Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg plastik dan batu-batu ladung kecil. bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.

 

Tin kosong serta beg plastik yang ditinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bawanya ia pulang!

 

Tata Tertib Berkemping Sambil Memancing!!

 

Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya di dalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambus semula.

Ads

 

Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat ke dalam perairan atau pun berhampiran dengannya).

 

Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki sistem sungai mencemar air.

Ads

 

Cuba elakkan memotong tumbuhan di sekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.

 

Jika anda ingin mendirikan khemah,gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapak khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.

Ads

 

Tata Tertib Berkemping Sambil Memancing!!

 

Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang mengunakan gas atau sebagainya adalah lebih mesra alam. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak ke pokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.

 

Di tapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ia ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ke tanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI