Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Ads
Masukkan esen Mama Essen Nanas Makassar sebanyak 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan. Bahkan semakin lama diperap semakin bagus hasilnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg plastik dan batu-batu ladung kecil. bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
Tin kosong serta beg plastik yang ditinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bawanya ia pulang!
Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya di dalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambus semula.
Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat ke dalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki sistem sungai mencemar air.
Cuba elakkan memotong tumbuhan di sekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
Jika anda ingin mendirikan khemah,gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapak khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang mengunakan gas atau sebagainya adalah lebih mesra alam. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak ke pokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
Di tapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ia ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ke tanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
Di Jepun, para pengilat sotong di sana menggunakan joran khas yang agak keras kerana mereka mengamalkan teknik yang kasar dan agresif disebabkan sotong di tempat mereka sudah lali dengan teknik lemah-lembut.
Tambahan pula dengan bilangan caster yang ramai, sotong sudah biasa dengan kehadiran candat serta lebih berhati-hati.
Drag kekili perlu diselaraskan dengan sesuai. Drag yang ketat akan menyebabkan sotong mudah terlucut. Bila terasa sotong merengut candat joran mesti ditegakkan ke atas. Mengabang akan menyentap laju ke belakang dengan cara menyemburkan air untuk melepaskan diri.
Setiap kali semburan semakin tinggi ia naik ke atas dan akhirnya sotong tersebut timbul di permukaan. Jika terdapat banyak sotong mengabang kita boleh melihat kawanannya mengejar candat yang dikarau. Jangan terus menaikkan sotong yang diperolehi.
Biarkan ia di dalam air, supaya rakan anda boleh melontar candat di belakang sotong yang terjerat tadi. Kebiasaannya akan ada sotong lain yang mengejar candat tersebut.
Mengabang diketahui gemar bergerak secara berpasangan atau berkumpulan. Jika seekor mengejar candat, beberapa ekor lagi turut sama mengejar untuk berebut candat yang dianggap sebagai makanannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...