Pelet makanan ikan merupakan antara umpan yang sangat berkesan untuk dijadikan umpan memancing. Terutamanya ikan spesies patin.
Namun, pelet kosong tanpa sebarang campuran bahan perisa dan bau, umpama nasi kosong kepada manusia.
Oleh yang demikian bahan perisa dan aroma tertentu diperlukan bagi mempercepatkan ikan mengesan umpan dan memakannya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Ads
Pelet 920 (4kg)
Mama Essen Nenas Makassar (100ml)
Almond Oil (50ml)
Minyak Serai (100ml)
Air kelapa tua peram (2 liter)
Kelapa parut (2 biji)
Ads
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Ads
Masukkan esen Mama Essen Nenas Makassar sebanyk 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Roti kentang atau biasa disebut pemancing, roti potato merupakan antara jenis roti yang TERBAIK untuk dijadikan umpan.
Namun untuk menjadikan roti kentang ini sebagai bahan umpan, ia bukanlah sekadar mencucuknya pada mata kail.
Sebelum dijadikan umpan terutamanya ikan patin, roti kentang perlulah dipotong dengan teknik yang betul agar sesuai untuk dijadikan bahan umpan.
LANGKAH 1
Kupas kulit roti bahagian atas dengan menggunakan jari atau pisau / gunting. Bahagian ini tidak diperlukan, jadi korang boleh pilih sama ada untuk dibuang ke kolam atau dimakan. Sebenarnya bahagian inilah yang paling sedap untuk dimakan.
LANGKAH 2
Roti potato yang sudah siap dikupas kulit atasnya dengan sempurna. Ia perlu berkeadaan begini kerana bahagian kulit roti yang garing dan keras itu membuatkan roti dadu nanti akan susah untuk dikepal.
LANGKAH 3
Bahagian tepi kulit roti juga perlu dikupas keluar tetapi tinggalkan kulit roti bahagian bawah (hanya 1 atau 2 buku roti sahaja yang perlu untuk dijadikan inti).
LANGKAH 4
Potong roti kepada 3 bahagian dengan menggunakan gunting yang bilah panjang dan tajam. Ia penting untuk mendapatkan hasil potongan yang bersih dan cantik.
LANGKAH 5
Hasil potongan 3 bahagian roti yang hampir sama saiz ukurannya. Buatlah anggaran saiz ukuran sebelum memotongnya.
LANGKAH 6
Setelah itu potong dadu pula setiap roti yang telah dipotong 3 bahagian tadi menjadi 3 potongan dadu.
LANGKAH 7
Hasil potongan dadu yang kemas dan bersaiz sama. Bahagian roti dadu yang berkulit ini sesuai untuk digunakan sebagai inti atau roti yang dicangkukkan pada mata kail. Bahagian kulit itulah yang berperanan menahan roti daripada mudah pecah.
LANGKAH 8
Roti potato potong dadu yang siap untuk dibancuh dengan umpan pilihan korang. Sedikit tip untuk korang, pastikan guna umpan yang likat seperti pes umpan yang tidak bercampur air.
Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.
Untuk sportfishing, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air.
Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O’Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.
bonito hitam sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara bonito hitam akan menjadi milik anda.
Walaupun bonito hitam sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan bonito hitam.
Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda bonito hitam. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjam dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjam dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai.
Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40-60lb. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan ‘satu bonito hitam, satu perambut’.
Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya. bonito hitam mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul. Pada masa ini bukan saja bonito hitam, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman.
Jika terjumpa bonito hitam berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu ‘disetkan’ pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya. Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya.
Kaedah eging atau mencandat sotong mengabang secara mengharung air ini telah lama dipraktikkan oleh pencandat di kawasan Pantai Timur. Malah ada yang mengharung air laut sehingga ke paras dada untuk mencandat. Mengikut tanggapan ketika itu, sotong besar paling banyak berada jauh ke tengah laut.
Bagi yang tiada bot untuk ke lokasi berkenaan, mereka memilih kaedah ini untuk mendapatkan hasil lebih lumayan. Sebenarnya kaedah ini sangat bahaya kepada pencandat. Risiko lemas cukup tinggi. Jika ombak datang secara tiba-tiba, peluang untuk menyelamatkan diri sangat rendah.
Kekili dan peralatan memancing juga lebih mudah terkena air masin dan cepat rosak. Jika pencandat tidak memakai kasut yang sesuai, risiko untuk disengat ikan depu yang beracun sangat tinggi. Duri ikan seperti ikan pari dan belangkas juga boleh menjadi ancaman kepada pencandat.
Kebiasaannya, pencandat akan meletakkan sotong yang dipancing di dalam jaring atau bekas yang kemudiannya digantung pada pinggang. Sotong selalunya akan melepaskan dakwat hitam walaupun sudah mati. Dakwat ini selalu menarik perhatian ikan-ikan pemangsa seperti ikan jerung. Jerung yang kelaparan boleh bertindak secara agresif jika ia mengesan kehadiran makanan.
Semasa sotong cuba untuk dinaikkan, pancutan dakwatnya boleh mengenai mata pencandat. Peratus terkena dakwat di muka lebih tinggi disebabkan aras kedudukan muka pencandat hampir menyamai paras kedudukan sotong. Dakwat yang terkena mata boleh menyebabkan mata menjadi kabur dalam beberapa minit. Jika berlaku kecemasan ketika ini, tentu sukar untuk pencandat menyelamatkan diri.
Penggunaan lampu suluh untuk menyuluh umpan dan hasil tangkapan di tengah laut juga boleh mendedahkan tubuh pencandat kepada serangan mengejut ikan todak. Ikan todak yang terkejut boleh melukakan pencandat dan boleh juga membawa maut.
Ketika air jernih dan musim obor-obor, pencandat juga akan mudah terkena bisa dan disengat. Walaupun ada yang berkata sudah biasa dengan sengatan obor-obor, pencandat baru mungkin tidak biasa dan tentu akan menderita jika terkena.
Jika candat pemancing terkena obor-obor dalam jarak yang dekat dan ketika cuba melepaskan obor-obor itu… percikan tubuhnya boleh mengenai mata pencandat. Ia sungguh berbahaya. Walau sekadar membayangkannya sahaja sudah ngilu, inikan pula kalau betul-betul terjadi!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...