Memang betul! Mungkin tidak ramai diantara kita mengenali marfologi dan taksonomi serta habitat haiwan ini yang merupakan sejenis serangga dalam habitat semulajadi.

 

Lintah bulan (Arion sp) atau slugs merupakan sejenis haiwan dalam kumpulan Molluska Gastropod yang terdapat di kawasan lembab. Ia tidak mempunyai cengkerang atau mempunyai sedikit cengkerang. Lintah bulan wujud di darat dan di laut, dan ada juga satu genus slug air tawar, Acochlidium.

 

Perkataan lintah bulan lazimnya digunakan untuk merujuk lintah bulan tanah, manakala lintah bulan juga berada dari laut atau dari air tawar biasanya dirujuk sebagai lintah bulan laut atau lintah bulan air tawar.

 

Lintah Bulan Boleh Buat Umpan…Biar Betul!

 

Sesetengah jenis lintah menghisap darah tetapi kebanyakan lintah juga tidak menghisap darah, seperti spesis lintah bulan.

 

Bagi Orang Asli laut dipanggil lintah laut atau melat atau  Lintah Laut, dan kebanyakan para nelayan amat berminat menggunakan lintah bulan ini bagi merawai ikan dasar bermisai terutama sembilang.

 

Bagi kebanyakan para pemancing, masih ramai yang tidak tahu spesies lintah bulan ini kerana tiada info yang memaklumkan spesies ini boleh dijadikan umpan memancing yang mana ia digemari oleh sang sembilang.

 

Lintah Bulan Boleh Buat Umpan…Biar Betul!

IKLAN

 

Bagi mereka yang telah menggunakan umpan ini pasti berpuas hati kerana hasil yang diperoleh amat berbaloi.

 

Lintah bulan ini merupakan diet makanan ikan-ikan dasar seperti ikan duri, belukang, mayung dan sembilang.

 

Ia juga digemari oleh pengacau umpan seperti sesirat. Harus diingat juga, di mana ada sesirat pasti ada sembilang kerana kedua-dua spesies ini mendominasi persekitaran yang sama.

 

Lintah Bulan Boleh Buat Umpan…Biar Betul!

 

Pemilihan perambut dan teknik

 

IKLAN

Menggunakan tali berkekuatan 30lb sudah memadai. Mata kail bersaiz 6 atau tidak terlalu kecil kerana  sembilang bermulut besar, andai mata kail kecil khuatir mata kail akan rabut dari mulut sembilang.

 

Boleh menggunakan Teknik batu hidup dan batu mati. Jika memancing di atas bot atau rumah rakit, teknik batu mati amat sesuai kerana pemancing tidak perlu lontar, sekadar hulur umpan ke bawah.

 

Lintah Bulan Boleh Buat Umpan…Biar Betul!

 

Teknik memasang umpan lintah bulan

 

Cangkuk mata kail di bawah badan lintah bulan yang lembut (badan atasnya yang kasap) kerana boleh memanjangkan hayatnya. Ia juga membantu mata kail untuk mudah tercangkuk dalam mulut ikan.

 

IKLAN

Bagaimana mencari lintah bulan?

 

Ia mudah dikesan melekap pada celahan batu atau lumpur pantai sewaktu air surut atau melekap pada pangkal-pangkal pokok bakau atau pelepah pokok nipah.

 

Pemancing boleh mencari di perairan pantai berlumpur seperti tebing sungai, melekap di pangkal pokok bakau, pelepah nipah, di bawah batu-batu atau di atas lumpur berpasir.

 

Lintah Bulan Boleh Buat Umpan…Biar Betul!

 

Waktu sesuai untuk mencarinya ialah ketika air surut. Ia juga boleh didapati semasa air gerak pasang kerana ia akan bergerak mencari tempat kering dari air laut walaupum habitatnya di tempat lembab.

 

Pastikan juga anda membawa bekas umpan hidup bagi memastikan umpan lintah bulan dibawa pulang dalam keadaan sentiasa hidup dan segar.

 

Dan waktu paling sesuai untuk mendapatkannya dengan banyak adalah pada waktu MALAM HARI… sesuai dengan namanya lintah bulan. Maka luangkanlah masa pada waktu malam untuk mencari lintah bulan ini.

 

(Rujukan bersama: Zulkiffleeh.blogspot.com)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI