Spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono.
Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Langkah 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Langkah 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Ads
Langkah 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Ads
Langkah 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Langkah 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Ads
Langkah 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Langkah 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Langkah 10
Spider hitch loop knot yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tarpon Loop knot merupakan satu ikatan anti lucut yang direka khas untuk menewaskan ikan tarpon gergasi. Kalau ikan tarpon gergasi di negara luar pun boleh tewas dengan ikan ini, apalah sangat dengan ikan tarpon yang ada di negara kita.
Namun, jika anda ingin menewaskan ikan layaran atau marlin, inilah ikatan mata kail menggunakan umpan ikan hidup yang terbaikl.
Ikatan ini biasanya menggunakan perambut tangsi dan mata kail. Namun tali benang yang digunakan ini hanya untuk penggambaran sahaja. Jika mahu menggunakan perambut tali sulam atau kevlar pun boleh juga.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan pada kira-kira sejengkal pada hujung perambut. Tambahkan lagi satu simpulan pada simpulan yang pertama.
Tutorial 2
Tarik perlahan-lahan simpulan itu hingga terhasil dua gelungan.
Tutorial 3
Masukkan mata kail melalui lubang cincin pada hujung perambut.
Tutorial 4
Masukkan hujung perambut ke dalam gelung melalui bahagian bawah.
Tutorial 5
Masukkan pula ke gelung kedua melalui bahagian atas.
Tutorial 6
Ketatkan simpulan dan ikatan.
Tutorial 7
Buatkan satu simpulan pada bahagian atas simpulan.
Tutorial 8
Tambahkan satu lagi lagi simpulan dan ketatkan dengan kuat.
Tutorial 9
Tarpon loop knot yang sesuai untuk menggunakan umpan hidup.
Basic knot atau hook knot merupakan ikatan yang menyambungkan mata kail dengan tali pancing.
Ia antara ikatan terawal yang direkacipta tetapi keberkesanan penggunaan terus kekal sehingga hari ini. Ia agak mudah untuk dilakukan walaupun oleh pemancing baru.
Anda boleh menggunakan perambut tangsi mahupun kevlar bagi mengikat mata kail dengan basic knot ini.
Langkah 1
Masukkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Langkah 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Penggunaan assist hook adalah satu kemestian dalam segmen pancingan mengunjun atau jigging. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengikat assist hook. Apa yang kami sediakan ini adalah salah satu daripadanya dan ia amat mudah.
Alatan keperluan:
Jig hook
Kevlar (100-200lb)
Solid ring
Gam gajah
Shrink tube
Langkah 1
Jangan potong tali kevlar terlebih dahulu dan masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan pula split ring ke hujung tali tersebut.
Langkah 3
Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail.
Langkah 4
Buat ukuran dengan siaz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaik panjang tali setengah dari panjang jig.
Langkah 5
Buat simpulan biasa atau simpul mati dengan kedua-dua hujung tali kevlar. Jangan ketatkan simpulan.
Langkah 6
Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang dibuat tadi.
Langkah 7
Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail.
Langkah 8
Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan.
Langkah 9
Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya.
Langkah 10
Ikatan mata jig yang cepat dan ringkas untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...