→ Pakailah pakaian yang dapat menutupi seluruh kulit anda. Penutup muka adalah optional.

Pakaian yang baik dapat membantu mengurangkan risiko sunburn di siang hari dan kesejukan pada malam hari. Ia juga dapat menghindari gigitan serangga berbisa.

 

→ Pakailah pakaian yang tidak terlalu menyerlahkan penampilan anda. Atau dalam erti kata lain dapat menyembunyikan diri anda dari penglihatan ikan.

Ini penting sekiranya anda memancing berdekatan dengan gigi air atau perairan cetek dan jernih.

 

WACANA: Antara gaya & kepentingan pakaian/aksesori memancing!!

 

→ Warna putih adalah amat baik pada siang hari sekiranya anda di tengah lautan ataupun di pesisiran pantai. Selain melindungi kulit dari pancaran terus cahaya matahari, warna putih juga membantu sekiranya jatuh ke dalam air dan hanyut.

 

→ Jika memancing di kawasan berlatar-belakangkan hutan dan pokok-pokok yang kehijauan, warna hijau ataupun celoreng adalah yang terbaik.

Pakaian corak camouflage sekarang ini begitu mudah diperolehi walaupun tidak memaparkan hutan sebenar tempat kita.

 

→ Jika memancing di kawasan yang berbatu-batu besar, warna hitam adalah yang terbaik kerana ia akan membantu sebati dengan alam semulajadi.

 

WACANA: Antara gaya & kepentingan pakaian/aksesori memancing!!

 

→ Pada waktu malam warna yang terbaik adalah hitam atau biru. Asalkan bukan warna putih sebenarnya dah ok.

 

→ Pakailah pakaian yang longgar dan mudah untuk bergerak, tidak mudah koyak dan sebaiknya kalis cuaca. Dan paling baik lagi ialah pakaian yang menutup aurat.

 

→ Topi atau pelindung kepala juga amat perlu bagi melindungi kepala anda dari panas matahari, hujan dan embun.

Faktor melindungi kepala ini amat penting disebabkan ianya boleh menjadikan kesihatan terjejas.

 

WACANA: Antara gaya & kepentingan pakaian/aksesori memancing!!

 

→ Pakailah kasut yang dapat menutupi keseluruhan kaki anda. Kasut hendaklah dapat mencengkam dgn baik di kawasan berbatu licin.

Kasut yang baik dapat mengelakan anda dari kecederaan dan mengelakkan anda dari sengatan binatang berbisa.

 

→ Sarung tangan adalah optional akan tetapi jika anda memancing spesis yang besar dan menggunakan braided line, sarung tangan dapat memudahkan anda malah dapat memelihara tangan anda dari kecederaan.

 

→ Biasakan memakai tali pinggang, kerana tali pinggang boleh dijadikan tali penyelamat ketika keadaan kecemasan.

Sebaiknya juga pakailah tali pinggang aktiviti luar dari bahan plastik yang boleh terapung.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI