini padanan joran dan kekili juga haruslah seimbang. Joran dari PE 0.6 hinggalah 1.0/1.5 dengan hujungnya yang sensitif adalah yang terbaik untuk digunakan. Kekili pula yang biasa digunakan ialah bersaiz 1000 – 2500 yang dipadankan dengan tali braided 6 – 10lb.
Untuk menggunakan teknik ini, pemancing harus tahu menggayakan micro jig anda. Saiz jig yang perlu digunakan haruslah bergantung kepada arus pada waktu itu. Jika arus agak laju, gunakanlah jig yang lebih berat dan begitulah sebaliknya.
Untuk teknik micro jig di rumah rakit / kelong, pemancing haruslah mengetahui kawasan yang berpotensi (karang atau tukun) untuk menurunkan jig anda. Caranya mudah saja, dengan hanya melepaskan jig hingga ke dasar, dan unjun jig tersebut beberapa kali (2-3 kali). Dan kemudian gulung sedikit dan mainkan kembali jig itu.
Selepas beberapa gulungan, jika tiada sambaran, lepaskan kembali jig itu ke dasar dan ulang semula permainan jig berkenaan. Jika kena pada tempat dan waktunya, pasti ada sambaran yang anda dapat.
Bagi pengguna bot topper dan memiliki enjin bersaiz kecil yang mudah disimpan mungkin banyak kelebihan ketika simpanan apabila tidak digunakan. Bot boleh diangkat ke atas bumbung kereta pacuan empat roda ataupun kereta Datsun ‘tonggek’ lama. Enjinnya pula boleh dipikul di atas bahu. (Merujuk kepada bot bersaiz 13 kaki dan enjin 15 kuasa yang masih disimpankan ke darat).
Begitu juga dengan bot-bot yang mempunyai kemudahan trailer yang hanya diturunkan ke air sewaktu hendak digunakan. Kaedah menurunkan dan menaikkan bot dari air lebih mudah dan cara simpanan lebih selamat jika aspek keselamatan ditingkatkan. Namun tidak semua jeti di negara kita mempunyai kemudahan tempat menurunkan bot seperti luar negara.
Negara kita perlu mengiktiraf memancing sebagai sukan profesional dan menambah baik jeti supaya kemudahan untuk menurunkan dan menaikkan bot dibuat di semua lokasi memancing dibina. Tetapi bagi jeti yang tiada kemudahan menurunkan bot, penyimpanan di jeti adalah langkah terakhir.
Tetapi aspek keselamatan merangkumi kesemua perlu dititikberatkan contohnya jeti yang kukuh, kawasan jeti yang tidak berada di laut terbuka dan berombak. Jika tiang jeti diperbuat daripada kayu, ia hendaklah sentiasa dibuat penyelenggaraan berjadual untuk ketahanan jeti bagi jangka masa panjang sekiranya dibuat daripada kayu.
Kebiasaannya pengusaha-pengusaha jeti mempunyai persatuan dan ada juga yang tiada. Terdapat jeti yang dibina oleh kerajaan yang diberikan kepada nelayan namun tiada persatuan yang mengawal dan juga menjaga kebersihan persekitaran jeti. Ini memperlihatkan kelonggaran dari segi keselamatan bot-bot yang di letakkan di kawasan jeti.
Sebaiknya ditubuhkan satu persatuan bagi menjaga keselamatan bot. Ada jeti yang berpagar dan berkunci dan ada juga jeti yang tidak berpagar. Jika tidak berpagar, pemasangan lampu yang terang di sekitar jeti juga mampu mengelakkan kes kecurian.
Malah ada di kalangan pemancing dan juga nelayan mengajikan pekerja yang biasanya rakyat asing untuk menjaga kawasan jeti dan bot yang parking di jeti berkenaan. Walaupun ada pekerja, aspek keselamatan yang asas seperti memasang rantai keselamatan pada enjin bot dan mangga pada kunci pagar jeti mampu meningkatkan keselamatan bot atau enjin daripada dicuri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...