Bagi peminat jigging, aplikasi teknik ini sememangnya memerlukan peralatan yang tinggi kosnya. Selain harga jig itu sendiri mahal, perlu juga menyediakan assist hooks. Ia memang ada dijual, tetapi harganya juga mahal, walhal ia sebenarnya begitu mudah dibuat sendiri. Tambahan pula, aksesorinya banyak dijual.

Terdapat banyak cara, orang membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.

 

Bahan Keperluan:

 

Tali sulam 80 lb

Mata kail octopus

Split ring saiz 4-5

Shrink tube

 

IKLAN

Cara Menghasilkannya:

 

Langkah 1

Panjangnya tali dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat. Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Assist Hook Bajet *

 

IKLAN

Langkah 2

Masukkan split ring di tengah-tengahtali tersebut dan simpulkan pada satu arah.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Assist Hook Bajet *

 

Langkah 3

Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar dibawah.

IKLAN

Panaskan shrink tube dengan lighter dan jig kevlar tersebut boleh digunakan bersama jig besi serta merta.

Cara ini juga boleh digunakanjika anda mempunyai tali kevlar yang dikhaskan untuk jigging.

 

Kelas Asas Memancing – Ikatan Assist Hook Bajet *

 

Langkah 4

Mudah bukan. Kurang 5 minit untukmenyediakan assist hooks.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Assist Hook Bajet *

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI