Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam. Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
Ads
Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
Ads
Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam. Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
Ads
Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus. Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Secara peribadi, penulis lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan sembilang dan gemang merupakan spesies ikan yang sama dan nama gemang merujuk kepada ikan yang bersaiz besar.
Sebagaimana spesies sebarau atau Hampala macrolepidota, rata-rata kaki pancing menggelar ikan ini sebarau namun jika spesimen bersaiz besar, gelarannya berubah menjadi badong.
Begitu pun, penulis tidak pula mengatakan pandangan yang mengatakan sembilang dan gemang ialah dua spesies berbeza adalah salah sama sekali.
Sebenarnya, pertikaian gelaran nama ikan seperti ini bukannya isu besar, malah bagi penulis tidak ada yang salah kerana gelaran nama biasa atau common name sesuatu spesies biasanya bergantung kepada demografi sesuatu kawasan.
Malah, common name ini bukanlah antara langkah pengelasan saintifik dalam proses mengenal pasti spesies ikan (fish identification).
Kesimpulannya, nama gelaran boleh menjadi lebih daripada satu tapi merujuk spesies ikan yang sama atau sebaliknya nama yang sama tapi mahu merujuk spesies berlainan.
Bagi penulis sendiri isu pertikaian nama gelaran ikan bukanlah hal besar dan terpulang kepada pemancing itu.
Sebaiknya, jika anda mahu mengenal pasti sesuatu spesies ikan dengan tepat, anda boleh merujuk kepada kaedah pengelasan secara saintifik.
Apa kata netizen?
HAFIZUL AMRI
“Pada saya sembilang terbahagi kepada dua iaitu sembilang dan sembilang karang atau usat. Kalau sembilang bersaiz biasa atau kecil, ia dipanggil sembilang tetapi kalau bersaiz kasar ia akan dipanggil gemang.
Setakat ini saya tidak nampak apa perbezaan antara sembilang dan gemang.”
FADZLI KADIR
“Apa yang saya tau ikan gemang dan sembilang ialah ikan yang berbeza. Di tempat saya kalau ikan sembilang tu ialah ikan keli air tawar.
Ikan gemang pula ialah ikan keli air masin. Dari dulu lagi orang kampung panggil macam tu.”
Bermula sebagai tempat penternakan ikan dalam sangkar, kini ia mampu membangun dan menjadi sebuah chalet terapung yang gah di utara tanah air.
Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Kedah yang dibina dengan peruntukan RM1.6 juta ini bolehlah dianggap sebagai sebuah tempat peranginan yang ideal buat kaki pancing, terutama buat mereka yang ingin membawa keluarga.
Mula beroperasi Januari 2010 yang mana hanya terdapat 3 buah chalet dan 1 dewan mesyuarat ketika itu, hari ini chalet ini semakin mengorak langkah apabila menaik taraf
kemudahan dan menambah bilangan chalet hingga menjadi 8 buah, termasuk 6 dormitori, 4 bilik penginapan tambahan dan 1 dewan untuk pengunjung.
Menurut Pengurus Chalet Terapung PPK yang lebih mesra dipanggil Encik Hamdan,
“Terhasilnya idea untuk membangunkan chalet terapung ini ialah apabila projek ternakan ikan mengalami kerugian hampir RM2.1 juta yang diakibatkan bencana tsunami sedikit masa dahulu.
Oleh itu, kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM300,000 dan dari situlah kami mula mendapat ilham untuk membangunkan sebuah kawasan penginapan ala terapung kerana ianya kelihatan unik dan masih belum banyak terdapat di Malaysia.”
“Malah lebih menarik lagi, chalet ini berlatar belakangkan panorama hutan simpan kekal paya bakau Sungai Merbok yang menjadi habitat 32 spesies pokok bakau, burung, unggas
dan pelbagai hidupan marin. Apatah lagi apabila Sungai Merbok ini dikatakan sebagai antara hutan paya bakau tercantik di dunia,” tambahnya lagi.
Menurut Encik Hamdan lagi, jalinan kerjasama antara Chalet Terapung PPK Merbok dengan Tourism Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda dan agensi-agensi pelancongan yang lain
sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama chalet terapung ini, bukan sahaja kepada pelancong tempatan, malahan luar negara.
Percutian kaki pancing
Selain dihiasi pemandangan paya bakau yang indah dan menghijau, chalet terapung PPK juga boleh menjadi percutian yang ideal buat kaki pancing.
Sungai Merbok selain terkenal dengan tinggalan sejarah turut didiami pelbagai spesies ikan yang pastinya mampu mengujakan percutian memancing anda.
Siakap, senangin, kerapu, semilang, duri, dan pelbagai lagi ikan sering menjadi habuan pemancing yang berkunjung ke sini.
Malah, hasil yang ada di sini juga kadangkala di luar jangkaan! Bila tiba musim ikan masuk, ada yang sampai tak muat tong ikan dibuatnya.
Yang menariknya di sini, anda boleh memancing di sekitar balkoni chalet anda sahaja.
Pastinya sungguh mengujakan bila dapat melontarkan joran sambil menghirup udara segar hutan paya bakau ini.
Malah, sesi pancingan anda tidak hanya terhad di chalet anda menginap sahaja. Anda masih boleh memilih untuk memancing di tiga pelantar yang disediakan yang mana
pelantar ini terletak di tengah-tengah laluan sungai dan sering menjadi tumpuan kaki pancing yang berkunjung ke sini.
Bagi yang bercadang untuk memancing sahaja tanpa menginap, jangan risau! Dengan bayaran hanya RM15 anda berpeluang memancing tanpa had masa di sini.
Malah, anda juga diberi peluang menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti tandas, tempat memasak dan sebagainya.
Selain daripada memancing, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, bersiar-siar menaiki bot, tangkap ketam guna tangkul,
berkayak dan bermacam-macam lagi. Jadi, buat kaki pancing yang ingin membawa keluarga bercuti, Chalet Terapung PPK Merbok adalah antara destinasi terbaik buat anda.
Sebarang pertanyaan hubungi Facebook Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah.
** share artikel ini jika anda pernah berkunjung ke sini
Boleh tak ikan seriding dibuat umpan memancing? Ikan seriding ni yang banyak tersangkut pada mata apollo bila nak cari umpan ketika memancing di kelong.
JAWAPAN:
Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae.
Ia senang ditemui di kawasan muka kuala dan pesisir pantai terutamanya Kawasan berkarang.
Ia turut mudah ditemui di persekitaran kelong pesisir pantai terutamanya ketika arus laju untuk berteduh dan berlindung dari pemangsa.
Ikan seriding dikenali memiliki sirip berduri yang tajam tetapi tidak berbisa. Sirip berduri itu merupakan antara asset yang ada sebagai senjata mempertahankan dirinya dari pemangsa.
Ekoran dari sifat biologinya itu, kebanyakan pemancing beranggapan ikan seriding tidak sesuai dijadikan umpan untuk memancing ikan-ikan lain.
Tidak dinafikan ikan seriding agak kurang digunakan sebagai umpan bukanlah disebabkan tiada ikan yang mahu memakannya.
Ikan seriding turut berada dalam rantaian makanan sebagai mangsa namun di kawasan yang banyak pilihan makanan, ikan seriding menduduki carta bawahan sebagai pilihan pemangsa.
Justeru itulah jika ikan seriding dijadikan umpan bersama umpan lain, joran yang menggunakan umpan seriding hampir sepenuhnya tiada sebarang getuan berlaku.
Namun di kawasan yang agak terbatas pilihan makanan, ikan seriding dikatakan menjadi umpan popular untuk memancing ikan pemangsa seperti selangat.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memancing di kawasan yang dipercayai hadirnya selangat, boleh anda cuba menggunakan umpan ikan seriding.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...