Ketika bertemu dengan kandang sotong dan merasai keseronokan menggila menarik sotong, kadang-kadang ia boleh membuatkan kita alpa.

Alpa pada bahaya yang bakal dihadapi. Sebenarnya ada bahaya sampingan ketika mencandat sotong dan sewajarnya kita ambil tahu dan mengambil langkah waspada.

 

Ancaman Todak

 

Jangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di merata-rata boleh mengejutkan ikan todak. Kebiasaannya ikan todak berada dekat dengan permukaan air.

Apabila terkejut ia akan berenang dengan laju dan melompat di atas permukaan air. Jika nasib tidak baik, muncung tajamnya akan mencucuk kita.

 

Sisi Bahaya Mencandat Sotong

 

Saiz ikan todak di laut lebih besar daripada saiz ikan todak di sungai. Ikan todak juga suka berkejaran dan memburu makanan dengan membuat lompatan dan renangan yang laju.

Kes tikaman todak pernah berlaku beberapa tahun lepas di Kelantan. Tikaman ikan todak berkenaan telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia.

 

Spesies Asing

Ad 😭

 

Apabila lampu bot dipasang bagi tujuan mencandat, banyak haiwan-haiwan kecil yang akan timbul menghampiri lampu. Ada diantaranya berwarna-warni dan cukup cantik.

Anda dinasihatkan agar tidak menangkap atau memegangnya walaupun saiznya kecil. Kemungkinan, haiwan berkenaan sangat bahaya.

 

Sisi Bahaya Mencandat Sotong

Antara haiwan yang biasa timbul ialah ulat bulu laut yang cukup berbisa.

 

Ular Laut

 

Ad 😭

Ular laut akan timbul dipermukaan laut apabila arus laut semakin perlahan atau mati. Ular ini akan timbul bagi mencari ikan dan sotong.

Ular laut seringkali terkena pancing candat yang menggunakan umpan ikan (candat umpan).

 

Sisi Bahaya Mencandat Sotong

 

Pastikan yang mengena pancing anda adalah sotong sebelum anda memegang atau mengangkatnya ke dalam bot.

 

Ribut dan Kilat

Ad 😭

 

Apabila berlaku perubahan monsun, hujan ribut dan kilat boleh berlaku secara tiba-tiba. Jika ribut datang dari arah laut, tekong akan mudah mengesannya.

Jika ribut datang dari arah daratan, sudah tentu bot mencandat tidak sempat untuk mengelak. Ada sesetengah tekong yang sudah biasa dengan ribut mengambil keputusan untuk tidak beralih dengan alasan tempoh ribut yang singkat.

Bagi pemancing yang tidak biasa tentunya akan menimbulkan keadaan cemas dan takut. Ada juga tekong bot yang berlindung di kawasan pulau yang lebih tenang sebelum kembali semula ke lokasi mencandat selepas ribut berlalu.

 

Sisi Bahaya Mencandat Sotong

 

Lebih parah lagi jika hujan ribut datang disertai kilat. Suasana sekeliling cukup mencemaskan. Apa yang dibimbangi jika hujan tanpa ribut yang disertai dengan kilat.

Ada pemancing yang mengambil kesempatan untuk mencandat pada suasana sedemikian. Perlu diingat sotong akan tetap memegang umpan selagi lampu tidak dipadam.

 

Kilat selalunya menyambar objek atau struktur yang paling tinggi. Di laut, bot candat merupakan struktur terapung yang paling tinggi yang akan mendedahkan pemancing kepada sambaran kilat.

Adalah dinasihatkan agar pemancing berada di dalam kabin bot dan tidak keluar mencandat sehingga kilat berlalu. Ada beberapa kes sambaran kilat di laut pernah dilaporkan di dalam media kita.

 

(Catatan: Abe Din)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI