(Oleh: KD Negri)

Roti sandwic yang berasaskan tepung gandum sememangnya diet yang sesuai untuk makanan ikan.

Namun, tanpa sebarang perisa atau bau-bauan, ia umpama sesuatu yang halimunan pada deria ikan.

 

Bagi menarik perhatian ikan pada kepalan roti yang bersifat kosong, ia memerlukan bahan perisa bukan saja yang memiliki sifat rasa, bau-bauan dan juga warna yang menyerlah.

 

Bahan-bahan umpan:

Roti sandwic (potong dadu)

Musang Strawberry A1

Sos Raya A1

Esen Badam

Esen Nenas

Esen Pisang

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan

 

 ➡ Langkah 1

Satu bungkus roti sanwic dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.

 

 ➡ Langkah 2

Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.

 

 ➡ Langkah 3

Masukkan 1 penutup botol esen pisang (goncang lagi).

 

 ➡ Langkah 4

Masukkan pula 2 penutup botol esen nenas (goncang lagi)

 

 ➡ Langkah 5

Seterusnya masukkan 1 penutup botol esen badam.

 

Cara penggunaan umpan

 

 ➡ Langkah 1

Setelah dibiarkan seketika agar setiap perisa sekata dengan roti, barulah cucuk roti dadu pada mata kail perambut V.

 

 ➡ Langkah 2

Kemudian kepal roti dadu yang lain pada perambut mata kail tersebut dan ia siap sedia untuk dilontar ke spot patin bermain.

 

Tinggalkan Komen