Admin, boleh tak berikan satu contoh besi pancang yang sesuai untuk memancing pantai? Kalau boleh berikan jugak cara-cara nak buat sendiri besi pancang tu.
Tidak dinafikan lagi untuk memancing pantai, pancang adalah salah satu perkakas penting yang perlu dibawa. Malah wajib bawa.
Tak boleh tak bawa. Tanpa pancang mustahil nak memegang joran yang panjang sepanjang masa.
Ads
Kadangkala pancang yang terjual tidak berapa kukuh bila dipacak ke dalam pasir. Untuk mengelakkan joran tumbang bila ditarik ikan, anda boleh mengubah suai pancang yang
dibeli dari kedai atau membuat pancang khas untuk pancingan pantai mengikut kesesuaian joran anda.
Anda cuma perlu mencari besi bulat dan padat, panjang mengikut kesesuaian pemegang joran.
Ads
Kemudian perlu sediakan batang paip sekurang-kurangnya 1 inci lebh atau mengikut ukur lilit pemegang joran.
Akhir sekali anda perlukan pelapik skru (washer). Anda boleh membuat pancang ini di kedai-kedai welding seperti kedai pembuat pagar dan sebagainya. Terangkan pada tukang besi jenis pancang yang anda ingin buat.
Sediakan gambarajah menerangkan cara untuk membuat pancang, cuba tunjuk pada tukang welding dan jelaskan padanya.
Ads
Pasti mereka tahu bagaimana untuk membuatnya. Sebaiknya bawa sekali joran anda kemudahan bahan rujukan.
Boleh tak admin beri perbezaan ketara antara ikan pari dengan ketuka? Kadang-kadang saya konfius kerana menyangka ikan ketuka ialah anak pari.
JAWAPAN:
Walaupun mengenal ikan boleh dikatakan perkara asas untuk memancing tetapi percayalah masih ada yang memerlukan penjelasan mengenai perbezaan spesies ikan yang ada di Malaysia.
Kita akan berbicara tentang perbezaan antara spesies pari dan ketuka memandangkan masih ada yang beranggapan bahawa ketuka itu ialah anak kepada ikan pari walaupun ia sebenarnya bukan.
Ada 2 perbezaan ketara yang boleh membezakan kedua-dua spesies ini iaitu saiz dan ekornya:
Ekor
Ini adalah perbezaan yang paling ketara untuk menentukan beza pari dan ketuka. Tidak seperti spesies pari yang berekor panjang (kecuali pari kelawar), ketuka hanya mempunyai ekor yang pendek sahaja, iaitu kira-kira sejengkal dari jari manusia. Namun harus diingat kedua-dua spesies ini mempunyai sengat yang sama di pangkal ekor. Oleh itu sentiasalah berwaspada ketika mengendalikannya.
Saiz
Umum tahu bahawa ikan pari mempunyai saiz yang besar berbanding ketuka. Ketuka sememangnya sejenis spesies yang tidak membesar seperti ikan pari. Menurut pengalaman peribadi penulis, ketuka yang paling besar pun sekitar 500 gram sahaja, tidak seperti pari yang mampu menjangkau saiz puluhan kilogram.
Mohon penjelasan sikit tentang konsep sebenar tangkap dan lepas (CnR). Saya ada mendengar konsep tangkap dan lepas ni kena lepaskan ikan yang besar saja. Betul tak admin?
JAWAPAN:
Betul, betul dan memang betul apa yang anda dengar tersebut. Cuma mungkin anda tak dengar habis saja. Jika dinamakan konsep tangkap dan lepas sepatutnya bukan ikan yang besar sajalah yang wajib dilepaskan, ikan yang kecil pun kena lepaskan jugak.
Katakanlah seorang pengamal konsep tangkap dan lepas dapat ikan kecil (biasanya memang dapat kecil pun) takkan ikan tersebut nak tapau sedangkan hukum tapau adalah ‘HARAM’ bagi seorang pengamal konsep tangkap dan lepas?
Yang sebenarnya dalam konsep tangkap dan lepas, melepaskan ikan yang besar atau matang merupakan langkah yang lebih berkesan berbanding melepaskan ikan kecil.
Ini kerana, secara saintifiknya, melepaskan induk matang akan meningkatkan peratusan untuk induk itu melahirkan ribuan malah jutaan anak ikan kecil, sedangkan ikan yang kecil belum tentu akan dapat membesar menjadi induk yang baik.
Tapi apa yang berlaku kat Malaysia ni kebanyakannya terbalik. Boleh dikatakan kebanyakan ikan yang kecil dilepaskan semula walaupun oleh bukan pengamal tangkap dan lepas.
Alasannya mudah, ikan kecil buat apa nak ambik. Atau untuk beri peluang ikan tersebut membesar dan akan bertarung lagi bila dah besar nanti.
Sering kali saya melihat kaki pancing memakai cermin mata jenis polarized ketika memancing. Apakah fungsi cermin mata ini atau sekadar untuk bergaya?
Jawapan:
Cermin mata jenis polarized sebenarnya merupakan aksesori memancing yang sangat berguna kepada pemancing.
Jika sekadar bergaya sekali pun ia tetap penting kerana bergaya ketika memancing itu satu motivasi. Gaya itu meningkatkan keyakinan. Biar nampak bergaya walaupun pun kumpau.
Sebenarnya cermin mata polarized membantu kepada kaki pancing terutama kaki casting. Khususnya ketika memancing pada waktu panas terik.
Fungsi utama cermin mata polarized ialah penghalang kepada pancaran terus sinar UV.
Selain itu, pemakaian cermin mata polarized dapat mengelakkan mata anda keletihan akibat cuaca panas selain membantu anda menentukan dengan lebih tepat kedudukan ikan ‘boiling’ pada permukaan air.
Malah, aspek keselamatan juga memainkan peranan dalam pemakaian cermin mata hitam polarized.
Lebih-lebih lagi apabila memancing dengan menggunakan gewang atau jig.
Setidak-tidaknya cermin mata polarized ini menjadi perisai kepada mata terhadap mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...