VEMP: Saya mula memancing seawal umur 9 tahun. Seperti kebanyakan pemancing, saya juga memancing kerana faktor genetik.
Disebabkan selalu mengikut arwah ayah saya memancing, lama-kelamaan minat memancing terus melekat dalam jiwa saya.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara?
Ads
VEMP: Saya mula terjebak dengan pancingan muara kira-kira 4 hingga 5 tahun yang lalu.
Sebelum ini saya lebih banyak memancing pancingan air tawar. Sungai, tasik, kolam… semuanya saya layan.
Tetapi bila terlibat dengan pancingan muara ini baru saya dapat rasakan bahawa jiwa saya lebih kepada pancingan muara.
UMPAN: Rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
VEMP: Saya memegang konsep tiada alasan untuk memancing. Secara tidak langsung ia menjadikan sebarang rintangan atau cabaran itu seperti perkara biasa yang perlu dihadapi.
Ads
Harapan saya… saya ingin perluaskan lagi ilmu dalam pancingan muara ini. Pancingan muara ini terlalu luas umpama muara itu sendiri.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?
VEMP: Ada orang yang anggap kumpau itu sebagai pengalaman pahit tetapi saya tidak. Kumpau itu indah sebenarnya.
Pengalaman pahit yang sebenar ialah bila tidak dapat pergi memancing tatkala ikan-ikan mega sudah masuk ke lubuk harian.
Ads
Pengalaman manis itu bila dapat pergi memancing dan lebih manis lagi bila dapat tarik ikan-ikan bersaiz besar seperti senohong atau pari.
UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk menceburi bidang pancingan muara, apakah peralatan yang perlu saya ada?
VEMP: Dua peralatan utama yang perlu ada ialah rod panjang seperti 10kaki ke 15kaki… mesin size 6000 ke atas yang gear ratio tinggi dan laju.
Selain daripada itu alatan biasa yang boleh digunakan untuk pancingan lain juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pemancing legenda seharusnya seorang yang mempunyai kisah yang hebat dan mampu ‘memancing’ pemancing lain ke arah sukan memancing. Malah, dalam masa yang sama memberikan inspirasi kepada pemancing lain selain daripada sumbangan mereka dalam memartabatkan sukan memancing itu sendiri. Mereka inilah selayaknya digelar ‘pemancing kepada pemancing’.
Jika dilihat rekod daripada IGFA (International Game Fish Association), ramai yang memang terbukti hebat dalam sukan memancing malah mereka juga lahir dari pelbagai bidang seperti penulisan, sains, telekomunikasi dan perniagaan. Mari kita lihat antara lima pemancing legenda dunia.
Ted Williams (California, Amerika Syarikat / 30 Ogos 1918 – 5 Julai 2002)
Legenda baseball yang juga seorang juruterbang jet pejuang merupakan salah seorang legenda dalam sukan memancing. Dia dikenali sebagai salah seorang pemancing terbaik bagi kedua-dua perairan air masin dan air tawar.
Ted mula terjun dalam dunia memancing ketika dia diletakkan di Florida ketika Perang Dunia II sebagai juruterbang. Selepas perang, dia sering kembali ke sana di luar musim semata-mata untuk memancing. Dalam sejarah hidupnya, Ted dikatakan memancing begitu banyak spesies ikan.
Ted juga telah mendaratkan ribuan daripada tiga spesies kegemarannya yang dianggapnya ‘big three’ iaitu tarpon, bonefish dan Atlantic salmon. Kebanyakan ikan yang dipancing oleh Ted akan dilepaskan kembali. Ted juga merupakan pengumpul gewang tegar malah dia juga mempunyai barangan pancingnya sendiri.
Curt Gowdy (31 Julai 1919 – 20 Februari 2006)
Curt Gowdy pada asalnya merupakan seorang pengacara sukan. Bagaimanapun bidang pengacaraan sukan dan keghairahan dalam sukan memancing amat berkait rapat. Curt Gowdy mula mempelajari teknik fly fishing ketika dia merupakan pengacara di kelab Yankees. Dia memancing ikan tarpon ketika di Sarasota bersama pasukan Red Sox.
Gowdy bertanggungjawab dalam membawa pertandingan memancing ikan trout ke rancangan “Wide World of Sports” di saluran ABC. Lantas membuatkan rancangan yang diberi nama “The American Sportsman” ini merupakan rancangan pertama tentang memancing di kaca televisyen. Gowdy sendiri menjadi pengacara dalam rancangan tersebut.
Selama lebih 20 tahun dan telah memancing bersama ramai selebriti di pelbagai lokasi memancing terbaik seluruh dunia. Gowdy juga menerima anugerah tertinggi bidang pengacaraan sukan sebagai pemancing dan juga pemuliharaan ikan.
Michael Lerner (1891 – 1978)
Michael Lerner merupakan pemilik bagi pengedar dalam industri tekstil di serata dunia. Walau bagaimanapun, Michael Lerner merupakan seorang pemancing yang unggul dan telah banyak menyumbang dalam kancah memancing yang digilainya.
Lerner dan isterinya iaitu Helen telah memancing di pelbagai lapangan pancing yang terbaik termasuk memancing marlin biru (blue marlin) di Bimini, striped marlin dan swordfish di Chile, black marlin di Australia dan New Zealand, swordfish di Peru serta pelbagai spesies tuna di Nova Scotia.
Selain pernah memancing di pelbagai lokasi terbaik, Lerner juga merupakan pengasas IGFA (International Game Fish Association). Selain itu, Lerner juga telah menguruskan dan menyumbang dana ekspedisi bersama saintis American Museum of Natural History ke Cape Breton, Bimini, Australia, New Zealand, Peru, Chile dan Ecuador yang merupakan sumbangan berharga dalam industri memancing dan sains marin serta pemuliharaan.
Tommy Gifford (1896 – 1970)
Apabila bercakap tentang pancingan lautan atau big-game bluewater angling, dikatakan bahawa tiada kapten atau tekong yang lebih baik berbanding Tommy M. Gifford. Gifford mempunyai pengalaman laut dalam lebih 50 tahun sepanjang karier memancingnya.
Dalam jangka masa tersebut, Gifford telah membangunkan ensiklopedia tentang ilmu memancing dan telah pun mendapatkan reputasi yang tinggi dalam mendaratkan tangkapan rekod yang membolehkannya mendapat gelaran legenda setaraf dengan Ernest Hemingway, Michael Lerner, Charlie Lehman dan Van Campen Heilner.
Gifford mahir dalam inovasi peralatan memancing dan terkenal dengan kemahirannya mengubahsuai alatan memancing mengikut keperluannya. Kebanyakan peralatan memancing kini juga hasil daripada kemahiran ubah suai Gifford. Dia juga merupakan antara pemancing terawal menggunakan teknik layang-layang atau kite-fishing.
Ernest Hemingway (21 Julai 1899 – 2 Julai 1961)
Mungkin tiada pemancing sehebat Santiago, yang bertarung beberapa hari dengan tangkapan terbesar dalam hidupnya iaitu seekor marlin biru berukuran 18 kaki.
Santiago adalah seorang karakter pemancing terkenal dalam “Old Man and the Sea” , sebuah novel memancing terkenal yang ditulis oleh Ernest Hemingway. Namun begitu, Ernest Hemingway yang merupakan penulis novel fiksyen tersebut diakui legenda dalam kelas tersendiri dalam dunia memancing.
Hemingway atau digelar sebagai ‘Papa’ belajar mengenal dunia memancing sejak dari kecil bermula dengan pancingan trout bersama bapanya di Tasik Michigan. Menjejak dewasa, Papa menjadi pemancing yang dihormati, pernah menaiki bot kecil di Key West dan Cuba untuk bertarung dengan big fish seperti marlin, barracuda, sailfish dan tuna.
Itu belum termasuk memancing jerung yang mana Hemingway menganggap hadiah sebenar dalam memancing terletak di hujung tali pancing. Novel “Old Man and the Sea” juga merupakan novel terkenal dan pernah memenangi hadiah Nobel pada tahun 1954.
Curt Gowdy pada asalnya merupakan seorang pengacara sukan. Bagaimanapun bidang pengacaraan sukan dan keghairahannya dalam sukan memancing amat berkait rapat.
Curt Gowdy mula mempelajari teknik fly fishing ketika dia merupakan pengacara di kelab Yankees. Dia memancing ikan tarpon ketika di Sarasota bersama pasukan Red Sox.
Gowdy bertanggungjawab dalam membawa pertandingan memancing ikan trout ke rancangan “Wide World of Sports” di saluran ABC.
Lantas membuatkan rancangan yang diberi nama “The American Sportsman” ini merupakan rancangan pertama tentang memancing di kaca televisyen.
Gowdy sendiri menjadi pengacara dalam rancangan tersebut.
Selama lebih 20 tahun dan telah memancing bersama ramai selebriti di pelbagai lokasi memancing terbaik seluruh dunia.
Gowdy juga menerima anugerah tertinggi bidang pengacaraan sukan sebagai pemancing dan juga pemuliharaan ikan.
Curt Gowdy State park
Michael Lerner merupakan pemilik bagi pengedar dalam industri tekstil di serata dunia. Walau bagaimanapun, Michael Lerner merupakan seorang pemancing yang unggul dan telah banyak menyumbang dalam kancah memancing yang digilainya.
Lerner dan isterinya iaitu Helen telah memancing di pelbagai lapangan pancing yang terbaik termasuk memancing marlin biru (blue marlin) di Bimini, striped marlin dan
swordfish di Chile, black marlin di Australia dan New Zealand, swordfish di Peru serta pelbagai spesies tuna di Nova Scotia.
Selain pernah memancing di pelbagai lokasi terbaik, Lerner juga merupakan pengasas IGFA (International Game Fish Association).
Selain itu, Lerner juga telah menguruskan dan menyumbang dana ekspedisi bersama saintis American Museum of Natural History ke Cape Breton, Bimini, Australia, New
Zealand, Peru, Chile dan Ecuador yang merupakan sumbangan berharga dalam industri memancing dan sains marin serta pemuliharaan.
Apabila bercakap tentang pancingan lautan atau big-game bluewater angling, dikatakan bahawa tiada kapten atau tekong yang lebih baik berbanding Tommy M. Gifford.
Gifford mempunyai pengalaman laut dalam lebih 50 tahun sepanjang karier memancingnya.
Dalam jangka masa tersebut, Gifford telah membangunkan ensiklopedia tentang ilmu memancing dan telah pun mendapatkan reputasi yang tinggi dalam mendaratkan
tangkapan rekod yang membolehkannya mendapat gelaran legenda setaraf dengan Ernest Hemingway, Michael Lerner, Charlie Lehman dan Van Campen Heilner.
Gifford mahir dalam inovasi peralatan memancing dan terkenal dengan kemahirannya mengubahsuai alatan memancing mengikut keperluannya.
Kebanyakan peralatan memancing kini juga hasil daripada kemahiran ubah suai Gifford. Dia juga merupakan antara pemancing terawal menggunakan teknik layang-layang atau kite-fishing.
Mungkin tiada pemancing sehebat Santiago, yang bertarung beberapa hari dengan tangkapan terbesar dalam hidupnya iaitu seekor marlin biru berukuran 18 kaki.
Santiago ialah seorang karakter pemancing terkenal dalam “Old Man and the Sea” , sebuah novel memancing terkenal yang ditulis oleh Ernest Hemingway.
Namun begitu, Ernest Hemingway yang merupakan penulis novel fiksyen tersebut diakui legenda dalam kelas tersendiri dalam dunia memancing.
Hemingway atau digelar sebagai ‘Papa’ belajar mengenal dunia memancing sejak dari kecil bermula dengan pancingan trout bersama bapanya di Tasik Michigan.
Menjejak dewasa, Papa menjadi pemancing yang dihormati, pernah menaiki bot kecil di Key West dan Cuba untuk bertarung dengan big fish seperti marlin, barracuda, sailfish dan tuna.
Itu belum termasuk memancing jerung yang mana Hemingway menganggap hadiah sebenar dalam memancing terletak di hujung tali pancing. Novel “Old Man and the Sea” juga merupakan novel terkenal dan pernah memenangi hadiah Nobel pada tahun 1954.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
KAPTEN: Memancing ni sudah menjadi sebahagian daripada darah daging saya sejak kecil lagi. Anak kampung katakan… sentiasa bergelumang dengan sawah padi.
Bila meningkat dewasa saya mula menceburi bidang surf. Bila saya dapati dunia surf ni boleh menjana pendapatan, saya dengan serius mula join setiap pertandingan yang diadakan. Dari hobi bertukar menjadi satu kerja pula.
Pada saya hobi memancing ni merupakan terapi minda yang terbaik bagi seorang surfcaster. Bila boleh ngail… hilang sekejap masalah yang wujud.
Hobi memancing ni merupakan satu hobi yang sangat berfaedah. Sama ada ngail suka-suka ataupun sebaliknya. Kita akan dapat merasa satu nikmat… satu kepuasan yang hakiki.
Kepada yang bukan kaki pancing… mereka punya hobi yang tersendiri. Mereka saja yang tahu akan kenikmatan hobinya itu. So, tolong jangan kecam hobi kami.
UMPAN: Sejak bila pula Kapten terlibat dengan surfcasting?
KAPTEN: Saya sudah terlibat dengan dunia surfcasting ini lebih kurang 30 tahun. Saya lebih serius dengan surfcasting ini dalam 20 tahun lalu.
Sejak itu saya mula menjadi pemancing tegar. Menubuhkan group King Of Surcasting Clinic (KOSC) dengan harapan dapat mendidik dan mengajar bab surfcasting ni. KOSC merupakan laman saya mengajar dunia surf fishing.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan Kapten dalam meneruskan hobi ini?
KAPTEN: Sebagai pemancing tegar, memang ada rintangan yang saya hadapi. Walaupun tak banyak, Ianya tetap ada.
Kebanyakan rintangan sebagai seorang sufcaster ia bermula dari peringkat awal menceburi bidang surf ini.
Macam mana kita nak berkawan dengan surfcaster yang lain. Mendapatkan peralatan memancing yang betul-betul sesuai dengan kita.
Ceteknya ilmu surf… hasad dengki surfcaster yang lain pada kejayaan kita… fitnah yang dilemparkan pada saya. Semua rintangan ini saya terpaksa lalui dari dulu hingga sekarang.
Manakala harapan saya pula… pertandingan memancing merupakan pemangkin semangat buat semua surfcaster.
Tanpa pertandingan memancing, surfcaster mungkin berkurang. Pertandingan memancing merupakan pencetus semangat buat semua yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi ini.
UMPAN: Boleh tak Kapten ceritakan sedikit pengalaman pahit manis sepanjang menceburi bidang surfcasting ini?
KAPTEN: Memang banyak pengalaman manis saya bila bergelar pemancing tegar ini. Sehingga kini rekod peribadi pari terbesar yang saya daratkan ialah 52kg. Banyak jugak kejayaan yang telah saya capai. Antara kejayaan saya;
Menjuarai Grand Slam Berita Harian dengan memenangi sebuah kereta Myvi.
Memenangi pertandingan memancing selama 4 minggu berturut-turut.
Menjuarai pertandingan Berita Harian sebanyak 2 kali.
Grand slam Berita Harian pernah juga menjadi naib johan.
Hadiah paling besar saya dapat RM55,000.00 di pertandingan Pantai Puteri.
Sementara pengalaman pahit pun banyak juga. Antaranya…
Saya pernah dituduh menggunakan khidmat hantu laut sebab selalu jadi juara.
Saya pernah diharamkan memasuki pertandingan di sebuah negeri, gara-gara fitnah saya guna khidmat hantu.
Ikan saya juara tetapi kena tipu dengan ikan tambat, game di Pantai Punggur
Pernah kereta tersadai nak pergi game… terus balik tak jadi join game.
Pernah bergaduh dengan surfcaster yang lain disebabkan soal pancang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...