Cara terbaik menggunakan minyak berperisa dan beraroma adalah dengan mencampurkannya bersama tepung.
Campuran minyak dan tepung yang terurai di dalam air akan segera didatangi oleh ikan untuk menyiasat dan membahamnya.
Berikut adalah tutorial untuk menghasilkan umpan ikan patin menggunakan bahan berasaskan tepung dan minyak.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Paste Strawberry MyePescado
Minyak Sugus MyePescado
Cara Penggunaan:
Ads
Langkah 1
Masukkan kira-kira 10-15 tutup botol minyak sugus ke dalam bekas bancuhan. Atau bergantung kepada anda sendiri banyak mana umpan yang anda akan gunakan.
Langkah 2
Ads
Masukkan pula 2 penutup botol paste strawberry ke dalam minyak. Kacau agar minyak dan paste sebati bersama.
Langkah 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul adunan. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung sehingga anda memperoleh adunan yang sesuai untuk digunakan.
Ads
Langkah 4
Umpan tepung minyak sugus ini sudah boleh digunakan secara terus. Ambil perambut mata kail dan cucuk jajan memenuhi mata kail.
Langkah 5
Kemudian ambil sedikit umpan dan kepal pada kedua mata kail. Sekiranya umpan pecah atau berderai ketika membuat lontaran maka tambahkan lagi tepung pada adunan.
Dalam siri ni saya nak share info tentang maintenance reel baitcaster saya yang tak seberapa ni. Kita sesama kongsi pengetahuan memasing untuk tujuan menambah baik skil-skil pemancingan yang kita ada.
Sikit background reel Calcutta 50 saya ni. Dibeli sekenhen dari member sepejabat pada awal tahun 2005. Reel dijual atas sebab jarang dan kurang mahir untuk digunakan. Katanya reel ni casting distance dia tak jauh dan susah nak cast gewang-gewang kecik. Saya sambar aje la sebab agak murah dia jual. Hehehe…
Bahan servis
Lepas dah naikkan banyak ikan hingga saiz melebihi 5kg, drag original memang kuat tapi jerky… dan ada masalah nak baling umpan kecik danringan… jadi buat keputusan untuk tambah baik reel ni. Jadi saya akan tunjukkan step by step apa yang telah saya buat.
Pertama sekali kena baraikan reel tersebut. Pastikan letak semua parts dalam satu bekas. Banyak parts yang halus mulus. So berhati-hati dan pastikan diagram reel ada sekali… ini yang paling utama!
Segala kotoran, grease, minyak lama pada reel dibersihkan dengan merendam ke dalam detergent dapur (multipurpose degreaser pun buleh). Keringkan kemudian spray semua parts dengan contact cleaner untuk pastikan parts betul-betul bersih termasuk dengan drag washer.
Spool reel ni fixed pada shaft. Maknanye shaft tak buleh dicabut keluar. Reel ni bukan floating spool, so maybe sebab ni kenapa casting gewang ringan agak sukar. Jadi untuk meringankan spool ini langkah-langkah yang diambil…
Shaft dilicinkan… caranya dengan pakai kertas pasir gred 2000. Shaft digosok sampai berkilat kemudian tenyeh dengan Brasso. Untuk pinion gear… gulung kecil kertas pasir dan gosok belah dalam dia sampai agak-agak licin.
Kapas digunakan untuk membrasso belah dalam pinion gear. Seterusnye brasso diletakkan pada mainshaft, masukkan pinion gear dan pusing-pusingkan sampai brasso jadi hitam. Ini meratakan surface yang berbonggol pada shaft, kurangkan un-evenness. Langkah diulang-ulang sampai pinion gear tu buleh pusing dengan mudah tanpa sebarang minyak pada shaft.
Lepas dah berpuas hati, contact cleaner disembur untuk buang segala residue pada parts yang digosok.
Next kita pergi ke main gear dan drag system.
Belakang main gear digosok atas dengan kertas pasir. Dibuat di atas permukaan rata. Digosok sampai boleh cermin muka.
Surface main gear yang ada contact dengan main drag washer disental dengan brasso guna cotton bud. Neck pada pinion gear dilicinkan dengan kertas pasir dan brasso sebab bahagian ni bersentuhan dgn ‘yoke’… gigi main gear dan pinion gear dibersihkan dengan brasso guna berus gigi. Seperti biasa, selepas selesai acara gosok-menggosok, raba-meraba… semua disembur balik dengan contact cleaner.
Membrasso surface main gear
Lepas acara mempolish. Nampak bayang pinion gear pada surface main gear.
Untuk drag washer pulak.
Gambar ni tunjuk yang asal, yg tengah tu. Material macam kulit+felt, memang dah compang-camping sket. Belah kiri tu washer dari abu garcia 5000 yang dah diupgrade. Bushing tepi tu (kanan sekali akan diterangkan lepas ni).
Ikatan double uni knot ini lebih merujuk kepada ikatan penyambungan dua tali. Dengan ikatan penyambungan double uni knot ini anda boleh menyambung sama ada dua jenis tali yang sama jenis (tangsi atau benang), tali yang berlainan jenis, tali yang sama diameter atau berlainan diameter. Ia boleh dianggap teknik ikatan sambungan yang paling basic untuk dipelajari.
LANGKAH 1
Tindankan tali utama utama dan perambut dengan bahagian hujung masing-masing berlawanan arah.
LANGKAH 2
Pegang di bahagian tengah pertindihan dua tali dengan tangan kiri atau tangan kanan sekiranya anda kidal.
LANGKAH 3
Buatkan satu pusingan atau lingkaran dengan tali perambut dahulu.
LANGKAH 4
Kemudian lilitkan bahagian hujung perambut pada lingkaran tali benang dan perambut. Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan.
LANGKAH 5
Tarik hujung perambut dan perambut sehingga terbentuk satu simpulan perambut pada tali benang.
LANGKAH 6
Pegang simpulan yang terhasil dari dengan tangan kanan dan lakukan perkara yang sama pada LANGKAH 3 dengan menggunakan tali benang.
LANGKAH 7
Buatkan lilitan lebih daripada 5 kali kerana tali benang lebih senang untuk dibuat lilitan.
LANGKAH 8
Tarik bahagian hujung tali benang dan benang utama sehingga terbentuk simpulan pada perambut.
LANGKAH 9
Dua simpulan yang terhasil… lepaskan bahagian hujung kedua tali dan tarik kedua-dua tali utama serentak.
LANGKAH 10
Apabila kedua-dua simpulan bertemu, tarik lagi hingga seketat mampu yang mampu.
LANGKAH 11
Potong lebihan kedua hujung tali dan penyambung tali telah pun sempurna.
Spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono.
Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Langkah 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Langkah 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Langkah 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Langkah 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Langkah 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Langkah 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Langkah 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Langkah 10
Spider hitch loop knot yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...