Satu trip bot panjang anggaran kos dia RM300 untuk 3 hari 3 malam. Biasanya ia meliputi kos bot, guide dan permit. Maksimum ahli trip 10 orang.. pukul rata dalam dalam RM300 seorang. Itu pun kalau cukup korum… kalau tak cukup maka bertambahlah kos.
Lazimnya masa yang diambil menaiki bot ke check point untuk memulakan trekking memakan masa 3 jam. Semua duduk mencangkung je dalam bot tu. Bot langsung takde bumbung atau kabin.
Seratus peratus open air. Bergerak dari jeti pulak sebelum Subuh. Bayangkan kesejukannya… silap-silap belum start trekking betis dah krem!
Ads
Yang pastinya kena trekking sekurang-kurangnya 3 jam. Ada juga lubuk yang kena trekking sampai 8 jam. Lagi jauh berjalan lagi cantik lubuk yang akan korang jumpa.
Kalau lubuk dekat-dekat setakat trek landai susur sungai, boleh tahan lagi. Tapi kalau panjat bukit pacak mau lutut cecah dagu jadinya.
Khemah yang didirikan biasanya khemah terbuka. Kanvas atas bawah… atas buat bumbung, bawah buat tilam. Ada masanya selamat dari nyamuk dan agas. Ada masanya nyamuk dan agas berjuta-juta.
Ads
Biasanya nyamuk dan agas masih boleh handle lagi walaupun tak selesa sangat menyanyi kat telinga. Yang tak tahan kalau ada member yang berdengkur sebelah telinga.
Ads
Bukan senang nak menewaskan kelah sebenarnya. Kalau ikan tengas, umpan cengkerik dalam tin pun jalan. Baung guna umpan isi ayam atau ikan pun boleh naik.
Tapi kelah… walaupun guna umpan feveret dia, kalau tak kena dengan cara… dia pandang sebelah mata je umpan korang tu. Memang tak berbaloi jawabnya dengan penat lelah dan modal yang dilaburkan.
Kalau dah jumpa lubuk dan gasak kaw-kaw… jangan mulut lembik. Up status dan sebar lokasi lubuk pada umum.
Kesannya sudah banyak berlaku. Banyak lubuk terbaik kena bom… kena karen… kena tuba! Harap simpan rahsia untuk kaki-kaki pancing yang masih kumpau nak tarik kelah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin bagi petua bagaimana untuk menggunakan umpun-umpun supaya tahan lebih lama. Selalunya umpun-umpun yang digunakan cepat je busuk dan mati.
JAWAPAN:
➡ Tidak kira apa jenis umpun-umpun, perumpun atau ruat… ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
➡ Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal umpun-umpun) sebagai tempat umpun-umpun berlindung. Dan pastikan selut itu sentiasa lembab atau basah.
➡ Umpun-umpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.
➡ Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).
➡ Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan. Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.
➡ Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.
➡ Selain itu asingkan umpun-umpun yang telah mati dengan yang hidup.
➡ Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.
Pertamanya sesudu ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Ia semurah RM3.00 hinggalah yang mahal RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasaran.
Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan. Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Aksi fluttering atau gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemanga walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster.
Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu. Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Sesudu adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya. Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.
Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpair, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga. Gelung mata kailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamat gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
MYH : Bermula pada tahun 2008, saya mula serius memancing terutama dalam pertandingan-pertandingan kolam air tawar.
Namun kebanyakan joran yang terjual di kedai pancing tidak dapat memenuhi citarasa saya.
Oleh yang demikian saya pelan-pelan mencari maklumat tentang joran. Blank yang berkualiti. Ciri-ciri blank. Material yang digunakan begitu juga dengan guide.
Belajar perlahan-lahan dari seorang pembuat joran kecil-kecilan tentang teknik memasang guide. Reel seat handle dan aksesori.
Saya bertugas sebagai perfusionist (pembedahan jantung dan paru-paru) pada waktu siang. Pada waktu malam memenuhi masa lapang dengan hobi membuat joran custom.
Bukan untuk berniaga pun. Hanya sekadar membantu sahabat sama hobi dengan kadar bayaran yang sangat rendah. Tanpa memikirkan keuntungan.
Hanya sekadar upah kerja yang berpatutan. Bayangkan upah custom sebatang joran bagi spek yang biasa untuk blank buatan Malaysia hanya RM250. Dan maksimum sehingga RM300 untuk blank buatan Jepun dan USA.
Awal 2016 saya kian serius tetapi hanya sekadar hobi memenuhi masa lapang. Saya mula membeli mesin untuk wrapping dan dryer khas untuk joran custom.
Berita mengenai rod custom buatan sendiri cepat merebak dan sahabat terdekat mula menghantar joran untuk baik pulih.
Dan ada juga yang membuat joran custom harga bajet di bawah RM700 untuk kategori spinning kegunaan kolam air tawar.
Setelah beberapa bulan permintaan membuat joran custom bertambah dan saya mula mencari stok barang-barang custom seperti blank, cincin, butt cap, benang dan lain-lain.
Setelah itu mula menghantar hasil-hasil buatan dan gambar di Facebook maka dengan lebih cepat lagi dikenali di seluruh Semenanjung.
Selepas itu mulalah serius dalam hobi membuat rod custom sehingga ke tahap mengimport secara terus blank dan cincin dari Jepun dan USA.
Biasanya selepas jam 10.00 malam barulah saya membuat joran sehingga jam 4.00 pagi setiap hari.
UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?
MYH: Saya memilih melakukan custom rod ini hanya untuk sekadar hobi yang bermanfaat untuk memenuhi masa lapang.
Malah sedikit menampung perbelanjaan harian walaupun tidak banyak. Namun lebih baik ada daripada masa lapang terbuang tanpa apa-apa aktiviti.
Hobi diisi dengan aktiviti berfaedah malah ada sedikit kemasukan kewangan walaupun hanya di rumah. Selain itu juga kerana minat. Joran-joran yang dihasilkan setakat ini spinning, Jigging dan casting.
Namun saya menolak untuk membuat bottom rod kerana barang-barang sangat mahal bagi mengeluarkan modal untuk stok simpanan.
UMPAN : Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
MYH: Pada waktu sekarang harga barang terutama yang diimport sangat tinggi. Tambah pula dengan caj perkapalan yang tinggi dari luar negara terutama USA dan cukai import yang tinggi.
Saya juga terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan dari kenalan satu hobi. Disamping itu juga perlu menjaga kualiti hasil custom itu sendiri. Kos membuat
sebatang joran buatan dari USA sangat mahal sehingga mencecah RM1500 makanya pemilik joran mahukan hasil yang terbaik.
Harapan saya semoga pengguna lebih memahami kos modal untuk satu-satu joran itu tanpa ada tanggapan pembuat joran hanya mengambil keuntungan yang lebih.
Malah saya berharap lebih ramai pembuat joran muncul agar persaingan secara sihat untuk meningkatkan kualiti dan memajukan dunia custom dan malah dunia memancing.
UMPAN : Boleh tak jelaskan apa keistimewaan joran yang anda custom?
MYH : Kelebihan tiap-tiap custom rod adalah berbeza antara satu sama lain. Kerana seseorang yang mahu membuat custom maka dia mahukan yang istimewa.
Berbeza dengan yang lain. Yang memenuhi ciri-ciri kehendak seseorang. Dari segi action (lb) gabungan cincin yang dikehendaki dan aksesori tiap-tiap joran yang dihasilkan boleh dipilih dengan selera masing-masing.
Dan yang paling penting, setiap batang joran yang dihasilkan itu adalah sangat istimewa kerana hanya sebatang joran itu di dalam dunia.
UMPAN : Boleh ceritakan sedikit pengalaman anda memancing?
MYH : Saya gemar memancing dan menyertai pertandingan kolam air tawar dengan serius. Saya pernah pernah juara pada 28.11.2010 dengan membawa pulang hadiah RM28 ribu bersama hadiah iringan sebuah motosikal.
Tempat kedua pada 2014 di Seri Bayu Tekala dengan membawa pulang RM 14 ribu. Dan juga juara di kolam Peragap pada 2018 dengan membawa pulang RM20 ribu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...