Setiap kali kita mengambil gambar sama ada juru foto profesional mahupun amatur, pasti ada sahaja kesilapan gambar tersebut yang kita tidak jangka. Sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera, kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering terjadi walaupun segala persiapan telah kita lakukan. Mari kita teliti apakah kesalahan tersebut supaya ia tidak berulang lagi.

 

GAMBAR BLUR ATAU KABUR

Ramai juru foto amatur kerap komen yang gambar mereka selalu blur. Jawapan yang paling mudah untuk menjawab persoalan ini ialah bila cahaya kurang memasuki sensor, sistem penghasilan imej cuba mencari titik fokus imej yang hendak dirakam supaya nampak sharp dan jelas.

Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mengambil gambar seperti ini seperti menggunakan monopod atau tripod terutamanya ketika merakam imej di kala malam. Sila pastikan anda menggunakan ISO, shutter speed yang tinggi saat merakamnya atau gunakan speedlight untuk freeze sebarang pergerakan.

 

7 Kesilapan Yang Mesti Dielakkan Oleh Jurufoto

 

TERLALU BANYAK KONTRAS

Gambar yang terlalu banyak kontras boleh dilihat melalui perbezaan di antara terangnya cahaya (highlight) dan bayang gelap (shadow) di sekitar imej. Contoh yang paling senang untuk dilihat adalah ketika kita ingin merakam gambar sewaktu matahari terik di waktu siang. Gunakan flash untuk mengelakkan terlalu banyak bayang pada kawasan imej.

IKLAN

 

GAMBAR RED-EYE

Sungguhpun red-eye boleh di ubah menggunakan software tertentu akan tetapi anda boleh minimumkan kesalahan ini. Ia biasanya terjadi apabila penggunaan flash terpantul pada retina mata. Anda boleh elakkan menggunakan built-in flash. Selain itu, ada juga kamera yang mempunyai mode red-eye reduction. Satu lagi teknik yang boleh anda cuba ialah menjarakkan subjek supaya tidak terlalu dekat dengan kamera anda.

 

7 Kesilapan Yang Mesti Dielakkan Oleh Jurufoto

 

IMEJ OFF-COLORS

IKLAN

Ia bermaksud imej yang terhasil selepas dirakam berbeza sedikit warnanya dengan subjek nyata. Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh White Balance (WB) untuk mengelakkan berlakunya kesilapan berulang. Anda boleh set auto pada kamera anda. Contoh yang boleh dilihat adalah ketika anda ingin merakam gambar indoor fotografi, imej akan menjadi lebih oren kekuningan sedikit kerana cahaya yang datang dari lampu atau cahaya sekitarnya. Gunakan tungsten setting pada kamera anda untuk seimbangkan suhu warna tersebut.

 

TIDAK FOKUS PADA SUBJEK

Apabila merakam gambar, kebiasaannya kita akan cuba fokus kepada sesuatu subjek untuk dimuatkan betul-betul dalam bingkai (framing) kamera tersebut. Akan tetapi, pasti ada sahaja gangguan dari objek-objek yang tidak ada kena mengena dengan gambar yang ingin kita fokus itu termasuk sekali di dalam imej tersebut. Cuba anda crop imej tersebut dengan menggunakan zooming untuk mengelakkan subjek yang tidak diperlukan masuk ke dalam gambar. Anda boleh menggunakan software di komputer anda untuk edit gambar tersebut.

 

7 Kesilapan Yang Mesti Dielakkan Oleh Jurufoto

 

IKLAN

SUBJEK TERLALU JAUH

Setiap gambar yang dirakam mesti mengalami masalah terlalu jauh daripada subjek, impak yang dihasilkan pada gambar akan jadi kurang. Ia boleh diperbetulkan dengan cara anda bergerak dengan lebih dekat pada imej atau anda boleh gunakan telephoto zoom lens atau boleh crop imej tersebut menggunakan software. Anda juga hendaklah menggunakan resolusi yang tinggi dan bersesuaian kerana bila anda lakukan crop imej, ia akan mengurangkan kualiti gambar tersebut.

 

GAMBAR UNDEREXPOSED & OVEREXPOSED

Perkara sebegini sering berlaku di mana anda imej menjadi terlalu terang atau terlalu gelap tidak sama seperti yang anda inginkan. Hal ini berlaku kerana sama ada cahaya yang memasuki sensor terlalu banyak atau terlalu sedikit. Untuk mengelakkannya, anda boleh setting kamera pada LCD dengan mengurangkan metering -0.5 atau -1 untuk overexposed dan ‘+’ untuk tambah cahaya bagi imej underexposed menjadi +0.5 atau +1.

 

7 Kesilapan Yang Mesti Dielakkan Oleh Jurufoto

 

Kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering dilakukan dan dengan kesilapan sebegini kita lebih belajar bagaimana menghasilkan imej terbaik, bermutu dan berkualiti.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI