IKLAN

 

Umum mengetahui ikan mampu hidup dalam hampir kebanyakan kawasan berair. Ia mampu hidup dalam pelbagai keadaan seperti iklim tropika, sederhana, lautan dalam malah juga hingga ke perairan air tawar.

 

Sesetengah spesies ikan mampu hidup sehingga kedalaman 11 km di dasar laut dalam. Spesies lain pula hidup setinggi 5 km di atas paras laut sama ada tasik atau kolam. Menurut rekod, sebanyak 58% daripada keseluruhan ikan bertulang di dunia ini hidup di perairan air masin.

 

Spesies Misgurnus fossillis ini pula hidup dalam keadaan oksigen terlarut hanya 0.5 ppm (part per million atau mg per liter)

 

Jumlah ini melebihi 13 000 spesies ikan yang ada. Walaupun pecahan air tawar hanya merangkumi 0.01% daripada air di bumi, spesies yang menghuni air tawar pula mencecah lebih 9000 spesies iaitu 48% spesies ikan.

 

Ikan hidup dalam 3 keadaan air iaitu air masin, air tawar dan air payau. Kadar salinitii atau kemasinan bagi air masin ialah 35 ppt (part per thousands). Bagi sesetengah spesies laut dalam, ada yang mampu mencapai kadar toleransi kemasinan sehingga 60 ppt.

 

Ikan hidup dalam pelbagai keadaan habitat seperti kawasan berbatu, karang, hutan paya bakau, sungai dan jeram, tasik dan kolam, di bawah ais, dasar laut dalam dan pelbagai habitat lain merangkumi ketiga-tiga keadaan air iaitu air masin, tawar dan payau.

 

IKLAN
Spesies Salmo trutta atau brown trout ini memerlukan oksigen terlarut yang tinggi iaitu 11 ppm.

 

Bergantung kepada spesies, sesetengah mampu hidup dalam keadaan suhu melampau. Cyprinodon macularius atau desert pupfish yang ditemui di California, Amerika Syarikat mampu hidup pada suhu mencecah 45°C manakala arctic cod (Boreogadus saida) di Artik pula mampu hidup pada suhu serendah -2°C.

 

Dalam pelbagai keadaan sekalipun, ikan hidup di dalam air bergantung kepada kadar oksigen terlarut di dalam air untuk bernafas dan sesetengah spesies mempunyai sifat istimewa bagi membolehkan ia beradaptasi dengan persekitaran tertentu.

 

Migrasi

 

IKLAN

Kebanyakan spesies ikan mempunyai jarak migrasi atau habitat yang kecil. Namun, sesetengah spesies mempunyai jarak migrasi yang jauh atas faktor makanan, persenyawaan, kitaran persekitaran dan perubahan suhu.

 

Sesetengah spesies pula merupakan diadromous iaitu mampu hidup dalam 2 keadaan air iaitu air masin dan air tawar.

 

Ikan tuna atau Thunnus alalunga ini bermigrasi lebih daripada 8500 km.

 

Taburan dan habitat ikan

 

Taburan ikan secara kasarnya boleh dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pelagik dan demersal. Ikan pelagik hidup di permukaan atau tengah permukaan air sementara ikan demersal pula hidup di dasar sesuatu perairan.

 

Cyprinodon macularius atau desert pupfish ini pula mampu hidup pada suhu mencecah 45°C.

 

Sumber makanan

 

Terdapat ikan bersifat herbivor, karnivor dan omnivor. Namun terdapat juga ikan bersifat detritivor yang mana memakan ikan atau tumbuhan yang telah mati dan terurai. Dalam kumpulan, ikan mampu memakan apa saja saiz tumbuhan dan haiwan lain daripada sekecil plankton hinggalah sebesar-besar haiwan marin.

 

Boreogadus saida ini mampu hidup pada suhu serendah -2°C.

 

Antara diet biasa bagi ikan ialah cacing, kepah, kupang, sotong, burung, mamalia kecil, krustasia, serangga, amfibia dan lain-lain.