Spesies talang pandan dan todak biasanya berada di sekitar kelong setiap waktu, manakala yang lain lebih dipengaruhi oleh musim dan pasang surut. Air bunga pasang dan bunga surut adalah waktu terbaik. Air mati pula kurang sesuai untuk buru spesies mega.
Tamban merupakan umpan terpenting dan saiz umpan yang besar menjanjikan hasil yang besar. Ikan selar pula kurang dapat perhatian. Sebaik-baiknya gunakan apollo saiz 5, 7 atau 9 dari jenis sisik / kulit ikan untuk mencari tamban dan selar.
Ads
Apollo juga kadangkala mampu menjerat sagai, todak dan talang pandan. Untuk memancing alu-alu besar, umpan talang pandan dan todak saiz 200 ke 400 gram adalah yang terbaik, malah ada pemancing menggunakan talang sehingga 900gram untuk menunggu alu-alu belasan kilo.
Menghanyut tanpa pemberat dan pelampung lebih efektif, dan biarkan ikan hanyut mengikut arah arus. Umpan yang dihanyutkan berhampiran kelong mudah menjerat talang, talang pandan dan todak. Jika menyasarkan tenggiri dan alu-alu, sebaik-baiknya lepaskan umpan kira-kira 50 meter atau lebih dari kelong.
Ads
Ini memberi kelebihan untuk kita melemahkan mangsa sebelum ia menghampiri kelong, takut-takut nanti ikan melakukan pecutan terakhir ke arah tiang kelong.
Ads
Sekiranya hendak menggunakan pelampung, pastikan jarak umpan dan pelampung sedepa atau lebih. Jika kurang, umpan pasti menjadi perhatian sang todak terlebih dahulu.
Kalau umpan tamban banyak tak apa juga juga kerana ada masa-masa tertentu amat susah hendak mendapatkan tamban, lebih-lebih lagi radius permainan tamban melangkaui tahap balingan apollo. Alamatnya kenalah makan angin, tunggu kumpulannya menghampiri kelong.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kolam batu yang terlindung lebih baik dari yang terdedah dek panas matahari. Jika tiada lindungan semulajadi, ia boleh dilakukan dengan cantuman tuala, beg, kayu atau lebihan joran.
Atau sekurang-kurangnya lindungkan ikan dengan tuala basah dan sentiasa disegarkan dengan air laut yang sejuk dan bersih.
Pemancing pantai pula boleh menyimpan tangkapannya dari terikan matahari dengan cara menggali lubang pada pasir pantai yang basah. Kemudian, kambus tangkapan itu sehingga waktu pulang.
Apa pun cara yang anda pilih, buatlah usahasama untuk mematikan dan menyembelih ikan sebaik sahaja ia dipancing.
Seterusnya cari tempat sesuai untuk menyimpan ikan itu selembap dan sesejuk yang mungkin. Jika dibiarkan ikan berjemur, rosaklah hidangan yang berpotensi keenakannya.
Pemancing yang menggunakan bot sememangnya tiada alasan untuk membawa peti simpananikan dengan kuantiti ais berpatutan. Disamping itu, peti ini juga boleh menyimpan air minuman sejuk, makanan segar dan umpan.
Ada sedikit perkara penting dalam pengurusan dan penyimpanan sejuk ikan tangkapan anda.
Apabila ia kemudiannya dikeluarkan di akhir sesi pancingan di bawah cuaca yang terik untuk disiang, situasi ini sering dilihat tidak dikendalikan dengan baik. Ini mengakibatkan daging ikan menjadi lembik.
Gunakanlah kebijaksanaan anda. Proseslah tangkapan anda di tempat yang terlindung. Pastikan tangkapan anda berada dalam ais semasa anda memproses setiap ikan, sebelum menggantikan ikan yang telah dibersihkan ke dalam peti simpanan ikan itu.
Sememangnya berbaloi mencuci tangkapan dan peti simpanan, sebelum ikan diagih-agihkan. Tujuannya mempastikan ikan yang diproses sentiasa bersih. Ia lebih bersih dan kemas, jika persekitaran kerja turut bersih dan kemas.
Sebab itulah proses ini lebih baik dilakukan di rumah, bukannya di jeti. Di rumah, kita juga tak perlu tergesa-gesa dan dapat menguruskannya betul.
Jika ikan hendak disejuk beku, ia perlulah dibuang kesemua insang dan perutnya. Pastikan semua usus dan darahnya tidak tertinggal.
Ruang perut yang kosong sebaiknya digosok dengan berus bagi memanjangkan hayat simpanan. Selepas membasuh, pastikan air dibuang sebelum dibungkus untuk pembekuan.
Kalau daging ikan dilapah atau fillet untuk dibekukan, ianya hendaklah dibungkus dalam paket saiz hidang.
Kemudian labelkan ia dengan nama spesies dan tarikhnya menggunakan marker pen, sebelum disusun kemas dan rata dalam peti sejuk.
Penambahan maklumat tarikh menyenangkan anda untuk menguruskan bekalan, di mana ikan yang paling lama disimpan akan digunakan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya jangan simpan ikan anda terlalu lama dalam peti sejuk sehingga lebih 5 bulan. Sekiranya anda berniat untuk simpan beku sehingga 5 bulan, disarankan ia dibungkus dalam pek kedap udara.
Ataupun disimpan dalam beg sejuk beku khas, kemudian disusun dalam bekas sebelum direndam air. Dengan cara ini, air akan membeku dan menghalang ikan menjadi lecur beku.
Jika inginkan sambaran dari talang dengan kaedah jigging, jig perlu dimainkan secara laju. Ia adalah yang paling praktikal.
Manakala setting peralatan pula biarlah gunakan set yang ringan tetapi mampu bertahan supaya tidak letih jigging sepanjang hari.
Gunakan jig yang berat di bahagian bawah kerana ia lebih stabil apabila henjutan laju dilakukan. Jika jig tidak cukup laju, talang hanya akan mengekorinya sahaja hingga ke tepian bot.
Memang sakit hati dibuatnya apabila melihat kelibat talang ini hingga ke permukaan air.
Jika menggunakan gewang permukaan pula, aksi popper yang dihenjut secara perlahan lebih digemari talang. Ini adalah kerana karauan yang laju akan menyebabkan ia selalu tersasar dari menyambar popper.
Teknik popping dan casting ini sangat berkesan ketika talang frenzy mengerjakan anak-anak ikan. Sekiranya bertemu talang sedang frenzy, baling gewang setepat yang mungkin dalam kawanan talang yang sedang frenzy.
Mata kail yang tajam juga hendaklah digunakan kerana talang sering melompat apabila sudah terkena pancing. Lompatannya sering menyebabkan gewang terlepas kecuali mata yang berteras halus dan lebih tajam digunakan.
Gewang dan jig paling digemari talang yang pernah saya daratkan ialah Fina Jig (28gm,42gm dan 56gm), Jig O-Pass 28gm, Jig White Rabbit MJ5000, Rapala Troll to Minnow 15, X-rap Subsurface Walk-the-Dog 9 cm, Siam Spoon 16gm.
Ikan handalan ini mampu mengeluarkan tali pancing milik pemancing dengan mudah, memaksa joran aksi berat anda menerima tekanan berterusan, kemudian pemancing itu sendiri terpaksa minta bantuan, setelah tidak mampu lagi menangani berseorangan.
Para pemancing perlu ketahanan fizikal supaya dapat menyerap asakan solid ikan aya irip kuning ini. Malah ia diiktiraf sebagai salah seekor ikan gamefish paling popular buat kaki pancing. Sesetengah ikan ini boleh dikesan dengan kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba dan juga burung camar.
Apabila berjumpa fenomena ikan lumba-lumba berebut makanan di permukaan air, burung camar menujah dari atas ke dalam air manakala pada masa yang sama juga ikan-ikan aya akan menyerang mangsa dari bawah.
Ketiga-tiga pemburu ini mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain mengekori pergerakan anak ikan terutama bilis. Mereka berkongsi habuan hasil tanpa permusuhan di kalangan spesies ini.
Teknik Dan Umpan
Teknik hanyut, menunda dan pertengahan air paling mujarab memburu ikan aya kuning sesuai dengan sifatnya berlegar di pertengahan dan permukaan air. Usah dihulurkan umpan anda hingga dasar yang dalam. Jika ditinjau di beberapa kawasan tumpuan dunia memancing aya sirip kuning, setiapnya mengamalkan teknik pancing yang berbeza.
Teknik tradisional masih diamalkan secara meluas bagi tujuan komersial. Cara moden pula melibatkan kos tinggi dan kebanyakannya dipelopori oleh pemancing profesional dan pemancing bangsawan sahaja.
Jika diperhatikan cara tempatan dengan nelayan Maldives pula, saya rasa cara Maldives lebih senang dan mudah. Tangsi tidak perlu panjang hanya 7 hingga 15 kaki berbanding nelayan kita mengunakan satu gelung tangsi sama.
Cara mereka memanggil ikan datang rapat ke permukaan dan merembat terus ikan ke permukaan manakala cara tempatan pula menunggu ikan sama ada pertengahan dan permukaan air serta melayan dengan berhati-hati ketika bertarung dengan ikan.
Aya sirip kuning adalah sejenis ikan memburu secara berkumpulan. Mangsanya terdiri dari ikan-ikan pelagik juga turut sama mendiami kawasan laut dalam. Selain itu spesies aya lebih kecil juga sebahagian dari dietnya. Yang lain termasuklah sotong dan krustasia tapi sotong lebih banyak terutama ketika musimnya.
Selain dari itu ia mudah ditipu dengan pergerakan bulu putih (bulu itik) itik dan jig. Setengahnya menyambar kedua-dua umpan tiruan ini ketika perebutan mendapat makanan berlaku.
Peralatan pancing
Apakah peralatan pancing paling sesuai untuk ikan berskala purata 2 meter panjang dan berat hampir 100 kg berat? Selain menggunakan koyan berskala tangsi 200 lb?
Berhadapan dengan pecutan tiba-tiba, henjutan seluruh joran dan tekanan sepanjang masa membuatkan rami terfikir, ‘buat apa susah-susah pancing ikan terlalu besar… dapat pun susah sangat nak naikkan. Baik cari yang table size lagi bagus buat lauk!”
Bayangkan, bila anda mengetat habis sistem tegangan kekili atau drag, tapi tangsi masih ditarik keluar! Ketika inilah sesetengah pemancing terfikir betapa kerdilnya mesin tersebut berbanding dengan kekuatan ikan aya sirip kuning. Kekuatan ikan aya sirip kuning ketika merembat mata pancing tidak lama, sebelum ia lemah.
Aya sirip kuning akan bergegas melarikan tali pancing sebaik sahaja menelan umpan. Ketika membuat sentapan balas, ia akan menujah ke kawasan lebih dalam, bertahan sehingga ia letih. Setelah Puas ia mengeluarkan tangsi pemancing barulah ia mengikut arah masuk tangsi pula, ketika ini ia mudah dipujuk rapat ke arah bot sebelum ditewaskan.
Peralatan tugas berat seperti Penn International 50 SW, Shimano Tiagra , Shimano 50 TLD maupun Alutechnos, Accurate BOSS adalah kelas utama untuk bermain dengan speises aya ini.
Peralatan ini perlu mampu menyimpan tangsi yang panjang kekuatan minimum 50 paun mono atau 100 paun tali sulam. Perambut disyorkan adalah jenis clear minimum 70 paun. Saya biasa mengunakan perambut Berkley Big Game Leader 60 paun, 100 paun dan 150 paun.
Mata kail pula haruslah dari 6/0 hingga 12/0 yang kuat serta tajam. Jika berhajat 50 kg ke atas pemilihan mata kail dan perambut perlu diteliti dengan tepat. Anehnya nelayan luar masih ada mengunakan mata berskala 1/0, tetapi ia mampu mendaratkan specimen hampir lebih dari 50 kg. Tiada mustahil jika ada keyakinan tapi letihlah sikit sambil melayan dan berharap agar mata kail tidak patah atau lurus!.
Selain itu tali pinggang (fighting belt) dan penahan perut sekali (hardness) perlu disediakan sebagai alatan sampingan. Ada masa kita perlukan ia apabila bot yang disewa terutama bot nelayan tidak dilengkapi peralatan sampingan ini.
Akhir sekali ketahanan mental, fizikal dan isi poket amat diperlukan memandangkan belanja untuk mendakap spesies ini bukanlah murah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...