Tanyalah mana-mana pemancing terutamanya kaki mengilat, mereka suka atau tidak port memancing mereka dipenuhi pukat dan jaring. Lebih-lebih lagi pukat atau jaring yang tidak kelihatan. Tau-tau gewang tersangkut pada jaring lama yang ditinggalkan.
Tempat larangan dibuka
Apa perasaan korang apabila tempat larangan memancing seperti taman laut atau santuari dibuka khusus untuk pemancing sahaja. Rasanya itulah erti kemerdekaan sebenar bagi semua pemancing. Hanya dengan membayangkannya saja dah rasa nak laungkan kemerdekaan berkali-kali.
Dapat cuti memancing
Ads
Hari Kemerdekaan bermakna cuti umum. Cuti umum bermakna… bolehlah manfaatkan cuti dengan pergi memancing. Ada ke pemancing yang tak suka dapat cuti dan boleh pergi memancing?
Menang pertandingan
Jangan cakap menang dulu, dapat strike ikan pun dah rasa macam merdeka sangat dah. Ini kan pulak kalau dapat menang pertandingan memancing yang menawarkan hadiah puluhan ribu ringgit. Kalau tanya pada semua pemancing yang masuk pertandingan memancing, sememangnya inilah erti merdeka yang sebenar pada mereka.
Ads
Posting tak kena kecam
Semua pemancing cukup suka up hasil memancing mereka di media sosial. Selain dari like dan puji-pujian, biasanya ia tak lepas dari kecaman dari netizen. Sebab itulah kalau posting langsung tiada unsur kecaman, ia umpama hari-hari hari merdeka.
Berjaya bebas dari kumpau
Ads
Untunglah kalau korang tak pernah kumpau (jangan cakap korang tak tau makna kumpau pulak). Tapi kalau tak pernah kumpau tentu korang tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan pemancing yang akhirnya berjaya keluar dari badi kumpau. Nikmat kemerdekaan umpama burung yang berjaya keluar dari sangkar setelah bertahun-tahun terkurung.
Bini beri lesen memancing
Tiada erti merdeka yang lebih bererti selain daripada dapat kebenaran untuk memancing oleh isteri. Pemancing yang masih bujang mungkin menganggap ini perkara lawak. Hakikatnya memang ramai pemancing yang lesen memancingnya isteri yang pegang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jabatan Perikanan melarang membawa masuk beberapa spesies pendatang ke dalam negara, apatah lagi melepaskannya ke sistem perairan terbuka.
Anehnya, pemancing kita hari ini begitu taksub pula mengamalkan konsep tangkap dan lepas spesies pendatang ini, terutamanya ikan raja atau peacock bass. Pada masa yang sama cukup berbangga dengan menggalas pulang spesies tempatan yang semakin berkurangan hari ini terutamanya kelah dan sebarau.
Admin cukup sedih melihat perkembangan songsang ini… korang pula bagaimana?
“Allah cipta ikan untuk makanan. Kalau rasa nak pancing untuk makan… makan je la. Kalau nak buat main, nak test lure joran atau reel bukan itu caranya. Kalau nak jaga keturunan atau ekosistem ikan dengan cara CnR baik tak payah pancing terus. Sebab kita lepas pun belum tau dia hidup. Lagi menyeksa adalah. Jika secara tak sengaja tertangkap spesies yang memang kita tak nak makan atau memang tak boleh makan setuju la lepaskan. Contoh terlalu kecil atau ikan beracun.”
AHMADUL AZMI
“Kalau semua pemancing Malaysia berdisiplin tinggi, sedar baik buruk spesies pendatang kepada ekosistem tempatan, boleh la. Nak bisnes? Tak salah kalau buatkan satu spot buatan manusia, lambakan spesies pendatang yang agresif bila terkena pancingan.
Spot haruslah di kawasan yang berjauhan dari sistem sungai. Pemancing harus tau limitnya. Takkan bawa balik, letak dalam akuarium. Nanti sampai masa, tak mampu dah nak tanggung kepelahapannya, terus pergi lepaskan kat tasik-tasik yang berhubung dengan sistem sungai.”
WAN ISLAHUDDIN WAN ALI
“Untung yang duduk di luar bandar masih banyak spot memancing kaya dengan local gamefish. Bagi kami yang tinggal di kawasan membangun / bandar ni sangat terhad spot memancing. Banyak yang ada pun dalam kategori tasik buatan manusia yang sumber airnya dari parit industri dan perumahan yang sudah lama dilambakkan dengan spesies luar sebelum saya lahir lagi.
Saya setuju spot asli dan yang masih terpelihara jangan diperkenalkan spesies luar. Dan saya sendiri selalu berpesan untuk mengamalkan CnR dan jaga spot memancing yang sedia ada sebab majoriti anglers dikekang masa dan kewangan.
Kami tidak mampu untuk trip jauh setiap minggu. Setuju juga penguatkuasaan yang telus perlu untuk menjaga populasi ikan tempatan.”
MOHD FAHMI MOHD AZMI
“Inilah yang saya canang pada semua kaki pancing sebelum ini. Ikan PB, patin Mekong, pacu dan lain-lain ikan pendatang adalah tidak harus kita CnR.
Memanglah ia ikan game yang pasti syok melayannya tapi berbaloikah dengan kepuasan dalam lima minit melayannya bila kena hook berbanding kerosakan ekosistem ikan-ikan asal negara kita akibat pemangsa ini.
Jika kita tak ambil iktibar akibat kepupusan ikan-ikan yang sebelum ini maka generasi kita nanti akan dapat melihat di dalam kalendar pasang surut atau pun buku-buku perikanan air tawar sahaja. Bertindaklah dari sekarang demi melestarikan ikan asal kita.”
AZHAR USMPENANG
“Maaf cakap… ikan PB memang dah beri kesan kat area Gopeng. Banyak lombong terbiar yang dulu banyak ikan tempatan kini dah pupus. Toman pun kalah dengan PB ni. Sekarang PB pun dah besar kepala dan makan sesama sendiri sebab anak ikan udang tak boleh hidup… ikan PB ni terlampau rakus. Aku rasa amat patut kerana tempat aku sudah terkesan dengan ikan PB.”
AMIRRUL HAMKA ISMAIL HISHAM
“Jangan risau orang Malaysia mesti tapau habis. Macam kat Kuantan ada kejap ikan ni tapi sekarang memang habis kena tapau. Orang bawa balik macam stok setahun makan ikan tu je. Katanya sedap isi ikan ni.”
Setelah perjalanan hampir 10 minit enjin dimatikan dan kami meluncur sambil berdayung merapati kawasan rumput-rumput kelecut yang kekuningan. Beberapa kali lontaran, Nazri yang pertama menerima sambaran.
Bunyi hentaman yang kuat menandakan toman saiz bagak yang menyambar tapi sayang ‘longkah’ di pertengahan jalan. Kami terus berdayung menyusuri lorong-lorong di celah mengkuang dan rasau sambil joran dihayun dalam usaha menghantar gewang ke arah kawasan yang diharapkan berpenghuni.
Mimix shockwave corak ikan koi yang saya lontar pula disergap. Padanan joran Expert Graphite Blue Carbon 10-20lb dengan kekili Ryoga 1016 yang dimuatkan tali sulam Tufline XP 30lb berjaya mengekang larian si toman yang cuba ‘main kotor’ dengan menuju ke dalam perdu mengkuang.
Hasil sulung trip ini dicangkuk kemas dan dinaikkan ke atas bot. Usai mengabadikan sekeping dua gambar sebagai ‘bahan bukti’ ia dilepaskan semula bagi meneruskan kehidupannya.
Enjin dihidupkan kembali dan Nazri selaku tekong memerhati sekeliling sambil mengemudi bot. “Sana.. sana. Nampak tak anak toman tu?” Ujar Nazri sambil menunjuk ke sebelah kiri bot.
Sebaik menghampiri kumpulan anak-anak toman yang masih merah itu, buzzbait milik Ame berwarna pink yang dikarau laju terus diterkam. Sang mama yang cantik berwarna kehijauan terang tertancap kemas.
Menurut Nazri yang biasa casting toman di sini, cara permainan toman di Tasik Chini berlainan sedikit dengan tempat-tempat lain. Jika gewang dilontarkan ke tengah ‘highway’ atau menunggu toman mengambil udara baru melontar gewang alamatnya berjanggutlah kerana toman-toman di sini mendiami di kawasan yang cetek.
Spot pilihan seperti di tepi rimbunan kelecut dan rasau, di celah lorong-lorong mengkuang dan paling mencabar spot yang agak hardcore yang pastinya dihuni banyak toman bersaiz kasar iaitu di celah–celah tunggul mengkuang mati.
Tunggul-tunggul yang berceracak dan di dalam air pula berselirat dengan batang serta akar mengkuang pastinya menjadi tempat yang selesa bagi sang toman beristirehat sambil memerhati mangsa yang lalu.
Bagi para caster yang mengidam dentuman padu sanggup mengambil risiko dengan spot yang sebegini. Apa yang membuat saya bersemangat ialah kata-kata Yeo, “Yang penting ikan mau sambar. Macam mana nak tarik keluar, kita ikhtiar kemudian”.
Tengah hari kami berehat seketika, naik ke jeti. Masa keemasan ini ada yang mengambil kesempatan melepaskan lelah seketika dek kepanasan berada di tengah tasik. Usai solat jamak dan nasi pun sudah turun ke perut, kami menyambung kembali misi pencarian toman Tasik Chini. Sesi petang bertambah meriah lagi dengan kehadiran sebuah lagi bot yang dinaiki oleh Masri dan Ijad.
Nampaknya permukaan tasik sudah mula kucah dek tiupan angin. Gewang jenis kecoh dikeluarkan dari lurebox. Jumpfrog, buzzbait dan popper berperanan dalam situasi sebegini. Kali ini saya menaiki bot yang di kemudi oleh Yeo pula. Gumum antara ‘spot laut’ yang disarankan oleh Yeo untuk dicuba. Beberapa sambaran yang menggoncang dada berlaku di Gumum. Asri yang mengambil tempat di haluan bot paling banyak mendapat sambaran.
Gewang selaman tidak dapat diperturunkan nampaknya. Rata-rata ahli trip yang casting kali ini membawa gewang jenis permukaan (top water). Tidak dinafikan keracunan apabila dentuman sambaran yang memercikan air di permukaan tasik dapat dilihat sendiri membuatkan ramai caster lebih suka ‘bermain’ dengan gewang permukaan.
Saya dan rakan-rakan memilih buzzbait pada trip ini kerana aksinya yang memang bising dan kecoh. Terbukti keberkesanannya menjerat sang toman lagipun harganya tidaklah mahal. Kalau putus direntap toman tidaklah ‘terasa’ sangat.
Sesi petang agak kureng hasilnya berbanding pagi terutama ketika matahari sedang mula menampakkan diri. Bagaimanapun tasik ini masih berpenghuni. Tidak rugi sekiranya para caster hendak menduga penghuni Tasik Chini kerana toman masih banyak.
Menurut Nazri sebarau pun ada kat sini. Kalau bernasib baik, silap-silap ‘badong’ pun boleh sambar gewang anda. Pasti senyum terukir sampai ke telinga. Tapi apa pun, harus kita ingat, kita sebagai pemancing kalau boleh yang sedang-sedang, seekor-dua boleh ambil makan.
Bagi pemancing yang juga penggemar ikan hiasan pasti tidak lokek mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk mendapatkan warna-warni akuarium seperti yang diidamkan. Bagi yang gemarkan ikan hiasan, mari kita lihat senarai ikan hiasan tropika yang paling mahal.
CANDY BASSLET (US$1,000)
Ikan yang mempunyai warna terang ini harus menjadi antara ikan marin tercantik. Ikan ini boleh dijumpai di Caribbean. Ikan ini agak aktif tambahan pula hanya memerlukan penjagaan yang minima seterusnya sesuai dijadikan ikan hiasan.
CLARION ANGELFISH (US$2,500)
Spesies Clarion angelfish diberi nama sempena nama sebuah pulau di perairan Mexico. Ikan ini mempunyai tona warna yang menarik dan sering ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun mempunyai nilai yang tinggi, sesiapa yang menangkap dan membela ikan ini perlu mendapatkan permit daripada kerajaan Mexico terlebih dahulu.
WROUGHT IRON BUTTERFLYFISH (US$2,700)
Boleh dijumpai di perairan Jepun, ikan kecil yang menawan ini mencapai ukuran sekitar 6 inci apabila dewasa. Ikan ini sering menjadi kegemaran pengumpul ikan hiasan. Ikan ini merupakan perenang aktif dan sesuai diletakkan dalam akuarium selain mempunyai tona warna yang cantik.
AUSTRALIAN FLATHEAD PERCH (US$5,000)
Ikan ini juga antara spesies yang sukar ditemui dan jika ada, nilainya sekitar USD5,000. Ikan ini ditemui di perairan Australia dan agak sukar menangkapnya. Ikan ini bersembunyi di sebalik batu dan karang. Ikan ini akan memecut laju keluar hanya untuk serangan ketika mencari makanan dan akan memecut ke sebalik batu kembali. Warna dan jalur pada badan ikan ini menjadikannya sesuai sebagai ikan hiasan.
NEPTUNE GROUPER (US$6,000)
Ikan neptune grouper ini merupakan kegemaran peminat ikan hiasan dan nilainya sekitar USD6,000. Ikan ini sukar ditangkap kerana hidup di laut dalam. Penyelam yang menangkap ikan ini juga perlu naik ke permukaan dengan perlahan-lahan bagi mengelak ikan ini mati. Juvernil ikan ini mempunyai warna yang sangat berbeza dengan spesies yang telah matang. Warna terang pada badannya merupakan antara sebab spesies ini sangat dicari oleh pengumpul.
GOLDEN BASSLET (US$8,000)
Salah satu spesies terkecil dalam famili grouper, ikan ini boleh ditemui di Atlantik dan Pasifik. Ikan ini juga merupakan antara spesies yang jarang dilihat terjual. Ikan ini juga sangat pemalu dan sering bersembunyi di sebalik batu dan karang. Andai anda membela ikan berwarna seakan emas ini dalam akuarium, mungkin sesekali anda dapat melihat ikan ini berenang menghiasi akuarium kerana lebih banyak bersembunyi.
BLADEFIN BASSLET (US$10,00)
Ikan kecil yang cantik ini mempunyai nilai sekitar USD10,000. Namanya diberi kerana bentuk sirip dorsalnya yang seakan bilah pisau. Boleh ditemui di Caribbean dan mempunyai tona warna daripada oren hingga putih. Spesies ini juga merupakan spesies yang dicari oleh penggemar ikan hiasan kerana jarang dijumpai. Ikan ini hanya sebesar 1.5 inci dan hidup di laut dalam di sebalik karang.
PEPPERMINT ANGELFISH (US$30,000)
Peminat ikan hiasan tropika telah menawarkan sekitar USD30,000 untuk ikan eksotik yang pemalu ini. Pada 2012, hanya seekor ikan ini dipamerkan untuk orang awam. Ikan ini dipamerkan di Waikiki Aquarium setelah dijumpai oleh pasukan penyelidik dari institut Smithsonian. Ikan ini hidup di laut dalam antara 60-120 meter dalam sehinggakan penyelam jarang menemuinya.
FRESHWATER POLKA DOT STINGRAY (US$100,000)
Ikan pari air tawar ini telah muncul pada pameran di Taiwan pada tahun 2014. Spesies ini mempunyai mutasi genetik yang unik. Ikan ini merupakan antara spesies ikan akuarium yang termahal di Taiwan dengan nilai sekitar US100000. Yang menariknya, ikan ini tidak mampu hidup dalam persekitaran semula jadi. Jadi pemilik ikan ini perlu memastikan sentiasa memberi makan secara manual kepadanya.
PLATINUM AROWANA (US$400,000)
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...