
Tidak semua joran yang dibeli berkeadaan sempurna. Ada juga joran (2 pieces) yang hadapi masalah penyambungan yang terlalu ketat.
Ia bukan saja susah untuk disambungkan terutamanya joran yang bersambung pada pemegang joran (butt joint).
Bahan keperluan:
Autosol (metal polish)
Kertas tisu
Cara penyelesaian:
Picitkan sedikit autosol ke atas bahagian pangkal joran yang akan dimasukkan ke bahagian sambungan pada pemegang joran (butt joint).
Lumurkan autosol pada setiap inci bahagian pangkal joran tersebut.
Ambil tisu dan gosok bahagian pangkal joran tersebut sehingga kertas tisu menjadi kotor kehitaman.
Selepas itu barulah sambungkan bahagian joran tersebut. Uji dahulu tahap kelancarannya. Jika masih ketat, lakukan sekali lagi proses menggosok.
Tip tambahan!
Jangan sesekali gunakan kertas pasir untuk menggosok bahagian pangkal joran kerana ia akan menyebabkan tahap kehausan yang melampau.
Bahagian sambungan akan menjadi terlalu longgar.
(video tutorial – kredit: Ikan Darat)
baca juga Diy Bulu Itik Umpan Pancing Cencaru
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Wacana : Tangkapan berlebihan… Tasik Kenyir kian parah!!

Apa sebenarnya yang berlaku di Tasik Kenyir dan ke mana semua ikan-ikan ini menghilang? Kita bukan nak menuduh siapa-siapa tetapi sebagai pemancing, adakah kita
turut sama menjadi penyumbang kepada kemerosoton sumber di Tasik Kenyir dengan tangkapan berlebihan?
(Apa kata netizen Umpan)
💡 MAEL KENYIR
“Ikan di tasik sekarang bermusim. Jadi pandai-pandailah cari masa yang sesuai. Memang keadaan ikan di tasik jauh berkurangan berbanding dulu.
Keadaan ini berlaku setelah wujudnya siakap di Tasik Kenyir. Ditambah pula dengan nelayan tasik semakin ramai.”
💡 ASHRAFF AZAHAR
“Bagi saya sebagai anak jati Tasik Kenyir banyak perkara yang boleh menjadi punca. Antaranya melibatkan pihak atasan, tiada amalan catch and release, aktiviti pukat oleh
yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak dan banyak lagi. Tak mustahil dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Tasik Kenyir hanya tinggal sejarah saja.”

💡 XAZI ROSLAN
“Tiada kawalan rapi dan penguatkuasaan. Nama je taman negara tapi dalam kawasan taman negara tu jugak orang bebas memburu atau memancing untuk tujuan komersial.
Dulu tak kira musim sebarau merata-rata tapi sekarang kumpau yang merata-rata. Tak tahu kenapa teruk sangat pengurusan Tasik Kenyir sekarang?”
💡 ZAINUDDIN IBRAHIM
“Terlalu banyak aktiviti menjaring ikan tanpa kawalan. Sepatutnya ditetapkan musim menangkap ikan sama seperti memburu rusa dan kijang.
Barulah ikan dapat membiak dengan bebas.”
💡 FAIZAL SUDIN
“Pernah memancing di sana dan melihat sendiri tekong bot yang cari kelah dan seludup jual keluar. Boathouse mana biarlah rahsia.
Kalau berterus terang nanti jawabnya kena blacklist terus dari masuk Kenyir.”
💡 SYLO ABNI
“Mana nak ada ikan kalau asyik menjaring. Dan kerajaan pulak kenalah lepaskan benih ikan banyak-banyak.
Sungai Pahang walaupun banyak nelayan menjaring tetapi hulu sungainya masih terkawal. Ini semua hulu sungai kat Tasik Kenyir dah hancur.”
💡 EWAN SPEEDCAST
“Tak ada saiz limit ikan apa yang patut ditapau. Kecik besar semua angkut tak sempat ikan tu nak bertelur atau membesar. Lama memang habis la ikan.”
💡 AHMAD DARMAWULAN
“Hehehe… status tanah di Tasik Kenyir milik kerajaan atau rezab tanah simpanan lagi ke? Aku tanya ni pasal hari tu terkantoi masa tolong kemas dokumen seorang VIP ni, ada dokumen penjualan tanah di Tasik Kenyir. Main juta tu… sorry la lari topik sikit.”
💡 AHMAD ZAINUDDIN
“Spesies ikan buruan dah berkurangan dek sifat kerakusan manusia… habis cucu cicit ikan dibedal. Salah kerajaan juga… kenapa perlu dibuat empangan?
Kalau takde empangan tentu akses nak ke hulu sungai tempat ikan bertelur tu susah nak sampai.”
💡 BRTHER LONG YNDFAMILY
“Siakap banyak dah kat dalam tu… saiz mega-mega pulak tu. Mana la kelah, tengas, sebarau nak membiak. Sekarang ni barulah nampak kelibat toman.
Dulu masa siakap tengah banyak memang susah gila nak jumpa toman.”
7 Sungai Dan Ikan Monster Pilihan Jeremy Wade!!

Jeremy Wade… ada ke pemancing yang tak kenal Jeremy Wade (JW)? Pemancing profesional, traveler, penulis dan pengacara siri dokumenteri River Monsters, pernah
berkata bahawa kebanyakan sungai telah kehilangan sebahagian besar ikan monster dalam kurun waktu 50 hingga 100 tahun terakhir, terutamanya akibat tangkapan berlebihan atau overfishing.
Lokasi terpencil juga sudah tidak lagi menjadi jaminan bahawa para monster masih menghuni sungainya.
Dalam kembara ke pelbagai penjuru dunia untuk memancing sehingga ke sungai-sungai terpencil, Jeremy menemukan beberapa sungai di dunia dengan ikan ukuran monster.
➡ Sungai Kongo
Sungai pertama yang disebut oleh JW memiliki ikan monster ialah Sungai Kongo yang terletak di Republik Kongo.
Sungai didiami ikan dari spesies goliath tigerfish yang mampu membesar sehingga mencapai berat 45 kg.
Menurut JW, Goliath tigerfish memiliki gigi yang tajam seperti piranha, tapi mereka membesar dengan ukuran manusia.
Ikan yang beliau pernah daratkan dan dirakam fotonya memiliki gigi yang panjangnya sama seperti great white shark.
➡ Sungai Teles Pires
Sungai Teles Pires yang terletak di Brazil ini memiliki pelbagai jenis ikan spesies catfish yang berukuran sangat besar, sepanjang saiz orang dewasa.
Namun untuk menangkapnya, anda harus menyiapkan tenaga ekstra karena arus di sungai ini amat deras.
➡ Sungai Okavango
Hampir 100 jenis ikan, 150 amfibia dan reptilia hidup di sekitar delta Sungai Okavango di Botswana. Saiz ukurannya pun pelbagai khususnya ikan.
Sungai ini juga menjadi kediaman ikan-ikan berstatus monster.
“Di sini, spesimen tigerfish yang ditemui berukuran lebih dari 10lb atau 4.5 kg,” menurut kata JW.
➡ Sungai Ebro
Aliran air yang sederhana panas dan kaya akan nutrisi membuatkan Sungai Ebro di timur laut Sepanyol ini memboleh ikan dari jenis catfish (keli) membesar dengan sihat.
Dengan mudah ikan catfish membesar sehingga memiliki berat 90 kg.
➡ Sungai Trinity
Terletak di Texas, Amerika Syarikat, Sungai Trinity juga dihuni ikan monster. Di sini, para pemancing boleh menangkap spesies yang popular seperti alligator gar.
Alligator gar merupakan ikan monster air tawar terbesar dan hanya ada di Amerika Utara. Alligator gar mampu memiliki berat sehingga 90 kg.
➡ Sungai Delger Muron
Taimen adalah salah satu ikan yang masuk dalam keluarga salmon. Mereka hidup di Mongolia, tepatnya Sungai Delger Muron.
Taimen memiliki gigi yang tajam, biasanya digunakan untuk menyerang itik atau tikus yang sedang berenang.
“Taimen, lenok trout dan grayling adalah jenis ikan yang biasa ditemukan di Sungai Delger Muron,” ujar JW.
➡ Sungai Nil, Uganda
Kehidupan liar di barat laut Uganda ternyata juga menjadi habitat ikan monster, atau lebih tepat lagi di aliran Sungai Nil.
Sungai yang juga dikenal dengan sebutan Victoria Nile ini dihuni oleh barramundi atau Nile perch berukuran sehingga 45 kg.
Kelas Asas Memancing – Ikatan Turtle Knot *done

Ikatan penyu atau TURTLE KNOT ini merupakan salah satu ikatan yang mudah tetapi agak kukuh juga. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk mengikat mata kail dengan menggunakan tali sulam atau kevlar berbanding perambut mono apatah lagi fluorucarbon.
Step 1
Masukkan tali perambut melalui cincin mata kail dari arah hadapan. Masukkan tali dengan kepanjangan yang selesa untuk dibuat ikatan.
Step 2
Buatkan satu lingkaran biasa di atas tali perambut.
Step 3
Kemudian masukkan hujung tali perambut ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi dari bahagian bawah.
Step 4
Buatkan satu lagi lingkaran dan kemudian masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama tadi.
Step 5
Tarik hujung perambut perlahan-lahan sehingga satu simpulan terbentuk pada bahagian tali yang bersilang. Ketatkan simpulan tersebut.
Step 6
Masukkan lingkaran atau bulatan tali yang terhasil tersebut kepada mata kail melalui bahagian matanya.
Step 7
Tarik tali perambut utama sehingga ikatan kemas pada mata kail. Potong lebihan hujung tali perambut.