Sebenarnya terdapat 4 spesies tongkol atau aya yang biasa ditangkap di perairan Malaysia, bukannya hanya tongkol putih dan tongkol hitam.
Namun kita lebih terbiasa dengan 2 jenis tongkol sahaja iaitu tongkol hitam (aya hitam) dan tongkol putih (aya kurik).
Keliruan ini mungkin berpunca dari nama gelaran yang sama diberikan kepada aya hitam dan aya jalur sebagai tongkol hitam dan aya kurik dan aya selasih sebagai tongkol putih.
Berikut merupakan empat jenis aya atau tongkol yang terdapat di pasaran kita.
Ads
Informasi ikan aya selasih
Ikan aya jalur atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae.
Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki).
Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.
Ads
Ia ikan pelagik berenang pantas menikut arus, biasa di perairan tropika di seluruh dunia, di mana ia mendiami air permukaan dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ikan), memakan ikan, krustasea, sefalopod, dan moluska.
Ia adalah spesies mangsa penting bagi ikan pelagik yang besar dan jerung. Ia tidak mempunyai sisik kecuali atas garis sisi dan korselet (satu jalur sisik besar dan tebal membentuk bulatan di sekeliling badan di belakang kepala).
Ads
Ia biasanya mencapai kepanjangan sehingga 80 cm (31 in)dan berat 8–10 kg (18–22 lb).
Panjang maksimumnya adalah 108 cm (43 in) dan berat maksimum adalah 34.5 kg (76 lb).
Penuaan tongkol ini adalah sukar, dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.
Ikan aya atau tongkol kerai mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa.
Jenahak merupakan salah satu spesies ikan pancingan yang cukup dikenali di negara kita. Spesies ini merupakan antara spesies ikan yang menjadi idaman kepada mana-mana kaki pancing. Kehebatan tentangan di hujung kail spesies jenahak bukanlah merupakan sebab utama spesies air masin ini menjadi buruan, sebaliknya nilai komersial spesies Lutjanus johnii ini melonjak ialah dek kerana rasa isinya yang sedap.
Bagi pemancing yang mempunyai obsesi yang tinggi terhadap spesies ikan jenis snapper ini pastinya pernah mendengar gelaran seperti jenahak bantal atau bantal emas yang merupakan nama timangan khas ikan bersisik emas ini.
Biarpun tidak memiliki abiliti melawan yang luar biasa seperti spesies ikan sukan yang lain, mana-mana pemancing yang berjaya menaikkan si bantal emas ini pastinya merasakan kepuasan yang tersendiri. Ibarat sudah boleh tidur lena dengan ‘bantal emas’ tersebut.
Secara global, spesies jenahak dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran yang sama di sesetengah tempat.
Sesetengah kawasan seperti Australia menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, merujuk kepada tanda tompokan hitam pada badannya. Selalunya, John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies L. johnii yang besar atau dewasa sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.
Keadaan ini serupa dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan ikan tetanda merupakan spesies yang sama atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini, dapat disimpulkan jenahak dan tetanda merupakan spesies ikan yang sama.
tetanda
TABURAN SPESIES
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.
Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas. Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka.
Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka, batu karang antara spot pilihan kaki pancing mencari si bantal emas ini.
MORFOLOGI
Daripada segi morfologi luaran, spesies jenahak mempunyai warna badan yang agak memukau. Sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal lembutnya. Tompokan hitam ini biasanya bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa. Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14.
Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal. Terdapat juga kekeliruan antara spesies L. johnii dan Lutjanus ehrenbergii namun pengelasan saintifik oleh Bock pada 1996 mengatakan keduanya merupakan spesies berbeza. L. ehrenbergii hampir menyerupai L. johnii, seperti ikan tetanda yang kita sering lihat. Namun garisan sisik dan warna spesies ini berbeza.
L. ehrenbergii
HABITAT DAN EKOLOGI
Habitat bagi spesies ikan tropika ini lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga kawasan perairan yang mempunyai struktur bagi jenahak dewasa. Bagi jenahak juvenil pula, lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus. Jadi, spesies ini boleh dikategorikan kepada spesies ikan marin dan air payau (brackishwater) bergantung kepada tumbesarannya.
Spesies jenahak merupakan spesies ikan yang bersifat oceanodromous di mana spesies ikan begini merupakan ikan yang bermigrasi bergantung kepada kitaran hidupnya. Selalunya, migrasi jenahak berlaku ketika mengawan serta disebabkan kawasan pemakanannya. Oleh itu, terdapat pola taburan yang merata-rata spesies ini di kebanyakan perairan di seluruh dunia.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.
Spesies ini yang menghuni ke dalam lebih 10 meter biasanya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
DIET
Dalam rantaian makanan dalam persekitaran ideal, si bantal emas ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam piramid makanan. Ini bermaksud, jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthos seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
TAKSONOMI
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Lutjanidae
Genus : Lutjanus
Species : Lutjanus johnii (Bloch, 1792)
Nama lain : Jenahak, Jenahak tanda, Jenak, Tetanda, John’s snapper, Golden snapper
Kita sering dihidangkan dengan kehebatan ikan-ikan laut dalam. Namun ikan-ikan air tawar tidak kurang hebat dengan pelbagai fakta luar biasa. Sesekali apa kata kita tengok pulak kehebatan ikan-ikan air tawar yang bertebaran di seluruh dunia.
Arapaima
Spesies terhebat air tawar kemampuan bernafas dari permukaan dan ia melakukannya dengan suara batuk yang khas. Raksasa bersisik ini telah diketahui secara oportunis mengambil buah dan burung untuk dimakan ketika timbul di permukaan, meskipun makanan mereka biasanya terdiri dari ikan lain.
Arapaima umumnya berburu dengan mendorong dirinya ke depan dalam ledakan singkat yang padu untuk membuat mangsanya pegun untuk tempoh panjang untuk menelannya dengan kuasa mulutnya umpama vakum berkuasa tinggi.
Kecenderungan arapaima untuk berburu di sekitar permukaan air mendedahkannya kepada pemangsa utamanya iaitu manusia. Ikan ini cukup mudah untuk ditombak ketika sangat dekat dengan permukaan, dan banyak orang asli tempatan melakukannya untuk dagingnya dan perhiasan fesyen dari sisiknya. Penangkapan ikan berlebihan saat ini merupakan ancaman terbesar bagi arapaima.
Giant Mekong Catfish
Raksasa air ini dianggap sebagai yang terbesar di antara semua ikan air tawar tanpa sisik. Ancaman terhadap populasinya seperti penangkapan berlebihan, pencemaran teruk di habitat pembiakannya, dan pencemaran sungai-sungai telah mendorongnya ke titik yang hampir pupus.
Ikan patin Mekong adalah satu-satunya spesies catfish yang tidak memiliki gigi, dan juga memiliki barbel yang jauh lebih sedikit daripada sesungut biasa yang memanjang dari mulut catfish lainnya.
Kurangnya barbel yang luar biasa dalam kombinasi dengan ukurannya yang besar sering membuat orang yang melihat salah satu ikan patin raksasa ini beranggapan bahawa mereka telah melihat ikan jerung.
Alligator gar
Ikan yang tampak unik ini adalah yang terbesar dari tujuh spesies gar, dan satu-satunya dengan deretan gigi berkembar pada rahang atasnya. Alligator Gar mendapatkan namanya dari kepalanya yang lebar dan bertulang yang bentuknya sangat mirip dengan buaya jika dilihat dari atas.
Meskipun sebahagian kemiripannya dengan reptilia yang menakutkan, alligator gar adalah makhluk yang umumnya damai yang tidak terlalu mengancam manusia. Bahaya terbesar yang ditimbulkannya adalah telur-telurnya, yang beracun ketika tertelan, dan kecederaan yang dapat ia lakukan dengan gigi tajamnya apabila meronta-ronta jika didaratkan ke bot.
Sama halnya dengan belut elektrik, alligator gar dapat timbul ke permukaan untuk menghirup udara secara langsung. Ini dilakukan dengan menggunakan pundi udara yang bekerja hampir sama seperti dengan sepasang paru-paru dan terhubung ke kerongkong untuk membolehkannya mengambil udara secara langsung.
Siberian Taimen
Nafsu makan ikan ini yang rakus telah memberinya nama jolokan `Serigala Sungai’. Siberia Taimen dapat hidup sampai tiga puluh tahun atau lebih, memberi mereka banyak waktu untuk mencapai ukuran yang mengesankan.
Ikan ini adalah yang terbesar dan tertua dari spesies salmon, dan berfungsi sebagai bukti hubungan evolusi antara salmon dan trout. Siberia Taimen memerlukan waktu lebih lama daripada banyak spesies ikan lainnya untuk mencapai kematangan seksual.
Ini kerana spesies ini jangka hayat yang panjang dan tidak matang dan membiak dengan cepat, populasinya cenderung dipengaruhi oleh perubahan faktor lingkungan. Atas sebab itu Siberian Taimen memberi wawasan yang berharga kepada para ahli ekologi yang memungkinkan mereka mengukur bagaimana ekosistem akuatik mereka ketika hidup.
Ikan hidup dalam 3 keadaan air iaitu air masin, air tawar dan air payau. Kadar salinitii atau kemasinan bagi air masin ialah 35 ppt (part per thousands). Bagi sesetengah spesies laut dalam, ada yang mampu mencapai kadar toleransi kemasinan sehingga 60 ppt.
Ikan hidup dalam pelbagai keadaan habitat seperti kawasan berbatu, karang, hutan paya bakau, sungai dan jeram, tasik dan kolam, di bawah ais, dasar laut dalam dan pelbagai habitat lain merangkumi ketiga-tiga keadaan air iaitu air masin, tawar dan payau.
Bergantung kepada spesies, sesetengah mampu hidup dalam keadaan suhu melampau. Cyprinodon macularius atau desert pupfish yang ditemui di California, Amerika Syarikat mampu hidup pada suhu mencecah 45°C manakala arctic cod (Boreogadus saida) di Artik pula mampu hidup pada suhu serendah -2°C.
Dalam pelbagai keadaan sekalipun, ikan hidup di dalam air bergantung kepada kadar oksigen terlarut di dalam air untuk bernafas dan sesetengah spesies mempunyai sifat istimewa bagi membolehkan ia beradaptasi dengan persekitaran tertentu.
Kebanyakan spesies ikan mempunyai jarak migrasi atau habitat yang kecil. Namun, sesetengah spesies mempunyai jarak migrasi yang jauh atas faktor makanan, persenyawaan, kitaran persekitaran dan perubahan suhu.
Sesetengah spesies pula merupakan diadromous iaitu mampu hidup dalam 2 keadaan air iaitu air masin dan air tawar.
Taburan ikan secara kasarnya boleh dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pelagik dan demersal. Ikan pelagik hidup di permukaan atau tengah permukaan air sementara ikan demersal pula hidup di dasar sesuatu perairan.
Terdapat ikan bersifat herbivor, karnivor dan omnivor. Namun terdapat juga ikan bersifat detritivor yang mana memakan ikan atau tumbuhan yang telah mati dan terurai. Dalam kumpulan, ikan mampu memakan apa saja saiz tumbuhan dan haiwan lain daripada sekecil plankton hinggalah sebesar-besar haiwan marin.
Antara diet biasa bagi ikan ialah cacing, kepah, kupang, sotong, burung, mamalia kecil, krustasia, serangga, amfibia dan lain-lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...