Sekarang sudah banyak mata kail berladung atau jig head terjual di pasaran dengan pelbagai saiz. Namun ada kalanya ia kurang menepati citarasa sama ada paduan yang kurang ngam antara berat batu ladung dan saiz mata kail. Oleh yang demikian, apa kata anda custom sendiri jighead itu.
Barang keperluan:
Batu ladung
Worm hook
Single cable hard type (60lb)
Cutter
Playar round nose
(Kredit: Fadhli Dan Nur Asiah)
Tutorial 1
Pertama sekali kerat cable dalam anggaran sejengkal (4-5 inci).
Tutorial 2
Kepit cable dengan playar round nose dalam anggaran I inci.
Tutorial 3
Bengkokkan ia sehingga menjadi sudut 90 darjah (huruf L).
Tutorial 4
Bengkokkan ia menjadi satu lekuk pada sudut 90 darjah tadi.
Tutorial 5
Bentukkan sehingga terjadi satu loop atau gelung bulat.
Tutorial 6
Pulas atau putar sehingga terjadi lilitan di bawah gelung.
Tutorial 7
Kemudian selarikan hujung cable.
Tutorial 8
Kemudian masukkan batu ladung sehingga merapati gelung.
Tutorial 9
Bengkokkan cable dan pastikan kedudukan batu ladung rapat dan tidak bergerak.
Tutorial 10
Masukkan pula mata kail.
Tutorial 11
Pastikan mata kail berkedudukan seperti dalam gambar.
Tutorial 12
Lilit kabel dengan kemas pada leher mata kail.
Tutorial 13
Pulas dan terus pulas sehingga ia merapati teras lurus mata kail.
Tutorial 14
Potong lebihan kabel dan perbaiki kedudukan batu ladung dan mata kail agar sesuai dan berkedudukan yang betul.
Tutorial 15
Seterusnya, bolehlah warnakan jig head dengan apa saja warna yang anda suka. Hanya celup dan jemur sehingga kering.
Ranggung atau sesetengah pemancing memanggilnya sebagai tanduk merupakan aksesori kelengkapan memancing yang digunakan bagi menggantung pemberat atau batu ladung. Bagi pancingan laut dalam, ia digunakan bagi membolehkan batu ladung mati berfungsi sebagai batu ladung hidup.
Bahan keperluan:
Kabel wayar telefon terpakai (masih ada wayar di dalamnya)
Swivel (saiz mengikut kesesuaian lapangan)
Lilin
Pemetik api
Pemotong
Playar
Tutorial 1
Kabel telefon terpakai yang diperlukan. Ia memiliki 2 jenis kabel yang berlainan.
Tutorial 2
Dengan menggunakan playar, ceraikan dua kabel yang bercantum.
Tutorial 3
Inilah kabel yang akan digunakan. Pastikan wayar atau dawai keras di dalam kabel tidak dibuang terlebih dahulu. Kemudian potong kira-kira sepanjang 3 hingga 4 inci mengikut kesesuaian.
Tutorial 4
Bakar bahagian hujung kabel pada api lilin kira-kira 2-3 saat.
Tutorial 5
Selepas membakar dan ketika ia masih panas, tekan hujung kabel pada permukaan sesuatu yang tahan panas. Bahagian ini nanti akan berfungsi sebagai stopper.
Tutorial 6
Dalam anggaran 1 hingga 1.5 ini, bakar pula bahagian kabel ini untuk tempoh 2-3 saat sambil memusingkannya agar pembakaran sekata.
Tutorial 7
Tekan dan tolak kabel agar bahagian kabel yang dibakar tadi membentuk bonjolan yang akan berfungsi sebagai stopper kepada swivel.
Tutorial 8
Masukkan swivel dari hujung wayar kabel yang belum dibakar.
Tutorial 9
Bakar dan pusing bahagian kabel serapat mungkin dengan swivel yang telah dimasukkan.
Tutorial 10
Ulangi sebagaimana tutorial ke-7 tadi untuk membentuk benjolan sebagai stopper kepada swivel tersebut.
Tutorial 11
Seterusnya bakar pula bahagian hujung kabel satu lagi (sama seperti tutorial 4).
Tutorial 12
Lakukan proses tekan hujung kabel yang dibakar sebagaimana tutorial 5.
Tutorial 13
Selepas proses itu barulah tarik keluar dawai yang terdapat di dalam bahagian kabel.
Tutorial 14
Ranggung buatan sendiri yang sudah siap untuk berkhidmat.
Ramai yang memilih untuk tidak menggunakan mata kail tanpa lubang cincin (eyeless hook) kerana berhadapan kesukaran untuk mengikatnya dengan kemas. Sebenarnya ada pelbagai jenis ikatan yang boleh dicuba tetapi ikatan knotless knot ini merupakan ikatan terbaik yang telah dicuba.
Cara untuk mengikatnya juga tidak terlalu rumit untuk dipraktikkan. Jom kita buat bersama.
Tutorial 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Tutorial 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Tutorial 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (Tutorial paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Tutorial 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...