Ikan kap rumput atau tongsan sisik kasar merupakan spesies ikan pendatang yang dibawa masuk bagi tujuan akuakultur dan juga pemakanan.

Tidak dinafikan rasa ikan ini jauh lebih sedap berbanding saudaranya, tongsan sisik halus. Malah tahap pertarungan yang dipersembahkan oleh ikan ini juga mendebarkan.

 

Namun, tidak semua kolam pancing menyediakan ikan spesies ini sebagai ikan pancingan. Kebanyakannya sekadar `penjaga kolam’ sahaja bagi mengawal pembiakan rumpai di kolam.

Justeru itu ia agak kurang dipancing tidak sebagaimana kap lain seperti rohu dan juga tongsan sisik kasar. Selain itu ia juga dikatakan amat culas dan berhati-hati untuk mengambil umpan.

 

Jadi, pernahkah anda berjaya memancing ikan ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.

 

Wacana : Pengalaman Memancing Ikan Kap Rumput

 

 💡 DIN DIN

“Bab mancing memang jarang la dapat. Tapi kalau buat masak tempoyak campur taugeh kasar dan timun… perghhh!

Orang Perak belah kawasan Sungai Perak suka buat kenduri ikan ni. Terutamanya di Bota, Parit dan Kuala.”

 

IKLAN

 ➡ UZAIR MUHAMAD NOOR

“Pernah dapat sekali je. Itu pun dulu punya cerita. Kira bertuah sebab memang susah nak dapat ikan kap sisik kasar ni.

Masa tu pakai umpan dedak campur sekali dengan kopi 3in1 tu… hahaha. Nak percaya ke tak try dulu la tengok macam mana.”

 

 💡  MOHD HAFIZ RAZALI

“Orang kata ikan tongsan sisik kasar ni memang susah nak makan umpan pancing. Tapi pernah dapat sekali, besar pulak tu.

Rasanya dalam 8kg lebih. Umpan pun pakai umpan bodoh je… palet 920 kosong!”

 

 ➡  SHAHRUL NIZAM SALLEH

“Biasa dapat ikan tongsan sisik kasar atau kap rumput ni. Umpan yang saya guna sempoi je… saya guna palet 6363 campur dedak 929 dan pes strawberi.

IKLAN

Kalau ada rezeki dapat la, kalau tak… nasib la. Macam mancing ikan lain-lain jugak. Kalau dah takde rezeki sampai sudahlah membangau.”

 

 💡  RC MATTS

“Kalau memancing tu memang tak pernah dapat. Sebab memang tak pernah mancing pun ikan ni. Tapi kalau nak cerita pasal rasa tu memang A la.

Walaupun banyak tulang tapi memang sedap gila la ikan ni.”

 

 💡  NASYRUAN AIDIL

“Ada bela ikan ni dalam kolam kelisa bagi bersihkan rumpai dalam kolam. Ada sekali tu masa tengah sweep kolam untuk check anak kelisa.… melompat pulak si torpedo ni tepat

kena kat dada aku. Maaakkkk oooiiii… senak dengan sakit bukan main. Lebam dada aku dibuatnya.”

 💡 LAVENDER SHAF

IKLAN

“Ikan ni memang jenis langgar orang… tapi Alhamdulillah saya tak pernah kena. Jadi tak tau apa rasa kalau kena langgar dek ikan ni.

Kalau nak tau macam mana rasa dia boleh tanya akak saya selalu kena langgar dulu. Hahahaha…”

 

 💡  AMRA STAPA

“Ikan kap rumput ni aku pernah bela dulu dalam 1000 ekor dekat kolam kawan. Janji hasil bagi dua. Tapi seekor pun aku tak sempat makan.

Anak-anak saudara sepupu sepapak dia pergi mancing. Sabar je la…”

 

 💡  MAZWAN ROS MAZALAN

“Ikan ni makan rumput. Jadi, kalau nak buat umpan mudah je. Blender rumput padang bola tu lepas tu campur dedak. Letak kunyit dengan tepung sikit… garam jangan lupa.

Nak percaya atau tak, terpulanglah. Aku tak paksa pun korang try… kehkehkeh.”

 

 💡 RAFIDAH MOHAMED

“Saya dapat hari tu taklah besar mana… 6 kilo je. Kemudian pergi jual kat Cina kedai ikan tu dia ambik RM15 sekilo.

Dapat la la RM90. Lepas la duit minyak kereta. Tak sangka boleh tahan juga harga ikan ni.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI