Gara-gara lama terkurung dan kurang diberi makan, sedikit sebanyak ia telah merubah selera ikan-ikan patin di kolam pancing. Hasil dari ujian lapangan selepas PKP, kami dapati resepi umpan ini menjadi pilihan utama.

 

Bahan keperluan:

2 Botol (saiz sederhana) perisa pandan kelapa Original

1 Botol (saiz sederhana) perisa pisang Original

2 Penutup botol perisa badam Original

 

Cara penyediaan umpan:

Ad 😭

 

Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa pandan kelapa ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa pisang ke dalam botol tersebut.

 

Seterusnya masukkan pula 2 penutup botol perisa badan ke dalam botol tersebut.

 

Goncang botol campuran perisa pandan kelapa, pisang dan badam sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.

Ad 😭

 

Cara penggunaan umpan:

 

Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwich, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.

 

Ad 😭

Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.

 

 

Tuangkan umpan pandan pikat memikat ini (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.

 

Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI