Pada pendapat korang, patut ke organ haiwan seperti perut ayam ini wajar atau tidak wajar untuk terus digunakan?

 

SYIDI BAIK

“Tidak wajar…! Penggunaan organ haiwan akan menyebabkan masalah bau dan mengundang lalat. Jijik tau tak jijik…! Yuckkk!”

 

SHAH ZI

“Tidak wajar. Sampah pun malas nak buang dalam tong sampah. Ni lagi la organ haiwan yang baunya menusuk kalbu dan non halal pulak tu.”

 

 

 

HALIM BAHRIN

“Wajar… sebab kita dah bayar untuk memancing. Kenapa harus sekat umpan para pemancing?”

 

LAKSAMANA AWAN

“Kebanyakan kolam memancing sekarang memang dah tak dibenarkan guna umpan organ dah. Apa lagi kalau waktu pertandingan, marshal dok perati je… ni area Klang Selangor la. Area lain tak tau la.”

IKLAN

 

RAYMOND GANYA

“Wajar… kalau di tempat aku memang lumayan hasil tangkapan. Saiz memang memuaskan… memang terkejut ketika umpan disentap.”

 

LAN RUSLAN

“Boleh jer… jangan banyak syarat kalau pancing kolam bayar. Kalau banyak syarat lama-lama pemancing berkurang… siapa rugi?”

 

MOHD NAZIM ISMAIL

“Tak wajar… boleh menyebabkan kolam ikan berbau busuk. Kenapa nak cemarkan alam sekitar.

Sudahlah udara semakin tercemar, kenapa nak tambahkan lagi pencemaran yang sedia ada. Kalau umpan tu berbau wangi tak apalah jugak.”

IKLAN

 

JEFFREY ENGAN

“Sangat-sangat tidak wajar digunakan dalam pertandingan. Baunya sangat busuk sehingga mengganggu pemancing. Memang spoil gila kalau orang sebelah guna perut ayam ni.

Nak muntah dibuatnya.”

 

HASRUL HASSAN

“Wajar… kebiasaannya bab kebersihan dan bau-bauan ini akan menjadi tanggungjawab penganjur. Ada je kolam yang benarkan guna dan takde pun bau-bauan ni.”

 

MOHAMAD FAIZAL EEJAL

IKLAN

“Tidak wajar. Kerana, ikan tu kalau dihabitat semulajadi bukan itu makanan dia. Kita sedang mengubah diet ikan tersebut.

Siapa tahu puluhan tahun akan datang, ikan tersebut berevolusi? Maka, akan menjadi kesukaran buat spesies ikan yang berkenaan untuk mencari makan.

Ikan tu bukan pandai pergi pasar.”

 

ADAM DON

“Jijik pada awak, orang lain tak jijik pun. Kalau setakat perut ayam tu apa yang nak dijijikkan. Ayam kita makan, takkan perut ayam nak jijik.

Lain la kalau umpan tapa tu, memang potong stim la dia punya busuk… Haha.”

 

CHRIST SHORIZAWA

“Wajar… jangan saja baling mata kail kosong. Kalau pancing pakai mata kail kosong saja, seribu tahun tak dapat ikan… hahaha!”

 

LC MAN

“Bagi kita… ini hanya pendapat aje. Tidak ada salahnya menggunakan organ haiwan. Nama pun pertandingan. Jadi, mesti ada ketelusan dalam prasyarat tu sebab mereka mengeluarkn yuran pertandingan.

Sama ada menang atau kalah, mereka rela utk menyertainya. Mengapa perlu ada halangan…! Cuma perlu dititikberatkan tentang kebersihan selepas penggunaannya atau selepas pertandingan.

Yang sewajarnya TIDAK BOLEH, penggunaan gewang atau umpan tiruan. Maaf ya admin dengan kenkawan di sini, hanya sekadar pandangan kita sahaja.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI