Perambut memainkan peranan utama selain teknik pancing yang betul. Ramai nelayan hanya menggunakan perambut 20lb atau 30lb dengan tali utama 40lb atau 50lb (mereka pakai koyan). Perambut diguna pakai oleh nelayan amat panjang sehingga 5 depa sebelum disambung pada tali utama tapi ia sukar ditiru oleh pemancing menggunakan joran.

 

Bagi pemancing pula perambut sedepa atau dua depa sudah mencukupi. Jika yakin dan berani lebih halus lebih baik kadar sentapan ikan. Tapi jangan gopoh pula bila sentapan berlaku. Kebanyakan warna perambut dan tali utama adalah putih atau jernih kurang nampak di dalam air.

 

Teknik Pancing Ikan Jemuduk!!

 

Walaupun jemuduk membesar pada skala belasan kilogram namun saiz purata tangkapan di negara ialah 3kg hingga 8 kg. Pada angka 5kg sudah dianggap bapak jemuduk. Saiz monster ini kuat menekan ke bawah joran dan melarikan sejauh mungkin apabila tersangkut mata kail.

 

Waktu ini kita perlu memberi dahulu dan melayan seketika kerana tanaga jemuduk masih kuat. Karau masuk tali sebaik sahaja ia berpatah balik dan beri semula apabila ia menekan semula. Mainkan ia sehingga letih atau kita yang letih dahulu, tengok siapa yang kuat. Jemuduk biasanya bertahan di pertengahan air, amat jarang menjerumuskan diri ke celah karang kecuali struktur halangan yang tinggi di dalam air.

 

Teknik Pancing Ikan Jemuduk!!

 

Jemuduk bersifat kumpulan dan banyak mendiami pertengahan air dari 3 hingga 10 depa dari dasar bergantung kepada kedalaman air. Jadi umpan dasar kurang menjadi kecuali kedalaman air kurang dari 40 kaki. Gantung sedikit umpan sebaik sahaja ia mencecah dasar. Umpan jarang digigit atau digonggong.

 

Lazimnya jemuduk akan menyedut umpan ke dalam mulut kemuadian ditelannya. Ia bukan ikan bermulut luas seperti kerapu, saiz umpan jangan terlalu besar dari kemampuannya untuk menelan. Bilis sememangnya dikenali penjerat utama jemuduk kerana ia merupakan diet utama ikan trevally.

 

Teknik Pancing Ikan Jemuduk!!

 

Selain bilis menjadi senarai utama, anak tamban hidup, udang hidup, anak ikan kekunyit, anak selar, anak kembung dan anak selar kuning berada dalam senarai alternatif dijadikan umpan. Bagaimanapun hirisan ikan mati, sotong dan udang menjadi pilihan terakhir jika bilis atau umpan hidup sukar diperolehi.

 

Pemancing bijak akan menilai kedalaman air semasa melabuhkan umpan. Selain umpan dinaikkan ke atas sedikit, pelbagai kedalaman air dicuba sehingga ada sentapan. Angkat sedepa, dua, tiga hingga berterusan menantikan umpan ditemui pemangsa yang diburu. Sekiranya air berarus sederhana guna pemberat kecil atau batu hidup.

 

Tunggu jika ada jemuduk lalu rembat umpan. Saat yang dinantikan oleh semua pemancing pasti akan menjadi kenyataan sebaik sahaja joran melentur disusuli desingan kekili!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI