Teknik bancuhan umpan dan perambut yang hampir sama dengan umpan rohu kolam. Sekiranya anda sudah biasa menghasilkan umpan rohu kolam maka ia tidak mendatangkan masalah kepada anda.
Namun umpan serbuk belangkas ini bukan saja untuk memancing ikan kolam, ia amat berkesan untuk memancing ikan liar disungai seperti lampam, tenggalan, lais, patin lawang dan pelbagai spesies liar lainnya.
Bahan keperluan
Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Ads
Tutorial 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Tutorial 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Ads
Tutorial 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Tutorial 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Ads
Tutorial 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Tutorial 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Tutorial 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pengunaan minyak berperisa dalam penyediaan umpan pancingan kolam hari ini semakin menular di kalangan pemancing kolam komersial air tawar. Ia ternyata satu perkembangan sihat bagi menggantikan penggunaan umpan berasas usus haiwan yang menyenakkan penafasan dan mencemar kualiti udara dan air.
Cara terbaik menggunakan minyak berperisa dan beraroma adalah dengan mencampurkannya bersama tepung. Campuran minyak dan tepung yang terurai di dalam air akan segera didatangi oleh ikan untuk menyiasat dan membahamnya.
Berikut adalah tutorial untuk menghasilkan umpan ikan patin menggunakan bahan berasaskan tepung dan minyak.
Bahan keperluan:
Tepung gandum
Paste Strawberry MyePescado
Minyak Sugus MyePescado
Cara Menghasilkan umpan:
Tutorial 1
Masukkan kira-kira 10-15 tutup botol minyak sugus ke dalam bekas bancuhan. Atau bergantung kepada anda sendiri banyak mana umpan yang anda akan gunakan.
Tutorial 2
Masukkan pula 2 penutup botol paste strawberry ke dalam minyak. Kacau agar minyak dan paste sebati bersama.
Tutorial 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul adunan. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung sehingga anda memperoleh adunan yang sesuai untuk digunakan.
Tutorial 4
Umpan tepung minyak sugus ini sudah boleh digunakan secara terus. Ambil perambut mata kail dan cucuk jajan memenuhi mata kail.
Tutorial 5
Kemudian ambil sedikit umpan dan kepal pada kedua mata kail. Sekiranya umpan pecah atau berderai ketika membuat lontaran maka tambahkan lagi tepung pada adunan.
Sebelum pes perisa pisang digunakan secara meluas di kolam-kolam pancing, pemancing-pemancing tegar menggunakan pisang itu sendiri sebagai salah satu bahan umpan.
Berikut merupakan satu perkongsian dari seorang orang lama kolam pancing, menggunakan pisang emas sebagai umpan.
Bahan keperluan:
5 biji pisang emas masak ranum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil yis
Cara Penyediaan:
➡ Lenyek kesemua pisang emas di dalam bekas kedap udara.
➡ Campurkan gula pasir dan yis ke atas pisang yang sudah lenyek dan gaul kesemuanya hingga sebati.
➡ Tutup bekas dan peram kira-kira 4 hingga 5 jam. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil dan berkemungkinan akan menyebabkan bekas menggelembung dan meletup.
Cara Penggunaan:
➡ Tuangkan pisang lenyek ke atas roti sanwic yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga setiap roti dadu mengenai pisang lenyek ini dan bolehlah dicangkuk pada mata kail dan dikepal sebagaimana menggunakan roti dadu untuk dibuat umpan.
Umpan terbaik untuk memancing ikan sasaran di sesuatu lubuk adalah umpan yang terdapat di lubuk itu sendiri. Sekiranya di lubuk tersebut banyak terdapat ikan seluang maka gunalah anak seluang tersebut untuk dijadikan umpan.
Langkah 1
Usahakan cari sesuatu untuk menyauk anak-anak ikan seluang yang terdapat di tepi sungai atau tali-tali air.
Langkah 2
Beginilah rupa anak ikan seluang. Penting untuk mengenal pasti ia adalah spesies ikan seluang bukannya spesies lain yang kurang digemari oleh ikan pemangsa seperti belida atau baung.
Langkah 3
Pegang anak ikan seluang dengan kemas dan cangkukkan anak ikan seluang ini dari bahagian kepala hingga ke ekor.
Langkah 4
Beginilah keadaan anak seluang yang telah dicucukan mata kail untuk dijadikan umpan belida atau apa sahaja pemangsa yang ada.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...