Sekiranya anda berhajat untuk memancing alu-alu, maka penggunaan kabel atau perambut dawai adalah satu kemestian.
Tutorial berikut merupakan kaedah paling mudah untuk mengikat mata kail dengan menggunakan perambut dawai atau kabel.
Langkah 1
Masukkan mata kail (melalui cincin arah belakang) pada perambut dawai sepanjang 30cm atau sekaki.
Langkah 2
Lilit kabel pada teras ke arah mata kail dengan bahagian hujung kabel.
Langkah 3
Lakukan kira-kira lima hingga tujuh lilitan.
Ads
Langkah 4
Masukkan hujung kabel ke cincin arah hadapan mata kail dan tarik.
Langkah 5
Jika ingin menggunakan 2 mata kail, ulangi langkah yang sama dari awal. Untuk menggunakan 3 mata kail pun boleh tetapi pastikan perambut kabel lebih panjang.
Langkah 6
Ads
Untuk menyambut tali perambut pada kabel, lipatkan hujung kabel dan masukkan hujung perambut dari arah bawah.
Langkah 7
Lilit kedua-dua kabel kira-kira 5-6 kali.
Langkah 8
Lilit pula ke arah berlawanan 5-6 kali dan masuk hujung perambut ke arah atas simpulan kabel.
Sebesar manakah hasil tangkapan yang pernah korang daratkan? Cuba tengok hasil tangkapan dan lokasi ia didaratkan di bawah ini… setandang tak dengan hasil korang?
Lautan Pasifik – Ketam (King Crab)
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan. Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
Amazonia, Brazil – Pirarucu (Arapaima gigas)
Arapaima gigas boleh dikatakan spesies legenda yang masyhur di kalangan pemancing. Jadi tidak hairanlah Lembah Amazon di Brazil ini mampu berbangga dengan spesies ikan naga sebagai rekod terberat pernah dinaikkan menggunakan rod dan kekili. Spesies yang dijinakkan oleh pemancing profesional tersohor, Jakub Vagner pada 2010 ini telah merekodkan angka 339 paun (154 kg) dan ianya juga diperakui oleh IGFA sebagai rekod rasmi.
Rio Negro, Brazil – Peacock Bass (spesies Cichla temensis)
Berhampiran dengan Lembah Amazon, Rio Negro memang terkenal sebagai lokasi pancingan peacock bass ditambah dengan sokongan daripada pihak negeri untuk menjadikan lokasi tangkap dan lepas. Pada tahun 2010, seorang pemancing warga Brazil iaitu Andrea Zaccherini, telah berjaya menaikkan seekor spesimen spesies C. temensis seberat 29.1 paun ketika trip memancing yang disertainya. Ini seterusnya memadam rekod lama seberat 28 paun yang direkodkan hanya kira-kira 10 bulan sebelum itu.
Texas, Amerika Syarikat – Alligator Gar
Spesies yang menyerupai haiwan pra-sejarah ini berjaya dijinakkan oleh seorang pemancing dari Texas iaitu Brent Crawford. Beratnya melebihi 300 paun dengan panjang berukuran 8 kaki 2 inci. Tangkapan Crawford dikatakan menjadi rekod terbesar alligator gar yang didaratkan dengan teknik pancingan busur (bow-fishing) mengatasi rekod lama iaitu 279 paun. Bagi rekod tangkapan alligator gar menggunakan rod dan kekili, rekod terberat ialah 365 paun.
Kona, Hawaii – Marlin
Marlin ini digelar marlin biru legenda Pasifik setelah ia berjaya didaratkan pada tahun 1984 di perairan Kona, Hawaii. Panjang marlin ini mencecah sehingga 17 kaki dan beratnya pula direkodkan seberat 1656 paun. Ia mengambil masa lebih daripada 2 jam bagi pemancing menaikkan gergasi ini. Begitu pun, ia dikatakan marlin kedua terberat yang pernah dinaikkan menggunakan rod pancing.
California, Amerika Syarikat – Salmon
Seorang pegawai hidupan liar telah menangkap seekor salmon yang dikatakan terberat di selatan California. Spesies salmon Chinook ini direkodkan seberat 85 paun dengan panjang mencecah 4 kaki. Ikan ini dikatakan berenang sejauh hampir 100 batu menuju ke hulu sungai untuk menghempaskan telur sebelum mati kemudiannya.
Lautan Artik – Sotong Gergasi
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun. Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
Thailand – Pari Air Tawar
Pari air tawar yang terbesar pernah ditangkap telah direkodkan di Thailand. Dengan berat mencecah 770 paun ianya ditangkap oleh seorang warga British yang memancing di Thailand ketika membantu program tagging spesies berkenaan. Ukuran spesimen sekitar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum berjaya didaratkan.
Thailand – Patin Mekong
Pada Mei 2005, seekor patin Mekong (Pangasionodon gigas) telah berjaya didaratkan yang mana saintis percaya ia merupakan yang terbesar pernah dinaikkan. Saiznya sepanjang 9 kaki dan beratnya mencecah 646 paun hampir sebesar seekor beruang. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, nelayan di sana cuba untuk melepaskan kembali, namun sayangnya Mekong tersebut mati.
Maine, Amerika Syarikat – Lobster
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun. Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu.
Sama ada spinning atau baitcasting kebanyakannya sesuai untuk memancing kanai. Memancing kanai tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa. Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan reel terbaik untuk dipadankan.
Rod aksi sederhana, kuasa kelas medium berkekuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan rod yang selesa dan sepadan untuk digunakan. Jangan pandang ringan dengan kekuatan kanai walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.
Tidak dinafikan, gewang crank atau crankbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan kanai di perairan kita. Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusnya sangat rendah. Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama kanai.
Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkekuatan 30-40 lb.
Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkekuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama. Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.
Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkekuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman kanai berupaya melurus atau menguncupkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.
Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.
Ikan patin (Pangasius sp.) merupakan salah satu ikan asli perairan Malaysia. Jenis–jenis ikan patin sangat banyak, antara lain Pangasius pangasius, Pangasius jambal, Pangasius humeralis, Pangasius lithostoma, Pangasius nasutus, pangasius polyuranodon, Pangasius niewenhuisii.
Ikan patin memiliki bentuk tubuh memanjang, berwarna putih perak dengan atas badan berwarna hitam kebiruan. Ikan patin tidak memiliki sisik, kepala ikan patin relatif kecil dengan mulut terletak di hujung kepala agak ke bawah. Hal ini merupakan ciri utama keluarga catfish.
Panjang tubuhnya dapat mencapai 120cm. Sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek (barbel) yang berguna sebagai deria pengesan.
Sirip dorsal memiliki duri keras yang berubah menjadi patil yang besar serta bergerigi di tepiannya, sedangkan duri-duri lembut pada sirip dorsal terdapat 6 – 7 unit.
Pada permukaan belakang badannya ada sirip dorsal kedua (adipose fin) yang ukurannya sangat kecil dan sirip kaudalnya membentuk cagak dengan bentuk simetris. Sirip analnya agak panjang dan mempunyai 30 – 33 duri-duri lembut lunak, sirip pelviknya terdapat 6 duri-duri lembut.
Sedangkan sirip pektoral terdapat satu duri keras yang berubah menjadi senjata yang dikenal sebagai patil (sengat) dan memiliki 12-13 duri lembut.
Habitat dan Tabiat Ikan Patin
Habitat ikan patin ialah di tepi sungai–sungai besar dan di muara-muara sungai dan tasik. Jika dilihat dari bentuk mulut ikan patin yang letaknya sedikit agak ke bawah, maka ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar perairan.
Ikan patin begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kerana daging yang enak dikonsumsi. Patin dikenali sebagai haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu melakukan aktiviti atau aktif pada malam hari. Ikan ini suka bersembunyi di liang-liang tepi sungai.
Larva ikan patin di alam semulajadi biasanya bergerombolan dan sesekali muncul di permukaan air untuk menghirup oksigen dari udara pada menjelang awal pagi.
Untuk ternakan ikan patin, medium atau lingkungan yang diperlukan tidaklah rumit, kerana patin termasuk golongan ikan yang mampu bertahan pada lingkungan perairan yang berkualiti rendah.
Walaupun patin dikenal ikan yang mampu hidup pada lingkungan perairan yang rendah kualiti, namun ikan ini lebih menyukai perairan dengan kondisi perairan bersih.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...