Ikan bermisai seperti duri, belukang dan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Spesies-spesies ini mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan turut menjadikan makhluk bercengkerang atau sesiput sebagai sumber makanannya.
Kerang
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
Mentarang
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat gemang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
Ads
Sepahat / Pepahat
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
Ads
Kupang
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Ads
Umang-Umang
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat duri, belukang atau sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
Belangkas
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan roti siat? Memang agak pelik bunyinya. Namun umpan ini sebenarnya lebih kepada teknik. Lazimnya roti atau ban dipotong dadu. Hakikatnya tidak semestinya roti perlu dipotong dadu. Terutamanya jika roti bersaiz besar. Ia boleh dicarik-carik atau disiat-siat begitu saja.
Bahan-bahan Keperluan:
Serbuk perisa pandan
Roti ban kosong
NS Power perisa pandan
Pes Original pandan
Cara Penyediaan umpan:
Buang bahagian luar kulit roti kerana bahagian ini tidak diperlukan.
Siat-siat roti dan masukkan ke dalam bekas bancuhan. Saiz siatan tersebut terpulang kepada citarasa korang.
Masukkan serbuk perisa pandan mengikut sukatan kesukaan korang.
Kemudian goncang sekata agar semua roti mengenai serbuk perisa pandan. Kemudian masukkan pula NS Power perisa pandan.
Setelah digoncang dengan sekata kemudian masukkan pula pes pandan dan goncang lagi.
Cucuk cebisan roti menutupi mata kail sebagai inti.
Kemudian kepalkan mata kail yang dicucuk roti itu dengan sekemas mungkin.
Admin percaya ramai yang berminat dan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat umpan ikan kuku. Bagi pemancing tegar ikan kuku, lazimnya mereka memiliki ramuan tersendiri untuk menghasilkan umpan bagi memancing ikan kuku.
Berikut merupakan salah satu resepi umpan ikan kuku yang telah dihasilkan oleh seorang pemancing yang telah berjaya mendaratkan ratusan ikan kuku. Umpan ini diwariskan oleh keluarganya yang sudah sekian lama memancing ikan ini dengan sedikit penambahan umpan moden.
Bahan-Bahan:
Isi ayam goreng (ayam goreng berempah)
Majerin (dicairkan sedikit)
Sebiji telur
Tepung gandum
Pati sawit
Perisa buah ara Matsumoto
CARA BUAT UMPAN
Tutorial 1
Racik isi ayam (anggaran 3-5 ketul ayam goreng) ke dalam bekas. Sebaiknya ayam digoreng dengan sempurna supaya isinya senang untuk dileraikan.
Tutorial 2
Masukkan 3 sudu besar majerin yang sudah dicairkan sedikit ke atas isi ayam. Gaul sehingga majerin sekata dengan isi ayam.
Tutorial 3
Masukkan pula 3 tutup botol pati sawit. Gaul lagi sehingga ia menjadi sebati dan sekata.
Tutorial 4
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan (doh) yang dikehendaki (sesuai untuk dikepal pada mata kail).
Tutorial 5
Masukkan setengah biji atau kurang telur ayam yang telah dibancuh dengan beberapa titik perisa buah ara Matsumoto. Uli adunan dengan sebati dan ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan kuku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...