Untuk mencari pes perisa di pasaran itu mudah. Namun pes perisa seperti pandan atau strawberi hanya bersifat bahan tambahan kepada sesuatu umpan.
Umpan berbentuk sos cecair yang diadun dengan pelbagai campuran bahan inilah yang tidak banyak terjual di pasaran.
Namun ia boleh dihasilkan sendiri sebagaimana sos umpan dalam perkongsian ini.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
Ads
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufakosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Ads
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Ads
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Gewang diistilahkan sebagai umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan menggalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri.
Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menjerat mulut ikan. Ia dicipta bagi ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental. Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya.
Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu:
SPINNERBAIT
Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG
Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan di permukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam ke kedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
SPOON
Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
JIGGING LURE
Jig mempunyai pemberat pada badannya atau mempunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
FLY
Fly adalah gewang kecil yang ringan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PLASTIC
Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Penggunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.
Air yang dimaksudkan ini bukannya bermaksud jenis air minuman sebaliknya merujuk kepada warna, paras dan pasang surut air laut.
Memahami keadaan air amat penting kerana ia banyak mempengaruhi teknik pancingan dan ikan sasaran yang ingin diburu.
AIR BULU KERA
Air bulu kera ini merujuk kepada warna air khususnya di lubuk-lubuk sungai atau muara yang hampir menyamai warna bulu kera.
Air bulu kera ini dikatakan air yang cantik kerana ia tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih.
Ia dianggap air yang cantik untuk memancing kerana banyak rekod tangkapan yang bagus berjaya didaratkan ketika air berwarna bulu kera ini.
Namun ia tidak menjamin korang tidak akan kumpau jika memancing pada waktu ini. Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran
AIR MENYORONG KECIL
Air menyorong kecil ini merujuk kepada air laut ketika air pasang besar yang mula bergerak perlahan dan akan bani atau mati selepas 3 hari.
Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing.
Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis kurau, senangin dan jenahak di kawasan pantai dan kawasan dalam yang lain.
Waktu air menyorong kecil juga dianggap terbaik bagi pemancing yang ingin memburu spesies bersisik melalui teknik slow jigging terutamanya di Selat Melaka.
AIR BANI / AIR MATI
Air mati dan tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu ladung walaupun bersaiz kecil.
Malah ada ketikanya umpan tanpa batu ladung pun tak hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif.
Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing.
Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain.
Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak di dalam anak sungai.
Aktiviti jigging ketika air mati ini juga boleh menyebabkan sesalan yang tak berkesudahan.
AIR MENYORONG BESAR
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar.
Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit.
Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang.
Jika nelayan keluar menjaring senangin ia bermakna para jigger juga berpeluang untuk mencari senangin atau gubal ketika ini.
AIR BESAR
Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh.
Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat.
Kebanyakan spesies berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies predator malah ikan semilang juga amat aktif ketika ini.
Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai.
Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
AIR TAK ADA
Bagi yang tidak biasa dengan istilah air apabila tekong beritahu terpaksa turun awal atau lewat kerana air tak ada.
Pemancing yang berstatus `pembaris’ akan bertanya pula ke mana perginya air? Takkan air laut boleh tak ada?
Air tak ada lazimnya dikaitkan dengan air surut rendah di kawasan pangkalan atau jeti di mana bot parkir.
Keadaan di mana bot tidak boleh masuk atau keluar kerana air surut rendah inilah yang dikatakan air tak ada.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...