Kalau bercakap tentang petua atau pantang larang dalam memancing, sehari semalam pun takkan habis.

Begitulah kuatnya pertalian antara petua dan pantang larang dengan aktiviti memancing.

 

Namun ada satu perkara lagi yang mungkin sekarang ini kurang diperbualkan berikutan pengamalnya juga sudah berkurangan.

Apa yang admin maksudkan ialah amalan membaca jampi atau mentera, dengan tujuan sesi memancing memperoleh hasil yang lumayan.

 

Begitu pun jampi mentera yang dimaksudkan ini tidaklah berkait dengan ilmu hitam sama ada melibatkan bomoh atau penggunaan tangkal.

Ini lebih kepada jampi-jampi biasa yang mungkin tergolong dalam petua juga.

 

Jom kita tengok apa kata netizen berkeadaan dengan jampi mentera ini.

 

 💡 AMIR AMSYAR BEDERI SHAM

“Ni mentera bahasa nogori. Pernah tengok sifu baung dalam 15 minit 6 ekor dapat baung saiz 1 kg. Tapi pelik sikit, mentera ni sesuai digunakan time dah nak balik. 

‘Dogheh dogheh makan, nak balik dah nia. Moh copek ikan kek sini sapo nak naik moto dogheh makan…’

Bunyi macam lawak tapi itulah yang beliau jeritakan. Hahahaha… agaknya mentera ni sesuai untuk orang nogori je la.”

 

 💡 BADRUL CLOSE  

IKLAN

“Pernah sekali ikut pak cik saya pergi memancing kat lombong. Sebelum dia baling umpan dia tepuk air tiga kali sambil baca apa pun saya tak tau.

Tiba-tiba dalam berapa minit pancing dia lentur habis sampai dia punya stand pun masuk lombong sekali.

Kesian betul… nasib baik bawak pancing spare tapi kali ni dia dah tak buat dah benda tu sebab serik katanya.”

 

 💡 MUHAMMAD IKHWAN MUHAMMAD SALIM

“Mudah saja petuanya… pertama, jangan langkah pancing atau joran nanti tak dapat ikan. Dan keduanya jangan bising nanti ikan dengar.

Itu la yang selalu saya dengar sejak dari zaman kecil dulu.”

 

 💡 KELUMPANG SALJI

“Mentera ni dah terbukti berjaya dan ramai pengikutnya. Senang je menteranya. ‘Bot… bot… bot… perambot jangan serabot… aku campak engkau sambot… makan umpanku

lekat di mulot.. aku tarik engkau ikot… Kalo nunggu sejam aku melangot.. lebih baik aku yang mengangkot…’ Hahaha… try la. 

 

IKLAN

 💡 MOHD NAZRIN

“Kalau aku, tak pakai apa-apa jampi. Cuma guna petua je. Petua dia lepas baling umpan letak pancing… lepas tu buat tak tahu je.

Tapi sesekali tengok juga hujung pancing kot-kot melentur sudah.”

 

 💡 AL SHAUFIK

“Kalau time nak start memancing tu takde apa-apa mentera. Tapi kalau time tersangkut tu adalah… member saya ada ajar jampi supaya jadi senang nak tarik.

Confirm menjadi punya… ‘Gagah Ali, gagah Musa… tarik tali, dok berasa.’ Kalau tak jadi jugak, korang potong je la tali.”

 

 💡 RAYMOND GANYA

“Tak tau la ni jampi atau apa. Senang je… petua nak pancing dapat ikan jangan meludah ke sungai atau kolam. Tapi kalau nak muntah, jangan muntah dalam bot pulak.”

 

 💡 EJAM ABDULLAH

IKLAN

“Baca mentera ni… ‘umpan buruk umpan baru, tauk lubuk sambar selalu, umpan baru umpan lama, tauk lubuk tunggu tak lama.’ 

Kalau tak faham makna pun tak apa, janji berani cuba dan yakin.”

 

 💡 MARBAWI BIN AJID

“Saya ada satu jampi, macam ni bunyinya… ‘hai ikan si raja ikan, si bapak ikan, si anak ikan. Datang la dekat kepada aku.

Ulur-ulur siambut-ambut, aku menghulur kau menyambut. Ulur-ulur siarik-arik, aku menghulur kau menarik. Berkat doa Lailahaillallah…’ Kira macam doa jugaklah ni.”

 

 💡 TETAMU SENJA

“Cara saya mudah saja. Sampai mana-mana tempat memancing jangan lupa bagi salam dahulu… Insyaallah. 

Tapi kalau ada yang menjawab tapi takde orang kat tempat tu, sendiri mau ingatlah ya.”

 

 💡 KAZUYA TAI MAN

“Aku pun tak tau apa makna jampi ni, tapi aku buat je. ‘Kismanis kumala intan kumalasari kumala tawan, wahai ikan makanlah umpan biar ratah sampai ke insang, terlekat di perut untuk ku bawak pulang.’ Macam tu lah jampi mentera dia.”

 

 💡 ABU FIDA IDRIS

“Ada… bangun sebelum subuh, solat sunat taubat dua rakaat. InsyaAllah tak kumpau.”

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI