Kekacang yang mengandungi sumber protein sememangnya berkesan untuk pemakanan ikan. Dengan sedikit proses menjadikannya sebagai cecair atau sos, dan digunakan bersama palet atau roti, ia berupaya menarik perhatian ikan dan menjadi umpan yang berkesan.

Bahan-Bahan Keperluan:

Umpan Palet Green Bait

  • 1 Botol sos kacang soya Green Bait
  • 1 Botol minyak pandan Green Bait
  • Palet 6363 500 gram
  • Setengah biji kelapa parut segar
  • 200 ml air

Cara-Cara Menyediakan Umpan:

LANGKAH 1

Umpan Palet Green Bait

Masukkan air tanpa klorin atau air kolam ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan 1/2 hingga 3/4 botol sos kacau soya dan sebatikan ia dengan air di dalam bekas bancuhan.

 

LANGKAH 2

IKLAN

Masukkan 500 gram palet ke dalam bekas bancuhan. Goncang sekata dan tutup bekas bancuhan sehingga palet menjadi lembut.

LANGKAH 3

Umpan Palet Green Bait

Gaulkan kelapa parut dengan sos kacang soya sehingga sebati. Campurkan kelapa parut yang sudah digaul tadi bersama palet yang sudah lembut. Goncang bekas bancuhan sehingga campurannya sekata.

 

LANGKAH 4

IKLAN

Umpan Palet Green Bait

Tuangkan kira 1/3 minyak pandan Green Bait ke atas palet dan goncang sehingga sekata.

 

(Cara-Cara Menggunakan Umpan)

 

IKLAN

LANGKAH 5

Umpan Palet Green Bait

Ambil perambut mata kail yang ingin digunakan mengikut peraturan kolam. Cucuk mata kail dengan palet sehingga menutupi sepenuhnya mata kail.

 

LANGKAH 6

Umpan Palet Green Bait

Kepalkan palet pada swivel. Terpulang untuk membuat kepalan besar atau kecil. Kepalan sederhana besar sudah memadai. Sebaiknya tidak dikepal terlalu kuat agar palet mudah berderai di dalam air.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI