Apakah ikatan pertama yang perlu anda lakukan sebelum boleh memancing? Setuju atau tidak, ikatan penyambungan tali utama pada gelendung kekili atau spool knot adalah ikatan pertama yang perlu dilakukan.
Tali perlu dimasukkan ke kekili dan teknik ikatan yang paling mudah adalah dengan menggunakan teknik uni knot.
(*Bekas simpanan tali yang digunakan adalah contoh pengganti gelendung kekili)
Cara membuatnya:
Tutorial 1
Masukkan tali utama ke dalam spool sebanyak dua kali lilitan.
Tutorial 2
Ads
Tarik keluar hujung tali sekurang-kurangnya sejengkal untuk memudahkan kerja simpulan.
Tutorial 3
Lingkarkan hujung tali ke atas tali utama dan mulakan lilitan ke dalam lingkaran tersebut (sama sebagaimana anda melakukan ikatan uni)
Tutorial 4
Ads
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan tetapi tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ketulan simpulan yang besar di dalam spool.
Tutorial 5
Tarik hujung tali sehingga satu simpulan terbentuk pada tali.
Ads
Tutorial 6
Kemudian tarik tali utama (bukan hujung tali) sehingga simpulan itu merapati spool. Tarik dengan kuat sehingga lilitan kemas pada spool.
Tutorial 7
Seterusnya potong lebihan tali serapat yang mungkin pada simpulan ikatan.
Tutorial 8
Ikatan yang sudah siap… bolehlah mulakan proses menggulung tali ke dalam spool.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Teknik ikatan lelabah atau spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono. Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Tutorial 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Tutorial 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Tutorial 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Tutorial 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Tutorial 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Tutorial 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Tutorial 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Tutorial 10
Ikatan lelabah yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...