#10 – Racun blue-ringed octopus

Blue-ringed octopus atau sotong kurita gelang biru walaupun saiznya sebesar bola golf, namun ia merupakan hidupan laut yang paling beracun di dunia. Ia mudah ditemui di terumbu karang di Australia dan Jepun.

Walaupun nampak comel dan tak merbahaya, anda dinasihatkan tidak digalakkan berada dekat dengan haiwan ini.

Racunnya mengandungi tetrodotoxin, sejenis racun yang menyerang sistem saraf yang menyebabkan buta, loya, kerosakan sistem pernafasan, kelumpuhan dan kematian yang menyeksakan.

Racun krustasia ini cukup kuat untuk membunuh 26 orang dewasa dalam beberapa minit.

 

#9 – Sianida

Sianida adalah racun yang paling dikenali dan antara merbahaya di dunia. Ia sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian serta merta.

Sianida adalah bahan kimia yang boleh dibentuk menjadi gas yang tidak berwarna atau serbuk putih.

Mangsa keracunan sianida akan mengalami masalah pernafasan diikuti dengan pening dan loya yang dituruti dengan kematian.

Menariknya sianida boleh didapati pada buah aprikot. Namun jumlah sianida di dalam buah berkenaan amat sedikit dan tidak membunuh.

 

#8 – Racun cone snail

Setitik racun siput kon atau cone snail mampu membunuh 20 orang dewasa menjadikan ia antara makhluk paling merbahaya di dunia.

Siput kon menyuntik bisanya dengan menggunakan harpun. Walaupun saiz harpunnya kecil, ia sangat tajam sehingga mampu menembusi fabrik sut selam.

Terdapat kira-kira 600 spesies siput ini dan ia boleh didapati di kawasan perairan tropika di seluruh dunia.

Racun siput kon boleh menyebabkan hilang penglihatan, kegagalan sistem pernafasan, lumpuh dan kematian.

 

#7 – Strychnine

Siapa sangka bahan yang digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit pada masa dulu adalah bahan yang sangat beracun.

Strychnine tidak berwarna dan mempunyai rasa yang sangat pahit. Ia mampu membunuh seseorang dalam masa sejam.

Ia menyerang sistem saraf otak, melumpuhkannya sebelum menyerang sistem pernafasan sehingga menyebabkan mangsa mati lemas.

Pada 1800, strychnine dianggap sama seperti kafein dan ia digunakan atlet sebagai dadah untuk meningkatkan prestasi. Tetapi kini ia digunakan di dalam racun serangga dan racun tikus.

 

#6 – Racun box jellyfish

Obor-obor kotak ini sangat merbahaya kerana badannya lutsinar sehingga ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia boleh ditemui di perairan tropika di rantau Asia dan Australia.

Ia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang dan racun seekor obor-obor ini mampu membunuh 60 orang dewasa.

Sengat obor-obor ini sangat menyakitkan dan racunnya akan terus memasuki saluran darah mangsa.

Racunnya meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.

 

#5 – Gas mustard

Gas sulfur diberi gelaran gas mustard kerana warna kuning bercampur coklatnya dan bau seperti mustard atau horseradish (lobak pedas).

Saintis Jerman menghasilkan gas ini pada Perang Dunia Pertama untuk digunakan sebagai senjata melumpuhkan sejumlah besar angkatan tentera.

Gas ini boleh menembusi pakaian dan menyebabkan kulit terbakar serta melecet dan mengganggu sistem pernafasan. Gas ini juga boleh menyebabkan kanser.

 

#4 – Racun stonefish

Ikan batu adalah ikan paling beracun di dunia. Ia boleh ditemui di perairan Australia. Tapi jangan fikir anda boleh selamat lepak di tepi pantai sahaja kerana ikan ini boleh hidup di darat selama 24 jam.

Belakang ikan ini mempunyai 13 duri yang akan menyuntik racun ke dalam badan mangsa. Kebanyakan kes keracunan ikan batu disebabkan terpijak haiwan berkenaan.

Racun ikan ini menyebabkan bengkak, kelumpuhan dan sudah tentu kematian. Racun ikan batu sangat menyakitkan sehingga ada kes mangsa merayu doktor untuk memotong kakinya.

 

#3 – Racun Indian red scorpion

Kala jengking ini amat mudah ditemui dan kebanyakannya tinggal di India, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka.

Ia didakwa kala jengking paling merbahaya di dunia dan bertanggungjawab dengan kes kematian yang banyak setiap tahun melibatkan kanak-kanak.

Satu sengatan kala jengking ini mampu menyebabkan berpeluh tidak menentu, muntah, mulut berbuih dan pitam.

Jika tidak dirawat serta-merta, racun kala jengking ini akan menyerang jantung dan paru-paru sehingga menyebabkan kematian.

 

#2 – Botox

Bahan kimia paling bertoksik di dunia adalah botulinum atau lebih dikenali sebagai botox. Ia boleh ditemui pada tanah, habuk dan makanan dalam tin yang tercemar.

Ia cukup merbahaya sehingga satu sudu teh botox mampu membunuh satu bilion manusia.

Dalam rawatan kosmetik, dos botulinum sangat kecil untuk melumpuhkan otot muka yang menyebabkan kedutan.

Jika diambil dos berlebihan, ia akan menyerang sistem saraf otak menyebabkan penglihatan kabur, loya, serangan jantung dan lumpuh seluruh badan.

 

#1 – Arsenik

Arsenik adalah bahan mineral yang digunakan dalam bateri kereta dan racun serangga. Arsenik banyak sejarah hitam kerana ia digunakan kebanyakan pembunuh pada masa dulu kerana ia amat mustahil untuk dikesan.

Jumlah kecil arsenik mampu mengakibatkan demam kuning dan ruam. Tetapi dos yang banyak boleh mengakibatkan mangsa keracunan mengalami kesakitan melampau, muntah dan cirit birit.

Dalam masa beberapa jam mangsa boleh koma, kerosakan sistem peredaran darah yang akan menyebabkan kematian.

Keracunan arsenik bukan boleh didapati dalam kes pembunuh dan dendam saja. Kini sebanyak 140 juta manusia di 70 buah negara diancam keracunan arsenik daripada air yang tercemar.

Ini kerana arsenik terhasil di dalam air bawah tanah dan menjadi amat merbahaya jika perigi digali terlalu dalam dan air berkenaan digunakan tanpa menjalani rawatan air.

 

Tinggalkan Komen