Ads

Ar-Rayyan: Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

 

Dari Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-

orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka.”

 

Lalu dikatakan kepada mereka; “Mana orang yang berpuasa?”

Maka orang yang berpuasa berdiri menghadap.

Ads

 

“Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut”.

(HR Bukhari No: 1763) Status: Hadis Sahih

 

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Ads

 

KETERANGAN

 

  1.  Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).

 

Ads
  1.  Tidak akan ada orang lain yang memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan kecuali orang yang berpuasa.

 

  1.  Apabila semua orang yang berpuasa telah memasuki syurga melalui pintu ini, pintu tersebut akan ditutup.

 

Itulah keistimewaan orang yang berpuasa Ramadan.

Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...