Umpan yang dihasilkan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.
Penyediaan umpan juga tidaklah sesukar mana. Namun ia amat berkesan untuk memancing ikan patin.
Bahan-bahan:
Pelet 920
Strawberi Killer A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Pisang
Esen Nenas
Kelapa Parut
Ads
Cara-Cara Penyediaan:
➡ Langkah 1
Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.
➡ Langkah 2
Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.
Ads
➡ Langkah 3
Masukkan pula Strawberi Killer sebanyak 6 penutup botol.
➡ Langkah 4
Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.
Ads
💡 Langkah 5
Tuangkan pula esen nenas sebanyak 3 penutup botol.
➡ Langkah 6
Seterusnya masukkan pula esen padam sebanyak 2 penutup botol.
➡ Langkah 7
Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua).
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umumnya, ramai kaki pancing mengenali spesies belanak ini sebagai antara umpan yang efektif untuk memburu spesies predator seperti siakap dan kerapu. Namun, disebalik keberkesanan dijadikan umpan, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa ikan belanak ini amat lazat untuk dijadikan hidangan di meja makan (terutama bagi yang bersaiz besar).
Mana taknya, dengan isi yang padat dan berlemak, pastinya ia mampu membuka selera sesiapa sahaja. Belanak sememangnya boleh dipancing tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban.
Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Berbalik kepada teknik pancingan ikan belanak atau jempul, tamok dan loban ini, ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh pemancing-pemancing yang sering menduga spesies ini. Untuk makluman lebih terperinci anda bolehlah layari laman web umpan.com.my.
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat gemang.
Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang.
Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat gemang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang.
Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang.
Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang.
Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang.
Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi.
Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
Ramai yang bersetuju untuk memancing udang galah bukanlah satu tugas yang berat dan sukar.
Tetapi, untuk berjaya bergelar seorang pemancing udang galah tegar, bukanlah boleh diterjemah dalam tempoh yang singkat.
Jika bukan untuk menjadi seorang pemancing udang galah tegar sekali pun, banyak perkara yang perlu diteliti dan faham tentang udang galah sebelun mencuba untuk memancingnya.
Berikut kami dedahkan sedikit rahsia untuk memancing udang galah.
➡ KENALI UDANG, KENALI UMPAN
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau.
Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.
➡ UMPAN SESUAI
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah.
Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan.
Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah.
Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup.
Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam.
Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata.
Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.
➡ WAKTU SESUAI
Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim.
Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya).
Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.
Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
➡ LOKASI / SPOT
Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya.
Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.
Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.
Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.
➡ PERALATAN SEPADAN
Apa-apa saja joran yang dilabel sebagai joran udang galah boleh dipakai. Kekili pula biarlah sepadan dengan joran. Sebaiknya guna kekili kecil dengan siri 500 – 2000 sahaja.
Tali utama sebaiknya tali sulam berkuatan 10-15lb sahaja. Lagi halus lagi bagus bagi membelah arus. Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat atau kudrat udang.
Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai. Sementara batu ladung
pula bergantung kepada arus. Lazimnya batu hidup saiz 4-6 menjadi pilihan ramai pemburu udang galah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...