Sy mula terjebak dalam dunia hanyir sewaktu tadika dgn sepupu sy Capit Sharafi.. brmodalkan rm0.30 (tali,mata kail) . Rod kami guna batang merding @ buluh. Alhamdulillah, sekarang pon masih setia dgn hobi yang hanyir nih. Ditambah pula dgn org tua sy yg juga antara sebab utama sy yerjebak dalam dunia hanyir.
Leeyast Nuryasrieaniq
Kg halaman pendorong kuat…maklum saja lah aku anak pulau…jd automatik mmg gila mancing….lg pun x yah bmodal besar nak mancing… mmg sempoi ohhhh.
Adjanisyah Mohammed Sani
Pengaruh rakan sebaya , xgitu Ruzaini Azhan? Rachun umpsn pres Izhar Nasir pakat komplot sama AkuYang Bluenile.
Van Sewa Klpj
Memancing… dari bdk2 lg sampai la nii x habis2 memacak..kekadang kolam kecik lupa nak pacak.
Ads
Norezwan Ahmad Tabot
Hobi hanyir yg merapatkan aku abg aku dgn bapak aku…dulu sanggup gago ikan dlm lubang lumpur klu ade air ditimba klu tak blh ditimba baru dipancing…klu balik kampung abah mesti kirim jaring ikn sepat….bile abah seronok dpt pancing ikan aku pun jd seronok….buat masa ni abh pun dah 70 tp blh lg pg mancing…. nnt cuti kite pg pancing same same ye abah….
Ikot pakcik mancing masa umur darjah 5..trus Dna mancing trus meresap kt diri
Ads
Jang Rambo
Masa kecil2 dulu minat memancing ni timbul bila tengok org tua balik bawa ikan besar tu perasaan teruja dan nak try cuba pula… past time aku dapat ayam mkn umpan kt pancing… jalang punya ayam… ada ke patut ayam makan umpan cacing yg aku sangkut kt mata kail tu ayam belasah dulu… tak memancing lh jawab nya ayam bawa pancing lari… hari kedua tu org tua pesan jangan sangkut umpan dulu kt mata kail… sangkut kt sungai… baru aku faham memancing tu mcm mana..pencabar cacing ni memang sentiasa ada kt kampung… pantang tengok org korek cacing mesti ayam ada temankan… silap2 kalau bekas cacing tu tak kena sorok memang habis dimakannya.
Fendy Ja’apar
Bak kate org bapak borek anak rintik. Ayahlah yang membawaku terjun ke dunia hanyir ney. Sejak kecik asyik ikot dia mancing segenap tempat yang dia terdaya bawa. Dia berenti mancing lebih 10 tahun sementara menunggu adik2 membesar dan kini kami sama2 terjun kembali ke dunia hanyir. Baik cerah, hujan, ribut di tengah laut mahu pon di atas darat, kami tetap mencari peluang utk memenuhi hobi ni bersama2 dengan adik beradikku n abg ipar. Nasib lah kan lahir dlm keluarga memancing ney. Hehehe
Faisal Ardiansyah
Ads
Abg aku si Momotarosan Fakhrul punca aku terjebak!
Khalid Hamzah
Ibu dan ayah… ketika memanxing di kolam arwah pakngah n arwah makngah…sibuk memancing ikan talapia…tetiba saya menaikan ikan haruan bagak… umpan cengkerik n sulam cacing…. umur masa tu darjah 4.
Haruan adalah ikan yang paling banyak dipancing di Malaysia. Selain dari taburan lokasi memancingnya yang meluas, pancingan haruan menjadi popular dan diminati ramai kaki pancing kerana sifat karnibalistik dan teritorialnya.
Atau lebih tepat lagi kerana sifatnya menyambar umpan. Ia boleh dipancing dengan pelbagai cara atau teknik.
Bagi kaedah pancingan dasar atau bottom fishing, umpan yang sering digunakan dan berkesan adalah umpan semulajadi seperti katak, anak ikan, cacing, cicak, udang sungai ataupun cengkerik.
Begitu juga dengan pancingan menggunakan pelampung.
Meskipun kedua-dua kaedah ini amat praktikal untuk mendapatkan haruan, namun kaedah mengilat, baling tarik atau lebih popular dengan istilah casting adalah kaedah yang paling digemari.
Mengilat atau casting menggunakan umpan semulajadi seperti katak, anak ikan dan cicak telah lama diguna pakai dan masih dipakai sebelum munculnya umpan tiruan.
Gewang tiruan berbentuk ikan, katak getah atau katak rambutan, spinerbaits atau janggut, sesudu dan juga soft plastic gulp kini lebih digemari kerana keberkesanan serta lebih mudah untuk diguna pakai.
Terutamanya kaki-kaki pancing yang menggilai teknik casting dan sport fishing.
Aspek pengendalian
Dalam pengendalian tangkapan terutamanya melalui teknik casting menggunakan gewang mata tiga, selain dari perlu berhati-hati ketika membuat balingan, agar tidak berlaku
insiden tercangkup mata tiga pada kepala atau badan sendiri mahupun rakan yang berdekatan, ketika melepaskan mata tiga dari mulut ikan juga harus dilakukan secara cermat.
Haruan bukanlah ikan bersengat atau berduri tajam seperti keli, baung atau patin, namun giginya yang tajam dan badannya licin berlendir serta kuat meronta untuk melepaskan diri menyebabkan ia sukar untuk dikendalikan.
Dalam proses pengendalian inilah lazimnya berlaku insiden yang tidak diingini seperti mata kail yang melekat pada mulut haruan boleh berpindah ke tangan pemancing pula.
Harapan dan masa depan
Haruan akan terus diburu untuk memenuhi permintaan tinggi di pasaran dan keinginan kaki pancing melampiaskan keseronokan mengilat.
Dengan tekanan memancing dan buruan yang tinggi, pencemaran yang kian membunuh habitatnya, serta persaingan kemandirian hidup ekoran kerakusan ikan pendatang seperti
peacock bass yang kian menjarah lokasinya, tidak mustahil suatu hari nanti haruan akan mengalami kepupusan.
Sudah banyak kejadian di mana haruan yang mendiami lokasi sama bersama peacock bass, tidak berupaya untuk bersaing merebut makanan sekaligus merencatkan tumbesarannya.
Ia sudah memperlihatkan tanda-tanda awal kerana pada hari ini usaha untuk menjejaknya tidak lagi semudah dahulu.
Ia tidak lagi semudah ke belakang rumah untuk mencarinya. Begitu juga untuk mendaratkan spesimen berskala mega.
Makin sukar untuk tersenyum bangga menjinakkan haruan sebesar paha atau betis orang dewasa. Untuk menikmatinya harus meredah hutan belukar atau lokasi yang belum pernah diterokai.
Jika tiada sebarang usaha dilakukan, maka populasi haruan akan semakin mengecil dan semakin sukar untuk diperolehi.
Kata orang, kaki pancing ni walaupun tak kaya tapi hobinya mahal! Iyelah, nak beli set pancing yang betul-betul memuaskan hati ni bukannya seringgit dua harganya, tapi
beratus-ratus, malah beribu-ribu ringgit pun ada dek kerana berbeza lapangan pancing, lainlah peralatannya.
Itu belum lagi cerita aksesori-aksesori tambahan dan servis untuk set pancing tu lagi. Semuanya perlukan pelaburan yang banyak.
Tapi nak dijadikan cerita, kaki pancing ni mesti ada sorang dua orang member yang jenis suka nak pinjam set pancing untuk keluar memancing.
Di kalangan kaki pancing mesti ada daripada kawan-kawan ni yang jenis baru nak menceburkan diri dalam lapangan memancing yang baru.
Jadi, sebabkan takde set mulalah cari kawan yang ada set pancing yang bersesuaian dengan lapangan memancing tersebut.
Masa mula-mula nak pinjam bukan main manis mulut. “Ala, pinjam seharidua je bro…Nanti aku pulang balik lah… Ada hasil lebih nanti aku bagilah kat kau sikit..”. tak nak bagi, nanti dikata kedekut.
Nak dibagi risau rosak, bimbang tak dijaga elok. Tapi lepas bagi pinjam yang tak seronoknya, lepas seminggu, sebulan, dua bulan, langsung takde khabar berita! Malah ada yang bertahun-tahun buat senyap je. Dalam erti kata lain dah jadi harta sendiri.
Lebih teruk lagi, setelah beberapa purnama perkara ni berlaku dan setelah dipaksa berulang kali, set pancing yang kita terima tak sama seperti keadaan asal.
Selain itu, dah terbalik pula kesnya…si pemberi pinjam pula berasa malu nak mintak semula hartanya, sedangkan yang meminjam langsung tak rasa malu.
Tambah memedihkan, barang yang dipinjam tidak seperti keadaan asal. Ada kes hujung joran patah, kekili bercalar teruk, kayuhan kekili kasar semacam… badan kekili atau cincin joran teruk terhakis dimakan air garam dan macam-macam lagi yang sering kita dengari.
Bila ditanya macam mana boleh jadi camni, macam-macam alasan diberi. Nak disuruhbayar ganti rugi nanti ada yang sampai tarik muka dan putus sahabat! Tapi itulah senario yang sering berlaku.
Bila dah jadi camni, kebanyakan daripada kita dah rasa serik nak beri pinjam set pancing lagi. Bukannya nak bersikap kedekut, tapi bila jadi kes semacam ini sikit sebanyak ia mengganggu emosi kita sebagai kaki pancing.
Mana taknya, ada yang sampai ikat perut berbulan-bulan lamanya semata-mata nak dapatkan set pancing yang menjadi pujaan hati.
Bila ia jatuh ke tangan mereka yang tak reti menghargai ia sememangnya akan memberi kesan yang mendalam kepada kita.
Berbalik kepada kes ini, bukannya niat penulis untuk melarang kaki pancing memberi pinjam set pancingnya kepada kawan-kawan.
Tapi seeloknya, berilah pinjam kepada mereka yang betul-betul diyakini boleh menjaga harta kita dengan baik.
Sekurang-kurangnya risiko untuk terjadi kes-kes yang disebutkan di atas untuk dapat dikurangkan.
Lebih baik lagi jika si pemancing memberi kata dua kepada si peminjam bahawa risiko semua akan ditanggung oleh si peminjam.
Dalam erti kata lain, kalau set pancing itu patah, rosak atau sebagainya, si peminjam haruslah membayar ganti rugi setimpal dengan harga barang yang dipinjam.
Dan bagi si peminjam pula, amatlah dinasihatkan agar menjaga harta orang seperti harta sendiri. Jangan biarkan kepercayaan rakan anda hilang dengan kecuaian sendiri.
Ya, memang benar untuk mendapatkan set idaman yang sesuai dengan lapangan yang ingin anda ceburi itu mahal.
Tapi, alangkah baiknya jika kita mula mengumpul dari sekarang dan dapatkan set pancing sendiri. Sekurang-kurangnya jika rosak atas tangan sendiri lebih puas hati berbanding rosak atas tangan orang lain.
Jadi, ini sebahagian coretan untuk segmen wacana bulan ini. Mari kita dapatkan pula pandangan dan luahan kaki pancing tentang isu kali ini
APA KATA NETIZEN
Pendapat 1
“Bukan joran je. Batu ladung, mata kail, perambut pun mintak kita punya juga. Ingat koperasi sekolah ke?
Kalau ada member spesies yang payah nak pulangkan balik joran kesayangan yang dia pinjam.
Lepas ni kita bagi pinjam koyan atau serek yang harga dua singgit atau pun joran budak-budak harga dalam dua belas ringgit satu set. Kalau hilang tak rasa rugi sangat.
Tak payah bagi balik pun takpe.”
Pendapat 2
“Pergi kat member yang jenis suka pinjam joran @ alatan memancing tu, cakap kat dia nak pinjam duit dalam jumlah sekian-sekian.
Lepas tu beli set memancing pakai duit tu dan bagi dekat member tu sambil ckp “Nah ni hang punya, tok sah dok pinjam barang aku dah”. Settle masalah, boleh la ngail sambil layan kuaci.”
Pendapat 3
“Cukup hanya sekali. Bagi pakai tak reti pulang. Bagi pinjam tak reti nak jaga. Mujur bagi pinjam set option kedua. Kalau la terbagi set utama, mau aku buang semua.
Serik seserik seriknya. Bayangkan sampai boleh ada anak lipas ada dalam spool aku. Aduyaaii…!”
Pendapat 4
“Ni perkara biasa berlaku. Tapi kebanyakannya dari pemancing yang kurang tegar. Kalau pemancing tegar, mesti banyak set pancing dan spare part sendiri.
Aku pun pernah terkena. Dah lepas semenanjung pun set aku. Ape pun tak boleh! Hahaha, takpe, halal kan je lah…”
Pendapat 5
“Beli set pancing boleh kata mahal time tu untuk adik. Adik suka giler dapat hadiah tu. Sekali dia bagi pinjam kat member dia. Bila mintak balik, tertinggal kat kereta pakcik katenya. Lepas tu lepas tangan. Dah hangus!”
Pendapat 6
“Redha je la, awak jugak yang meracun dia masuk jadi ahli memancing ni. Taktik aku senang je. Reka cerita yang memancing pakai barang pinjam ni tak ‘ong’. Kumpau… Hehehehe.”
Pendapat 7
“Biase la tu, tapi tak semua kawan camtu. Memang ada jenis yang pandai pinjam tapi pulang tak pandai. Jenis pakai barang orang, tapi semacam macam harta sendiri. Kita pakai, punyalah kita jaga, belai bagai, bila dah tukar tangan jahanam jadinya.”
Pendapat 8
“Mesti pernah berlaku terutamanya masa masih tahap amatur. Kawan pinjam set pancing, kalau tak bagi, kesian ada, malu pun ada kau tak bagi pinjam. Nanti kawan kata taik hidung masin.
Tapi bila dah bagi pinjam, tak reti nak pulangkan lagi pula. Kadang-kadang berbulu juga rasa. Tapi tak apa, halalkan je. Anggaplah pengalaman.”
Semua kaki pancing pasti ada rekod tangkapan peribadi. Ada yang bawah 10 kg, ada yang lebih 10 kg, ada yang bawah sekilogram. Menariknya selagi bergelar kaki pancing, akan terus mencari rekod-rekod tangkapan peribadi untuk di kenang sepanjang hayat walaupun kadang kala ikan yang kita sasarkan itu sukar untuk diperolehi.
Anda pula bagaimana? Jom kongsikan dengan kami rekod peribadi ikan paling besar atau yang paling susah untuk dipancing.
“Kategori laut… ikan duri 4.5kg. Pertama kali memancing semula selepas 10 tahun gantung joran. Kategori air tawar… haruan 2.5kg (catch n release). Sekarang nak cari lesen toman.”
“Ikan pertama lombong Puchong paling besar patin 7kg. Start mancing awal pagi, dapat ikan pukul 1.30 tengah hari. Bukan patin tu yang teruk pancing tapi saya sendiri tarik selepas tengah tali pancing kendur dan tegang. Perlawanan yang mencabar… rupanya patin tu dah telan habis sampai ke perut umpan dedak strawberi.”
“Ikan merah 2.3kg… Dapat masa 1st time turun ke laut. Lepas tu lama dah tak turun semenjak dah ada tempat baru iaitu di Bakun Hidroelektrik, Bintulu Sarawak.”
“Pulau Bunting sepanjang pembabitan dalam dunia memancing geng tegar Pulau Bunting…. rekod terbesar adalah pari 9 kilo. Pari faham-faham la kalau dia makan top speed laa. Nak jadikan cerita tali benang di mesin sikit… pari terus tarik. Apa lagi kita bangkang la kalau biar habis tali pam sampai dia alah… mujur pakai 2 kail satu kail dah kangkang betul.”
“Rekod laut pernah naikan jenahak 5.6kg kat jeti Pulau Ketam. Kalau sungai pulak pernah naikkan kaloi 10kg. Kolam pulak tak yah nak cakap la berkilo-kilo dah naik yang paling besar tongsan sisik halus 22kg. Patin paling besar pun baru 16 kg. Kenangan tahun lepas punya cerita.”
“Ketutu 3kg… rasa macam tarik batang kayu tak melawan langsung. Jual kat kedai ikan untung, masyuuuk!”
“Kenerak 11 kg lokasi Sg Jelai, Kuala lipis… pegrhh 20 minit main baru naik… syookkk wooo.”
“Pernah sekali nak casting mama toman tapi tiba-tiba mama pacu xxl hentam guna gewang minnow pulak tu… bukan senang nak dapat pacu besar guna gewang. Antara catatan peribadi terbaik.”
“First time turun laut tahun lepas. First time jugak la rasa tenggiri pecut sambar ikan kembung casting dekat tuas Yan, Kedah. Hasil dalam 6 kg… hilang terus loya-loya nak mabuk… tadak la rare species sangat cuma agak excited untuk seseorang yang berumur 20 baru turun laut… hahaha.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...