Ada ketika kita perlu melakukan ikatan sambungan leader dengan tali utama dalam masa yang amat singkat. Terutamanya ketika ikan sedang galak makan dan ketika itu jugalah leader atau perambut kita putus.
Ada banyak jenis ikatan penyambung tali utama dengan leader yang terbukti kuat tetapi agak sulit dan memakan masa untuk melakukannya. Sementara ikatan yang ringkas dan cepat siap pula kebanyakannya tak mampu bertahan lama.
Namun ada satu ikatan penyambungan sangat kuat dan cepat pula disiapkan. Walaupun ikatan Seaguar Knot ini agak kurang cantik dari segi kekemasan namun ia amat berkesan jika menggunakan leader yang tidak terlalu panjang.
Tutorial 1
Potong leader kira-kira panjang sedepa terlebih dahulu. Untuk ikatan ini leader perlu dipotong terlebih dahulu. Kemudian buat lingkaran pada hujung leader dan juga tali utama. Temukan kedua-dua tali itu secara bertindan.
IKLAN
Tutorial 2
Pegang hujung lingkaran kedua-dua tali dan buat pintalan beberapa kali.
IKLAN
Tutorial 3
Masukkan kedua-dua bahagian hujung tali ke dalam bahagian lubang di atas pintalan tali yang dihasilkan tadi.
IKLAN
Tutorial 4
Pegang bahagian simpulan dan tarik perlahan-lahan kedua-dua tali sehingga bahagian simpulan tersimpul kuat. Potong bahagian hujung tali rapat pada bahagian simpulan.
Ikatan Dumhoff atau Dumhoff knot adalah salah satu teknik ikatan mata kail yang ringkas tetapi cukup kuat untuk menahan asakan pemangsa apabila tersangkut pada mata kail. Cara mengikatnya mungkin sedikit kekok kerana lilitan yang dihasilkan itu tetapi anda akan segera membiasakannya.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke dalam lubang cincin dari bahagian depan mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan hujung tali ke arah pangkal mata kail.
Tutorial 3
Kepitkan lingkaran tersebut dengan tangan kiri dan mulakan lilitan menggunakan bahagian hujung perambut ke arah hujung mata kail.
Tutorial 4
Lilit sekurang-kurangnya 5 kali pada teras mata kail menghala ke arah mata.
Tutorial 5
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 6
Tarik kedua-dua tali tersebut dan pastikan lilitan tidak terlepas dari teras mata kail.
Tutorial 7
Potong lebihan tali pada bahagian hujung tali dan siap!
Foto hitam putih sering kali menjadi pilihan ramai kerana keindahan setiap foto tersebut mampu menghasilkan gambar yang unik, misteri, elegan, perubahan mood dan dramatik. Elemen warna ini amat istimewa saban kali ia dihasilkan sama ada secara manual atau pun digital.
Pengenalan kepada fotografi hitam putih ini adalah bermula apabila seorang tokoh fotografi yang tidak asing lagi iaitu Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Mengambil gambar hitam putih sebenarnya bukanlah mudah dan pecahannya banyak. Prinsip Kontras diguna pakai bagi mencari kepelbagaian jenis tona warna kelabu sama ada bertambah gelap atau menjadi lebih terang. Dan ini dinamakan sebagai Greyscale.
Selain itu perkara asas Silhouettes ialah apabila objek menjadi legap dan bahagian belakang gambar berwarna terang. Terang di sini bermaksud perubahan tona warna belakang objek lebih terang daripada objek yang dirakam.
Untuk foto hitam putih, sebaiknya rakamlah saat langit mendung, ia pasti pastinya menjadikan ia lebih indah. Penggunaan lightmeter pada kamera mampu menolong daripada segi pengukuran tona warna gambar yang dirakam.
Teori sistem zon
Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Tip mudah
Setkan pada ISO yang paling rendah. Ini adalah disebabkan oleh untuk mengurangkan noise dalam gambar.
Fokus pada objek yang bertekstur. Ia mampu memberi impak yang lebih jelas mengenai perbezaan warna hitam dan putih.
Bagi menghasilkan mood klasik, rakamlah gambar-gambar objek klasik juga seperti basikal tua, bangunan-bangunan lama, bangunan runtuh dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kesan warna pada hasil gambar tadi memberi nostalgia pada gambar tersebut.
Di samping itu, foto hitam putih juga sesuai digunakan ketika mengambil gambar potret. Karakter dan ekspresi dalam hal ini akan lebih menonjol.
Gunakan format RAW. Jika kamera anda tiada format RAW, boleh ambil gambar warna seperti biasa. Anda boleh mengolahnya dengan menukarkan warna di komputer anda nanti.
Komposisi gambar penting sama ada imej berwarna atau imej hitam putih.
Cuaca memainkan peranan contohnya seperti matahari terbenam, langit yang terang, sewaktu hujan mahupun waktu berkabus atau jerebu.
Teknik bayang atau shadow kerana ia menghasilkan imej lebih menari terutama sewaktu pagi dan petang.
Penggunaan Sidelighting menonjolkan bentuk yang maksima dengan memberi pencahayaan sampingan agar bayang yang dihasilkan lebih menarik.
Peka dengan suasana dan keadaan sekeliling. Gunakan pelbagai aperture dan shutterspeed untuk melihat kelainan dari segi hasilnya dan pasti tampak berbeza.
Ikatan Mahin Shockleader atau Mahin Shockleader knot merupakan ikatan asas bagi menyambung dua jenis tali yang berlainan material, saiz juga diameter. Ia bagi menyambungkan tali sulam dengan mono filamen atau fluorocarbon.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa atau overhand knot pada perambut.
Tutorial 2
Masukkan tali utama ke dalam simpulan yang dihasilkan.
Tutorial 3
Buatkan 7-10 lilitan pada perambut.
Tutorial 4
Pusingkan arah lilitan dengan jumlah lilitan yang sama.
Tutorial 5
Masukkan hujung tali utama antara simpulan pada perambut tadi.
Tutorial 6
Ketatkan ikatan perambut dengan sekuat mungkin.
Tutorial 7
Tarik tali utama serta hujungnya dengan kuat sehingga terbentuk ikatan kemas pada perambut.