Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup, berhawa dingin mahupun yang berkonsep terbuka termasuk di tepi jalan.

 

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

 

Pemilik premis makanan yang tidak mempamer tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, manakala bagi kesalahan gagal

memastikan pelanggan tidak merokok akan didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

 

Bagaimana pun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan pendekatan memberi amaran lisan dan pendidikan terlebih dahulu kepada perokok dan pemilik restoran

yang ingkar sepanjang 6 bulan pertama pelaksanaan dan hanya mengeluarkan saman selepas tempoh itu.

 

Wacana : Larangan merokok, apa respon komuniti pemancing?

 

Bersetuju atau tidak, majoriti pemancing di negara kita terdiri dari perokok tegar. Walaupun larangan ini tidak berkait secara langsung dengan aktiviti memancing, namun sedikit sebanyak ia terpalit juga pada aktiviti sampingan pemancing.

Khususnya aktiviti gathering sesama pemancing atau lebih dikenali dengan istilah ngeteh yang kebanyakannya dilangsungkan di kedai-kedai mamak.

 

Aktiviti ngeteh di kalangan pemancing sesemangnya popular malah menjadi rutin kepada grup pemancing yang bakal mengadakan trip memancing.

IKLAN

Apabila penguatkuasaan ini dilaksanakan, apa kesannya terhadap aktiviti ngeteh ini? Mari kita tengok apa kata pemancing yang sempat kami temu bual.

 

 💡  SHAHRUL NIEZAM

“Setakat ni kitorang masih ngeteh di port biasa lagi… kedai mamak la. Tapi lepak kat meja luar kedai atas parking jalan tu. Dari dulu pun port yang sama.

Orang semua tahu meja luar kedai ni khusus untuk perokok. Kalau tak suka bau asap rokok, siapa suruh makan kat meja luar.

Pergi la makan kat dalam kedai. Selagi belum denda dikuatkuasa, selagi itulah kitorang akan ngeteh macam biasa.”

 

 💡 RAHIEM LB

“Aku tak hisap rokok jadi takde masalah nak ngeteh kat mana-mana pun… hahaha. Tapi tak best jugaklah sebab member-member yang hisap rokok dah macam tak seronok nak lepak lama-lama. Kalau langsung takde port nak hisap rokok, lepak pun tak nak.”

 

IKLAN

 ➡ BOY BASTERRA

“Terus terang cakap sejak larangan merokok ni aku belum turun ngeteh lagi. Bukan sebab takut kena denda tapi sebab belum join komplot. Mancing pun belum lagi, bang… hahaha.

Kalau ngeteh nanti tentu dah tak best. Boleh jadi gila lepak lama-lama kalau tak boleh berasap muncung. Lepas makan tak berasap muncung pun dah rasa lain macam.”

 

Wacana : Larangan merokok, apa respon komuniti pemancing?

 

 💡  ABANG LAN

“Abang pun tak faham kenapa diorang benci sangat kat perokok ni. Macam-macam peraturan diorang nak kenakan perokok… tapi rokok jual jugak.

Kalau nak kira bahaya, roti canai tu lagi bahaya dari rokok. Kalau berani mari kita bet… abang hisap rokok 20 batang sehari, kau makan 2 keping roti sehari selama setahun. Kita tengok siapa yang gol dulu.”

(*nota : emosi pulak brader kita ni… tak pasal-pasal admin yang kena carut).

IKLAN

 

 💡 JOEY GUNNISH

“Aku dah kena beb… hahahaha. Bukan kena saman la… dah rasa betapa bosannya ngeteh tanpa hisap rokok macam dulu. Mulanya kami plan nak ngeteh kat open food court.

Tapi macam takde space nak hisap rokok, kami tukar port kat kedai mamak. Tapi jahanam jugak walau lebih 3 meter pun tetap kira dalam kawasan premis jugak.

Cuma masih dalam proses pendidikan katanya, kami sedut jugalah sambil cover-cover asap.

Memang takde siapa nak marah cuma tak syok je la banyak mata daring semacam je. Bila dah start saman nanti tak tau macam mana nak ngeteh.”

 

 💡 PYAN SNAKEHEAD HUNTER

“Boleh… pelan-pelan kayuhlah. Macam tak boleh hisap di kawasan makan hentian rehat lebuh raya dulu jugaklah.

Pada awalnya memang ramai orang bantah. Iyalah… dah lah sambil memandu tak boleh nak hisap rokok, kat tempat rehat pun tak boleh nak merokok jugak.

Lama-lama bila dah biasa nanti dah tak jadi masalah besar pun. Lagi pun bagus untuk mendidik kita berhenti merokok terus.”

 

 💡 PJOY SAUJANA

“Kalau setakat larangan merokok kat premis restoran ke warung ke… tak jadi hal sangat. Jangan pulak lepas ni kat kolam pancing sudah.

Kalau dah rasa seronok nak ngeteh kat kedai mamak, kita cari pulak port lain yang bebas merokok. Kat kolam pancing pun boleh ngeteh apa.

Ngeteh sambil tengok orang memancing pun seronok jugak.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI