Umpan roti gesek? Umpan roti gesek ialah roti yang diparut atau dileraikan. Gesek merupakan bahasa orang utara yang membawa maksud parut. Kemudian deraian roti tersebut dicampur perisa-perisa tertentu yang berpotensi untuk dijadikan sebagai umpan terutamanya ikan patin.

Bahan-Bahan Keperluan:

Umpan Roti Gesek TPS

  • 1 bungkus roti pandan
  • 2 Penutup botol Papa Paste Pisang Ambon
  • 1 Penutup botol Papa Paste Esdoger

 

IKLAN

Cara penyediaan umpan.

Umpan Roti Gesek TPS
gesek atau parut roti
  • Parut atau gesek hingga berderai (hancur) roti pandan ke dalam bekas bancuhan.
  • Curahkan 2 penutup botol Papa Paste Pisang Ambon ke atas roti yang telah dihancurkan dan gaul hingga sekata.

Umpan Roti Gesek TPS

IKLAN
  • Masukkan pula 1 penutup botol Papa Paste Esdoger dan gaul hingga sebati.

 

IKLAN

Cara penggunaan umpan.

  • Gunakan perambut dua mata kail dan cocok mata kail dengan jajan atau keropok jagung yang sudah lemau.

Umpan Roti Gesek TPS

  • Kepalkan roti pada kedua-dua mata kail berjajan itu kira-kira sebesar ibu jari.
  • Kembarkan kepalan roti sebesar ibu jari tadi dan kemudian bungkus atau kepalkan ia dengan roti sehingga menjadi kepalan sebesar genggam tangan.
  • Umpan ini sudah sedia digunakan sama ada teknik layang (hanyut) atau dasar.

Umpan Roti Gesek TPS

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI