Lukah merupakan satu alat menangkap ikan tradisional yang masih ada digunakan dikawasan luar bandar.

Secara amnya Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar yang sesuai digunakan di tempat seperti tali air, sungai dan parit.

 

Lukah dibuat menggunakan buloh atau rotan yang terdapat dikawasan kampong yang berbentuk seakan-akan seperti bubu.

Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas.

 

Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter.

Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang lalauan ikan.

 

Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua.

Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama.

 

Cara memasang lukah mesti betul dan tepat. Lazimnya cari lokasi di mana ada arus air atau lubuk ikan atau dilaluan ikan yang telah dikenal pasti.

Bersihkan tempat meletak lukah daripada anak-anak kayu tetapi jangan merosakkan struktur asal di keliling kawasan lukah.

 

Biasanya tutup dibahagian atas lukah dengan anak-anak pokok dengan patahkan anak-anak pokok seperti pokok senduduk untuk elakkan panas dari cahaya matahari selain daripada memberikan situasi semulajadi bagi ikan.

Lukah boleh dipasang sama ada menghadap arus air masuk atau sebaliknya.

 

Umpan yang dibungkus dalam kain sama ada umpan belacan atau perut ayam atau lain-lain umpan yang menarik ikan untuk masuk lukah.

Secara teorinya ikan berenang menongkah arus jika lukah diberikan umpan. Jika memasang lukah dengan banyak unit dan jauh dari rumah pastikan di bahagian belakang

diapungkan untuk berikan udara kerana ikan yang terperangkap terutama ikan keli dan ikan haruan perlukan udara untuk pernafasan.

 

Jika lukah dibenamkan semua pintu lukah atau akan terperangkap di bahagian dalam lukah.

Ikan yang terhidu umpan di bahagian bawah arus akan datang dan mencari umpan dengan memasukki melalui pintu lukah.

 

Biasanya lukah dipasang waktu petang atau pagi hari kerana terdapat jenis-jenis ikan yang aktif pada waktu siang dan ada yang aktif pada waktu malam.

Periksa lukah setiap 24 jam untuk kawasan berarus terutama juka berlaku hujan lebat kerana banyak anak kayu atau daun akan menutup lubang lukah.

Bersihkan pintu lukah jika tersumbat dan isi semula umpan.

 

Cara mengutip ikan yang terperangkap adalah dengan membuka pintu belakang lukah yang juga berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.

 

Antara jenis ikan yang terperangkap seperti ikan keli, Ikan baung, Ikan patin, haruan, seluang, udang, belut, lampam, tilapia dan maam-macam jenis lagi.

Kadang-kadang terdapat ikan yang musnah dimakan oleh ikan jenis lain jika lambat dikutip.

 

Penggunaan lukah untuk menangkap ikan masih relevan dalam masyarakat luar bandar untuk menambahkan bekalan protein daripada ikan air tawar.

Semoga generasi baru kita akan mengenali alat menangkap ikan dinamakan lukah.

 

(Sumber : Animhosnan.blogspot)