Bila cakap pasal ikatan atau simpulan, ia tidak semestinya bagi tujuan untuk mengikat mata kail atau menyambung tali pancing saja. Banyak terdapat jenis-jenis ikatan yang tidak digunakan untuk mengikat mata kail sebaliknya bagi tujuan lain namun tetap melibatkan aktiviti memancing. Contohnya seperti aktiviti luar seperti perkhemahan dan sebagainya.
Ikatan jerut Honda ini adalah satu contoh ikatan simpulan yang sangat sesuai digunakan untuk aktiviti mendirikan khemah di lubuk mancing.
Tutorial 1
Buat satu lingkungan tali kira-kira 30 cm atau mengikut keperluan.
Tutorial 2
Buat satu simpulan mati pada bahagian hujung tali.
Tutorial 3
Jerut simpulan dengan kuat dan pastikan ada lebihan hujung tali sedikit.
IKLAN
Tutorial 4
Lingkarkan sedikit bahagian hujung tali pada tali utama.
Tutorial 5
Kemudian masukkan bahagian hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
Tutorial 6
Buka sedikit bahagian tindanan tali yang terhasil dari simpulan yang dihasilkan.
IKLAN
Tutorial 7
Masukkan bahagian hujung atau kepala tali ke celah tindanan simpulan.
Tutorial 8
Ketatkan bahagian simpulan tali dan tarik tali bahagian kepala itu merapati simpulan.
IKLAN
Tutorial 9
Langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan bahagian jerutan tali.
Tutorial 10
Pegang kira-kira sejengkal bahagian tengah tali dan masukkan ke dalam lingkaran.
Tutorial 11
Atau boleh juga tarik saja bahagian tali utama ke dalam bulatan lingkaran.
Tutorial 12
Tarik sebanyak mana tali bersesuai dengan objek yang akan dijerut. Dalam masa yang singkat ikatan jerut ini dapat disiapkan.
8 Figure loop lebih merupakan cara untuk menghasilkan satu simpulan yang kemas dan kuat. Dengan simpulan ini bolehlah digunakan untuk membuat sambungan dengan tali lain menyambut secara terus dengan mata kail bercincin ataupun swivel.
Langkah 1:
Buatkan satu lingkaran dengan hujung tali ke arah tali utama.
Langkah 2:
Bawa bulatan lingkaran yang dihasilkan ke bahagian bawah tali utama.
Langkah 3 :
Lingkarkan pula ke bahagian atas tali utama dan bawa masuk ke lingkaran di bahagian bawah.
Langkah 4 :
Tetapkan sebesar simpulan yang dikehendaki dan ketatkan ikatan.
Trilene Ouga knot merupakan ikatan mata kail yang banyak diguna pakai oleh otai-otai bagi memancing ikan kap seperti temoleh dan kelah. Kalau otai-otai yang amalkan teknik ikatan mata macam ni, maknanya ikatan ni cukup kuat la. Nak hasilkan ikatan ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Jom kita buat sama-sama. Esok mancing bolehlah guna teknik ikatan ni.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.