Nama : Syafiq Ikhwan Zainal Amri

Nama sosmed : Syafiq Ikhwan

Nama produk : Gladius

 

UMPAN : Sejak bila bergelar usahawan produk memancing?

SYAFIQ : Saya masih baru lagi dalam bidang ini. Belum layak bergelar usahawan pun. Saya buat pun lebih kepada suka-suka saja.

Ia bermula sejak pertengahan tahun lepas (2018). Belum sampai setahun pun. Pada mulanya saya hanya menjual satu jenis soft plastic iaitu Gladius Seluang.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

Selepas mendapat permintaan, saya mula menambah produk jualan seperti Gladius T tail dan Gladius braid x4. Sekarang dalam perancangan untuk menambah lagi produk untuk brand Gladius.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?

SYAFIQ : Aktiviti memancing merupakan hobi saya sejak kecil. Pada mulanya ia hanyalah sebagai hobi untuk mengisi masa terluang saja.

Tapi lama kelamaan saya dapati aktiviti ini mula mendapat tempat di negara kita. Permintaan terhadap lure dan keperluan barangan pancing lain semakin tinggi.

Rugi rasanya jika saya tidak mengambil peluang ini. Sejak itu saya mula menceburi bidang ini secara kecil-kecilan.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit rintangan dan harapan anda pada produk ini?

SYAFIQ : Pada peringkat awal agak sukar kerana kekurangan modal. Mulanya saya hanya menyediakan 300 paket untuk jualan. Dari keuntungan jualan tersebut saya gunakan untuk menambah produk.

Selain itu persaingan dengan jenama lain yang lebih senior dan berpengalaman dalam bidang ini jugak memberi cabaran untuk saya membuat jualan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan support dari keluarga dan rakan-rakan produk saya mula mendapat sambutan.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

Dari segi harapan tentulah saya berharap produk saya ini bukan saja terus kekal di pasaran malah turut menepati cita rasa pengguna.

Tidak guna juga jika produk sekadar berada di pasaran tetapi tidak mendapat tempat di hati pengguna.

Dalam erti kata lain, saya berharap produk Gladius ini turut menjadi penyumpang kejayaan seseorang pemancing.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

UMPAN : Boleh ceritakan apa kelebihan produk anda ini?

SYAFIQ : Umumnya kita tahu soft plastic mempunyai pelbagai bentuk dan material. Untuk produk Gladius Seluang dan Gladius T Tail, saya menggunakan material berkualiti yang memberikan kekenyalan dan lebih liat dengan harga yang murah dan mampu milik.

Begitu juga dengan Gladius braid X4, saya menawarkan harga yang murah untuk kualiti yang terbaik.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

 

UMPAN : Akhir sekali, boleh anda ceritakan sedikit pengalaman memancing?

SYAFIQ : Sejak kecil lagi saya sudah terdedah dengan aktiviti memancing. Boleh dikatakan dalam keluarga saya memang meminati aktiviti ini.

Kalau balik kampung memang ini la aktiviti bersama adik beradik dan sepupu. Semakin meningkat usia saya mula mempelajari teknik dan jenis pancingan dan berkenalan dengan orang yang lebih arif dalam bidang ni.

Dalam aktiviti memancing terdapat pelbagai jenis pancingan dan yang saya gemari buat masa ni jenis casting dan bottom.

 

IKON : Usahawan muda – Produk lokal Gladius

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI