Jangan terus memancing apabila menemui sesebuah padang pancing yang belum pernah anda pancing sebelumnya. Apatah lagi jika di lokasi tersebut tidak kelihatan pemancing lain yang memancing di tempat tersebut.
Seboleh-bolehnya jangan memancing secara bersendirian walaupun di lokasi yang biasa anda pancing dan dianggap kawasan selamat. Bila keadaan terdesak, penyamun tak mengira lokasi lagi dah.
Elakkan dari memancing di kawasan terpencil atau terlindung dari pandangan orang walaupun di lokasi tersebut ada pemancing lain yang memancing, namun pemancing lain tidak dapat melihat kedudukan anda di kawasan tersebut.
Ads
Jika boleh, pilihlah spot memancing yang tidak jauh dari tempat anda memarkir kenderaan. Dalam pada masa yang sama anda turut dapat memantau status keselamatan kenderaan juga.
Elakkan memancing waktu-waktu sunyi seperti tengah malam atau terlalu awal pagi serta ketika tidak pemancing lain yang memancing pada waktu tersebut.
Ads
Sebaiknya juga jangan memancing terlalu jauh dengan pemancing lain walaupun hanya memancing di kolam berbayar. Ini kerana kejadian samun turut berlaku di lokasi memancing seperti ini.
Bawa senjata untuk mempertahankan diri terutamanya jika memancing di kawasan yang berisiko atau terdedah kepada sebarang aktiviti jenayah.
Ads
Jangan terlalu fokus terhadap memancing dan mengabaikan sebarang aktiviti berhampiran terutamanya kehadiran seseorang yang mencurigakan. Apatah lagi seseorang yang tidak kelihatan seperti seorang pemancing.
Jangan kelihatan terlalu mewah ketika memancing kerana secara tidak langsung sebenarnya ia mengundang untuk disamun. Biarlah kelihatan selekeh kerana penampilan tersebut lebih selamat.
Bawa dokumen dan barangan yang penting sahaja ketika memancing. Jika perlu pisahkan barangan dan dokumen tersebut. Jangan simpan kesemuanya dalam dompet.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Udang galah ni tak bermusim. Ia boleh ditangkap sepanjang tahun. Cuma ia perlu dicari.
Jika di bahagian atas (hulu sungai) kurang kita kenalah cari di bahagian bawah (hilir sungai) pulak.
Ada tu tetap ada cuma jumlahnya saja yang berbeza bergantung pada cuaca dan rezeki.”
Begitulah penjelasan Noor Siroon Ishak (47) atau lebih mesra dengan panggilan Yeop.
Atas keyakinan itulah beliau menjadikan hobi memancing udang galah bagi sesetengah pemancing ini sebagai kerjaya tetapnya.
Bermula dengan minat, akhirnya ia menjadi satu kerjaya. Atau dalam erti kata lainnya Yeop tidak melakukan pekerjaan lain atau menjadikan kerjaya sebagai pemancing udang galah sebagai pendapatan sampingan sebaliknya merupakan sumber pendapatan utama beliau menyara keluarga.
Meskipun terpaksa bersaing dengan nelayan sungai lain yang kebanyakannya menangkap udang galah dengan kaedah berbeza seperti penggunaan bubu, jaring atau belat, Yeop tetap cekal dengan kerjaya yang telah sebati dengan darah daging lebih 15 tahun yang lalu.
Dengan pengalaman lebih 15 tahun sebagai pemancing udang sepenuh masa maka tidak hairanlah Noor Siroon atau Yeop mendapat gelaran Raja Jenggo (jenggo merujuk kepada udang galah sepit biru yang besar saiznya).
Dari pengalaman yang sama jugalah Yeop sudah beberapa kali muncul juara dalam pertandingan memancing udang galah yang beliau sertai.
Namun pendapatan dari jualan udang galah yang dipancingnya tidak tetap samalah seperti laut atau sungai yang ada pasang surutnya.
“Kalau udang mudah diperoleh berdekatan dengan jeti, jimatlah sikit penggunaan petrol tapi kalau terpaksa pergi jauh maka banyaklah guna petrol.
Lebih parah jika semakin jauh pergi hasilnya pulak berkurang,” ujar Yeop yang memiliki rekod tangkapan peribadi sebanyak 101 ekor udang galah sehari.
Sementara jumlah berat udang yang pernah diperoleh pula sebanyak tujuh kilogram sehari.
“Saya tidak jual udang setiap hari atau udang yang telah mati. Saya lebih suka kumpul dahulu udang dan bila jumlahnya agak lumayan barulah saya hubungi tauke kolam pancing udang dan jual secara lamsam.
Kalau jual kepada pemborong atau pekedai agak leceh sedikit kerana harganya mengikut gred udang. Jadi saya jual kepada tauke-tauke kolam dengan harga RM 60 sekilo tanpa mengira saiz.”
Menurut Yeop juga beliau turut menerima tempahan pemancing yang memerlukan khidmat beliau sebagai tekong.
Dengan pakej memancing udang RM 150 sehari untuk dua pemancing, beliau akan turut sama memancing dan kesemua udang yang diperoleh akan diserahkan kepada pemancing.
Saya kerap jugak memancing ke kolam berbayar air tawar, tetapi masalah yang sering dihadapi… orang lain pancing asyik tarik ikan terutamanya patin, tetapi saya tidak.
Sedangkan saya pun guna umpan dedak dan roti sama seperti mereka. Apakah saya sudah terkena badi kumpau?
JAWAPAN:
Berbanding pancingan sungai atau laut, pancingan di kolam berbayar sebenarnya paling mencabar. Malah memancing ikan air tawar terutamanya ikan patin dan spesies lain seperti tongsan atau rohu sememangnya sangat teknikal dan berseni.
Perkara asas nombor satu yang perlu dilakukan jika ingin memancing di kolam berbayar ialah bertanya.
Jangan segan atau malu untuk bertanya sama ada kepada pemancing lain atau pemilik kolam sendiri. Tanyalah umpan apa yang harus digunakan.
Harus diingat, dedak atau roti hanyalah bersifat makanan ikan. Ia umpama nasi. Tentu saja kita tidak mahu makan nasi kosong saja.
Tanpa lauk, nasi tidak bermakna apa-apa walaupun ia tetap akan mengenyangkan perut. Begitu juga dengan ikan, perlu ada bahan perisa ditambahkan pada umpan roti atau dedak bagi menarik deria bau ikan tersebut.
Lazimnya pemancing lain tidak akan mendedahkan seratus umpan (perisa) yang mereka gunakan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memperoleh rahsianya.
Namun pada kebiasaannya perisa pandan dan strawberi merupakan bahan asas yang banyak digunakan oleh pemancing bagi menyediakan umpan.
Selain umpan, teknik yang digunakan juga perlu diperhatikan. Lazimnya mana-mana pemancing kolam tidak akan berahsia soal teknik.
Apatah lagi korang boleh lihat sendiri teknik yang digunakan. Jika pemancing lain mengamalkan teknik apung, maka kita gunalah teknik apung.
Kalau teknik dasar lebih berkesan, maka kita gunalah teknik dasar. Selebihnya, bergantung kepada nasib dan rezeki.
Lipless rattlebaits merupakan antara gewang killer untuk kebanyakan spesies pemangsa. Rahsianya ialah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi yang mampu menarik perhatian ikan pemangsa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil dan dengan pilihan warna dan kemasan yang ditawarkan memang menjadi antara pilihan kaki mengilat. Kami sediakan 12 pilihan gewang rattlebaits tanpa bibir untuk anda.
Gewang hasil buatan Bill Lewis dianggap sebagai gewang klasik yang telah menewaskan banyak ikan bass sejak tahun 60-an.
Terkenal dengan gaya getaran dan bunyi gemerincingnya, gewang ini menjadi kegilaan peminat ikan jenis bass.
Terdapat dalam beberapa saiz dan kemasan warna spektrum daripada Avocado Zombie hingga Blue. Streak.
Cotton Cordell Super Spot
Super Spot merupakan gewang rattling ikonik dengan getaran yang cukup baik. Dengan padanan mata tiga saiz 4, gewang suspending 3 inci ini merupakan pilihan terbaik untuk balingan yang jauh serta aksi meracaunya dengan getaran frekuensi tinggi.
Gewang ini menyelam sekitar 3 kaki dan dihasilkan dengan variasi warna Royal Chrome hingga ke Foxy Mama.
Jackall Lures TN/70
Gewang ini datang dengan ballast luaran daripada tungsten yang menstabilkan posisi renangannya walaupun dalam keadaan karauan perlahan, laju atau berhenti.
Gewang ini juga dikatakan antara gewang killer dalam kelasnya. Dengan panjang sekitar 2.8 inci, gewang ini datang dengan variasi warna tradisional dan paten ghost.
LiveTarget Yearling Baitball Rattlebait
Direka untuk menyerupai kawanan ikan kecil, rattlebait unik ini dihasilkan dalam 2 saiz, di mana setiap satu profil agak berbeza.
Model 3 inci lebih menyerupai rekaan rattlebait tanpa bibir yang biasa manakala versi 2½ inci pula mempunyai rekaan perut yang lebih besar.
Livingston : Pro Ripper
Livingston mengeluarkan model Pro Ripper dengan dilengkapi teknologi yang dinamakan Electronic Baitfish Sound atau EBS. Kesannya, gewang ini menghasilkan aksi goyangan menarik serta bunyi gemerincing mimik ikan yang ketakutan.
Sistem EBS membuatkan gewang ini cukup berkesan pada keadaan turbiditi tinggi atau keruh.
Rapala : Rippin’ Rap
Rippin’ Rap daripada Rapala ini mempunyai aksi yang agresif, getaran yang berfrekuensi tinggi dan jatuhan yang lembut.
Gewang ini mampu di manipulasi dalam pelbagai jenis kelajuan karauan.
Dihasilkan dalam 3 saiz dan pilihan 12 warna, gewang ini dilengkapi dengan mata VMC, set mata 3D, tekstur sisik pada badannya serta sistem rattle multi-BB.
Diperkenalkan pada tahun 2014, Ruckus direka untuk lebih menarik perhatian ikan pemangsa.
Hasilnya gewang ini dilengkapi dengan sistem ratlle dual-frequency yang memberikan nada bunyi gemerincing yang tinggi dan rendah bergantung kepada karauan.
Gewang 3 inci dilengkapi dengan mata tiga daripada black-nickel Big Bite.
Sebile : Flatt Shad
Calon gewang tanpa bibir yang unik, Flatt Shad mempunyai rekaan bahagian perut yang agak bulat dan pusat graviti yang rendah lantas membuatkannya beraksi dengan baik dalam banyak variasi kelajuan.
Gewang ini tidak menghasilkan bunyi namun mampu menjadi antara gewang killer.
Terdapat dalam variasi sinking, extra heavy dan suspending dengan pilihan warna yang banyak.
SPRO : Aruku Shad
Direka oleh pemancing bass legenda Roland Martin, Aruku Shad beraksi dengan posterior kepalanya ke bawah membuatkannya menggoda pemangsa di dasar.
Dengan kemasan warna menyerupai ikan sebenar, gewang ini dilengkapi dengan tekstur sisik dan mata 3D serta mata daripada Gamakatsu.
Storm : Rockin’ Shad
Rockin’ Shad daripada Storm ini mempunyai rekaan agak gemuk dan kepala yang rata serta badan yang agak tebal.
Gewang ini dilengkapi dengan sistem dalaman multi-ball rattle yang menghasilkan aksi sonik.
Dijual dengan padanan mata 3D hologram dan mata daripada VMC. Terdapat dalam 15 pilihan warna.
Strike King : Red Eye Shad
Antara kegemaran pemancing kompetitif Kevin Van Dam, Red Eye Shad unggul di kawasan berumput dan berstruktur yang dalam.
KVD menyukai gewang ini kerana goyangan ketika jatuhan dan aksi ketika twitch dan karauan rip-pause. Dilengkapi dengan mata VMC, mata 3D dan aksi free-floating rattles.
XCalibur : One Knocker Xrk
Jika kebanyakan gewang rattle menghasilkan bunyi gemerincing yang bising, One Knocker Xrk pula agak berlainan ritmanya.
Dengan tungsten tunggal, gewang ini menghasilkan nada ritma think-thunk-thunk dari kejauhan atau sayup.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...