SOALAN:

Admin… boleh tak beritahu cara-cara bagaimana untuk mengendalikan pari yang telah didaratkan supaya ia dapat dilepaskan kembali tanpa mengalami sebarang kecederaan?

baca juga   apa beza gewang & rapala?

 

JAWAPAN:

Cara paling selamat untuk melepaskan kembali pari tanpa sebarang kecederaan adalah dengan tidak memancingnya.

Ini kerana, apabila mata kail tercangkuk pada mulutnya ia sudah mencederakannya. Bertenang… hehe. Admin cuma bergurau!

IKLAN

 

Cara selamat mengendalikan pari ialah dengan menggunakan tangguk atau sauk. Jangan pula menggunakan pencangkuk kerana ia jelas akan mencederakan pari tersebut.

Namun penggunaan tangguk akan berisiko pula kepada anda. Oleh yang demikian, berhati-hatilah jangan sampai ada anggota badan anda tertusuk dek sengat pari.

 

IKLAN

Jika tiada tangguk dan anda memancing di pantai, anda boleh mengheret pari tersebut ke pantai dengan memegang bahagian ekornya.

Kemudian terbalikkan pari tersebut, keluarkan mata kail yang tercangkuk pada mulutnya dan bolehlah bebaskannya dengan selamat.

 

Jika mata kail berada jauh di dalam tekaknya dan sukar untuk dikeluarkan, potong sahaja perambut di bahagian paling dekat dengan mulutnya.

IKLAN

Kebanyakan mata kail boleh terurai dengan cepat di dalam air masin dan terdapat ujian yang menunjukkan bahawa ikan yang dilepaskan dengan cara ini menjamin kelangsungan hidup mereka.

 

Seperkara lagi jangan sesekali mematahkan duri sengatnya jika ingin dilepaskan kembali. Sengat itu merupakan senjatanya untuk memburu dan juga mempertahankan diri dari pemangsa.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI