Christmas Island terletak di Australia dan merupakan antara lokasi pancingan terbaik di dunia dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang tahun. Spesies yang paling popular di sini pastinya spesies bonefish lebih-lebih lagi dengan teknik layang. Jika anda mahu lebih kepuasan, anda boleh cuba memancing spesies tuna.
Anda mahu memancing spesies bonefish, tarpon atau permit dengan kadar ‘sukses’ yang tinggi? Mungkin anda perlu cuba ke Bahamas, salah satu lokasi pancing terbaik. Bahamas juga sesuai sebagai lokasi percutian dengan keluarga.
Ads
Terdapat banyak tempat pancingan spesies red drum di sepanjang pesisir teluk, namun Louisiana Salt Flats merupakan lokasi terbaik kerana lokasi ini merupakan lubuk red drum yang lebih besar berbanding tempat lain.
Sama ada on-shore, off-shore atau pesisir pantai, Belize menawarkan hampir kesemua yang dimahukan oleh kaki pancing dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan hampir sepanjang tahun. Memang terbaik!
Ads
Cape Point di Kepulauan Hatteras merupakan salah satu spot pancingan terbaik. Bahagian Outer Banks pula merupakan salah satu spot untuk pancingan surf casting terbaik di dunia. Bagi kaki surfcasting, spot ini antara spot idaman yang mesti dikunjungi.
Ads
Bagi peminat pancingan tasik pula, Lake Superior yang merupakan tasik terbesar di dunia merupakan lokasi yang harus dilawati. Dengan 88 spesies ikan di dalamnya, spot ini pastinya menjadi impian ramai kaki pancing.
Perairan Watamu dan Malindi di Kenya merupakan spot pilihan bagi ikan billfish. Ini menjadikan Kenya merupakan salah satu spot pancingan billfish terbaik di dunia dan pelbagai pertandingan billfish dilangsungkan di sini setiap tahun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda.
Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kami melontar umpan ke lubuk. Sambil menunggu umpan diragut umpan, kami memandang sekitar lubuk. Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan pancing masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton. Harap-harap kali ini kami semua akan berhasil, InsyaAllah.
Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Hanya riak halus air yang kelihatan. Seolah-olah tiada ikan-ikan besar yang hidup di lubuk itu. Lubuk itu juga hanya tinggal kami, pemancing lain sudah pun balik apabila senja.
Sesudah beberapa kali juga mengganti umpan yang baru walaupun umpan sebelumnya bagaikan tidak disentuh langsung. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu. Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik.
Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing. Namun hasilnya tetap sama, tak ada hasil langsung.
“Isy… kenapa tak ada seekor pun naik ni?” bisik hati aku.
“Belum rezeki agaknya…” Aku terus berdialog sendirian.
Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.
“Apa tu aaa…? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu.” Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan. Bimbang juga aku nak menegur sesuatu yang kelihatan pelik.
Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan-lahan membentuk satu objek lain yang sesungguhnya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapan, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.
Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pak cik aku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut mengerbang-ngerbangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arah aku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.
Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.
“Lan! Lan oii…! Kau tengok apa tu?”
Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur.
Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku.
Pak cik aku terus memanggil-manggil namaku. Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya pandangan mata aku menjadi gelap. Aku pengsan.
Apabila aku kembali membuka mata, aku dapati sudah berada di rumah. Kelihatan ibuku berada di sebelahku.
“Mana pak cik?” spontan aku bersuara.
“Pak cik ada kat luar tu…” ibuku menjawab.
Aku rasakan badan aku begitu lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah. Pak cik aku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.
“Kau kena sampuk semalam agaknya”. Pak cikku bersuara sambil tergelak kecil. Aku masih terpinga-pinga. Memori macam belum pulih sepenuhnya.
Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus menggulung semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.
Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah trauma agaknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...