Sekarang sudah banyak mata kail berladung atau jig head terjual di pasaran dengan pelbagai saiz. Namun ada kalanya ia kurang menepati citarasa sama ada paduan yang kurang ngam antara berat batu ladung dan saiz mata kail. Oleh yang demikian, apa kata anda custom sendiri jighead itu.
Barang keperluan:
Batu ladung
Worm hook
Single cable hard type (60lb)
Cutter
Playar round nose
(Kredit: Fadhli Dan Nur Asiah)
Tutorial 1
Pertama sekali kerat cable dalam anggaran sejengkal (4-5 inci).
Tutorial 2
Kepit cable dengan playar round nose dalam anggaran I inci.
Tutorial 3
Bengkokkan ia sehingga menjadi sudut 90 darjah (huruf L).
Tutorial 4
Bengkokkan ia menjadi satu lekuk pada sudut 90 darjah tadi.
Tutorial 5
Bentukkan sehingga terjadi satu loop atau gelung bulat.
Tutorial 6
Pulas atau putar sehingga terjadi lilitan di bawah gelung.
Tutorial 7
Kemudian selarikan hujung cable.
Tutorial 8
Kemudian masukkan batu ladung sehingga merapati gelung.
Tutorial 9
Bengkokkan cable dan pastikan kedudukan batu ladung rapat dan tidak bergerak.
Tutorial 10
Masukkan pula mata kail.
Tutorial 11
Pastikan mata kail berkedudukan seperti dalam gambar.
Tutorial 12
Lilit kabel dengan kemas pada leher mata kail.
Tutorial 13
Pulas dan terus pulas sehingga ia merapati teras lurus mata kail.
Tutorial 14
Potong lebihan kabel dan perbaiki kedudukan batu ladung dan mata kail agar sesuai dan berkedudukan yang betul.
Tutorial 15
Seterusnya, bolehlah warnakan jig head dengan apa saja warna yang anda suka. Hanya celup dan jemur sehingga kering.
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam artikel profil jenahak, masa yang paling sesuai untuk memancing ikan jenahak ialah pada waktu malam.
Ini kerana ketika ia lebih aktif keluar untuk memburu mangsa.
Namun, pada waktu siang juga boleh untuk memancing spesies ini jika anda tahu di mana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitatnya.
Di sebelah pantai barat Semenanjung, memancing ketika air mati merupakan waktu paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan.
Manakala dipantai timur tidak mendatangkan masalah ketika air besar asalkan pemancing tahu bila ia galak memakan umpan.
Di perairan Selat Melaka contohnya, memancing jenahak sewaktu air besar terutama di sekitar laluan kapal paloh 3 kadangkala memberikan hasil yang lumayan.
Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut.
Mereka mengunakan kaedah pancingan dasar berhanyut (menotok) berumpan sotong kurita hidup atau hirisan ikan kembung dengan mengunakan batu ladung besar saiz 12 ke
atas, dan diseratkan pada dasar laut yang mempunyai kedalaman sehingga melebihi 60meter.
Tanpa mengunakan sauh, bot mereka yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 90 kuda ke atas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu yang mana pada ketika ini ikan
yang dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkan ikan tersebut sekiranya berenang mundar-mandir.
Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut bertapa. Teknik memancing pada masa air besar dan laju lebih berkesan jika dibandingkan memancing
sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik sauh dari menarik ikan.
Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan pada siang hari atas sebab-sebab keselamatan kerana ia merupakan laluan utama kapal yang melalui Selat Melaka dan yang
menuju ke arah Pelabuhan Kelang sebagai destinasi persinggahan serta kawasan yang banyak serangan lanun.
Memancing jenahak yang bersaiz kurang dari sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti atau jambatan yang mempunyai air yang agak dalam.
Mengunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut.
Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.
Jenahak juga menyambar gewang terutama jenis aksi dalam dan pertengahan air. Malah teknik micro jigging amat berpotensi untuk mendaratkan jenahak di kawasan muara ini jika tahu kawasan laluannya.
Terdapat pelbagai jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi kurang arif mengenai kesesuaian penggunaan batu ladung ini sama ada bentuk, saiz ataupun beratnya.
Boleh dikatakan ia adalah batu ladung pertama yang digunakan atau dikenali oleh pemancing. Sememangnya sejak dari kecil lagi pemancing didedahkan dengan batu ladung hidup atau turut dikenali sebagai batu biji kana.
Batu ladung hidup merupakan sejenis pemberat yang membenarkan tali pancing utama bergerak bebas melaluinya tanpa diikat. Kebiasaannya batu jenis ini sesuai digunakan di kawasan muara dan ia juga sering digunakan untuk memancing di tasik, sungai atau kolam-kolam komersial.
Penggunaan batu jenis ini amat sesuai digunakan untuk memancing ikan siakap di muara-muara sungai kerana bagi sesetengah ikan (seperti siakap) ia akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa ‘berat’ dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya. Jenis batu hidup yang popular ketika ini ialah ladung biji kana dan ladung bulat.
Pemberat berbentuk bulat (lebih kepada bentuk buah pear) ini juga popular sebagai batu mati atau batu gantung pertama yang dikenali oleh pemancing sebagaimana batu ladung hidup.
Pemberat ini sangat sesuai digunakan untuk memancing di kawasan yang pantai atau laut yang landai, berpasir ataupun berlumpur. Tetapi ia tidak sesuai digunakan di kawasan berbatu karang kerana bentuknya yang bulat sememangnya memudahkan batu jenis ini untuk tersangkut.
Cara penggunaan batu ladung ini bergantung pada keadaan air di kawasan anda memancing. Jika kawasan tersebut berarus deras, gunakanlah saiz yang lebih berat agar tali anda tidak hanyut terlalu jauh dari kawasan permainan ikan.
Batu Ladung berbentuk seperti silinder panjang juga antara jenis pemberat yang biasa digunakan oleh pemancing tidak kiralah di pantai, kolam mahupun tasik. Batu jenis ini sangat efektif digunakan untuk pancingan tepi pantai ataupun kuala.
Batu ladung jenis ini juga boleh diguna pakai untuk pancingan di kawasan berbatu karang. Bentuknya yang tirus menajam di kedua-dua hujung berpotensi untuk mengelakkan perambut anda dari tersangkut di celah-celah batu karang.
Sama seperti batu ladung bulat, saiz batu ladung panjang juga digunakan mengikut kawasan memancing anda.
Pemberat yang dilengkapkan dengan dawai logam umpama kaki labah-labah tetapi kelihatan seperti bentuk jauh ini amat popular digunakan oleh kaki pancing dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terutamanya pemancing pantai.
Batu jenis ini amat bersesuaian digunakan di kawasan yang berarus deras terutamanya sewaktu air jalan pasang ataupun jalan surut.
Kegunaan dawai di sekeliling batu sauh ini adalah untuk memastikan batu ini dapat mencengkam dasar laut sekali gus mengelakkan dari perambut kita dihanyutkan arus deras. Walaupun kelihatan seperti lebih mudah tersangkut namun ia dihasilkan untuk ditarik keluar dari kawasan sangkut dengan mudah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...