Trilene Ouga knot merupakan ikatan mata kail yang banyak diguna pakai oleh otai-otai bagi memancing ikan kelah merah.

Kalau otai-otai yang amaklkan teknik ikatan mata macam ni, maknanya ikatan ni cukup kuat la. Buat mancing ikan kelah pulak!

 

Nak hasilkan ikatan ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Jom kita buat sama-sama. Esok mancing bolehlah guna teknik ikatan ni.

Baca juga ikatan mata kail paling popular

 

Langkah 1

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.

 

Langkah 2

Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.

 

IKLAN

Langkah 3

Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.

 

Langkah 4

Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.

 

Langkah 5

Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.

 

IKLAN

Langkah 6

Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.

 

Langkah 7

Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.

 

Langkah 8

Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.

IKLAN

baca juga ikatan uni yang diperkuatkan

 

Langkah 9

Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.

 

Langkah 10

Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI